Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, November 03, 2011

Telur

 

katak pisang katak puru

adakah katak dan pisang sepupu?

jangan perasan atau terharu

bukan nak ucap kata rindu

cuma nak ucap selamat pagi to U  Open-mouthed smile

 

Salam ladies,

 

Saya tak redha memulakan hari tanpa sarapan. Sarapan itu wajib kalau tak, saya akan meroyan. Dengan sarapan baru lah kita dapat memulakan hari dengan penuh bersemangat waja, saga, exora, persona, inspira……

 

 

  nokifmrt110122 008

 

Inilah sarapan pagi saya hari ni. Tak adalah hebat mana pon….roti telur je kihkihkih. Dah lama tak buat roti telur. Saya suka roti telur. Gembira je dapat makan roti telur tapi orang kata tak boleh amalkan makan telur selalu… kolestrol tinggi. Ye ke? Ada kawan saya buang siap-siap kuning telur sebelum digoreng.

 

Benarkah anggapan bahawa kuning telur berbahaya bagi kesihatan kerana mengandungi kolesterol tinggi? Sape yang setuju, maka sebenarnya dia telah keliru.

 

OK baca ni…….

 

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan telur secara kerap seiring dengan diet yang sihat dan rendah lemah tidak akan memberi kesan negatif kepada LDL-kolesterol atau menyebabkan risiko penyakit jantung.

 

Selain harga yang murah, mudah diperoleh dan rasanya yang enak, telur diakui padat dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Terdapat beberapa sebab pakar-pakar berpandangan bahawa manfaat kuning telur adalah lebih banyak berbanding kandungan kolesterolnya.

 

Kuning telur kaya dengan vitamin dan mineral. Sebutir telur bersaiz besar mengandungi 251 miligram choline - lebih separuh daripada yang diperlukan oleh wanita setiap hari. Choline merupakan satu nutrisi penting terutamanya untuk wanita hamil kerana peranannya dalam pembentukan otak janin sehingga terbentuk menjadi bayi malah memberi kesan kepada memori selepas bayi dilahirkan.

 

Telur juga kaya sumber yang kaya dengan vitamin K. Sebutir telur mengandungi 25 mikrogram iaitu kira-kira satu pertiga daripada keperluan wanita setiap hari. Vitamin K adalah nutrisi penting untuk membekukan darah.

 

Sumber : Utusan Malaysia

 

Baca yang ni pulak……

 

Menurut kajian Rochester Center of Obesity di Michigan, Amerika Serikat, tahun 2004. Penelitian dilakukan pada 30 orang wanita dengan berat badan berlebihan (obese), yang sebahagian makan sarapan dengan telur dan sebahagian lagi dengan bagel (sejenis roti dengan bentuk donat dan rasanya agak tawar).

 

Hasilnya, kelompok yang makan telur  mengalami penurunan 83 peratus lingkaran pinggang dan peningkatan energi lebih besar dibandingkan kelompok lain yang makan sarapan bagel dengan kalori yang sama.

 

Kajian ini juga turut menyimpulkan bahawa makan telur untuk sarapan membuat kita lebih kenyang sehingga akan makan lebih sedikit pada waktu makan berikutnya.

 

Sumber: synhel.multiply.com

 

Wah berita ini sungguh menyenangkan saya dan orang-orang yang sedang berusaha menurunkan berat badan. So women from Venus… amalkanlah breakfast dengan telur, ya!

 

 

Today’s Lesson:

Lagi sekali, jangan buang kuning telur, OK! Sayang tau. Kuning telur adalah bahagian telur yang terbaik bagi kesihatan badan. Untuk elak tahap kolestrol tinggi kita cuma perlu kurangkan makan udang, ketam, tiram, sotong, organ dalaman, minyak masak dan lemak-lemak yang terselindung dalam pastri dan biskut, susu penuh krim, mentega, keju, lemak daging dan juga santan. Bukan tak boleh makan tapi makanlah secara moderate.

 

Caucincau!

35 ulasan:

wida berkata...

Sedapnya sis...

Fatin Mraz berkata...

sy pun buat roti telur pagi tadi..
same la kita ekk.. ;]

Asrul "iLham" Sany berkata...

part intro tu comel sgt :D

sha a.s berkata...

sha juga gembira klu dpt mkn roti telur kt atas tu...ehehehehe

mamaNoriz berkata...

telur actually bagus...
samada putih atau kuning, cuma apa yg say tahu jgn more than 3 yolks in a week...
hehee...boleh mkn cuma kena kurangkan je bab kuning tu....

tapi roti telur mmg sedap kan...
simple yet berkhasiat ;)

munna berkata...

munna anak beranak suka makan telur...wajib ada telur dadar hari2

kasihibu berkata...

berita baik ni,
lagi satu roti telur boleh mengenyangkan

qemaishak berkata...

tak pernah buang telur kuning..masak letak kicap, telur kuning yang best hehe

mak encik | SZ berkata...

comel roti telur akak tu...
sekeping terus goreng...jimat masa bebeh!

Nazayiena berkata...

Anak2 paling sukalah mkn telur dadar dgn kicap,masak memang xde pun nak buang kuningnya...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy paling suka kuning telur..puith x suka..


lagi-lagi kalau telur mata yang kuningnya bergoyang inul tuu huu mengancam betol!

~ yus ~ berkata...

anak2 saya semua suka roti telur...:)

ainnoraini berkata...

meroyan jugak kee..kalau tak bekfes ye...

kak ain mlm tadi dah meroyan - hangin satu badan...tapi pagi ni dh ok...

Aidah berkata...

Bagussssss sangat n3 ni. Akak dah penat bersyarah kat husband akak tentang khasiat telur termasuk kuningnya sekali tapi dia tak percaya dan dia juga antara orang yang buang kuning telur. Selalunya anak akak atau akak sendiri akan kutip. Hehehe.

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

lily paling suka mkn kuning telur tu.. ;)

yua berkata...

yua mmg pantang kuning telur. memang x makan, sbb kalau makan yg kuning tu, esok sah2 naik jerawat kat muka.

Ati Masrif berkata...

bekfes tu penting sgt!
cukup sekeping roti
dan nescafe o utk kitalah

suka gak telur mata kerbau
letak bawang dan cili...yummi :)

Kakzakie berkata...

Kalau kakak buat roti telur plain je tak bubuh bawang/daun sup macam SSL buat tu.. kalau macam ini makan sekeping mesti tak cukup..:)

Ros berkata...

Salam,

Kak Ros memang suka makan telor,sib baik terjumpa info ni ...lega rasanya..

RynaHakimi berkata...

banyak kan fakta sal telur nih..taktau nak pecaya yang mana..hehe..tapi bg kite telur tu bagus je..ehehe..kalo dah feberet tu, cakap ape pon tak peduli dah ;)

kasihredha berkata...

akak suka telur kuning :)))))

ieda berkata...

kegemaran akak nie dik
kalau akak buat bodod2 je celup telur tuu :)

Dinas Aldi berkata...

Syukurlah begitu!

Sesapa yg masih nak buang jugak kuning telur tu, bak sini. Akak suka kuning telur, tak rela I berpisah dengannya, nehi nehi!

Hanis Azla berkata...

macam tu, bolehlah makan roti telur hari2.. saya mmg peminat telur.. telur dadar paling best..

mama tims berkata...

saya n ank2 mmg hantu telur..takde telur tak sah...

Salina@IbuAqil berkata...

Salam kenal dear.. Yeker muka seakan2?! ;) TQ sis.. Nanti dtg lg jenguk kami ye.. Ina follow sini ye.. :D

cemomoi berkata...

telur takde warna kuning tak menyerlah

Mila@Rimbun berkata...

suka jugak telur.. roti telur, telur kuku, sup telur, telur kicap, telur mata kobau... semua sukalah..

Selamat menyambut aidiladha yerrr.

eB ezrin berkata...

selamat hari rayer haji dari kami yer :)

MULAN berkata...

terkini telor jadi feveret food pulaks.. tertakot jgk tp masih terkawal.. tqs for sharing d info..

Eye_nee berkata...

amboi..mu hari ni doh mace pakar pemakane...tp awal2 N3 doh mace masuk acara balas pantun....heheh...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

yes nak kurus x leh skip breakfast ini mmg fakta yg betul ngeee

mzhany berkata...

kakD, selamat hari raya aidiladha...

idasm berkata...

ida pulak x berapa suka telur. tp kalau masak maggi mmg suka letak telur.... hehe...

cemomoi berkata...

katak pisang katak puru
lamanya berapa sampai takdan nak hapdet n3 baru... (uuuu gurau je...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...