Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, November 01, 2011

Jangan Ada Benci

 

 

Makluman :

Penulis telah mencetak dan menampal entri ni pada pintu peti ais beliau sebagai peringatan buat diri sendiri yang sering alpa. Ewah, ayat baik punya.. tiru buku PEDOMAN HIDUP.

 

 

Aksi si kaki botol susu

 

Trying to be honest, sebenarnya nak cerita yang saya ni tersangat benci akan susu! Isyh…isyh…isyh!

 

Memang saya tak suka susu. Susah dan amat terseksanya mahu habiskan segelas susu. Ntah apasal ntah, lidah saya rasa yekk sahaja dengan minuman yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D nih. Bukannya tak tahu benefitnya yang banyak tu. Susu penting untuk keep our bones strong, meningkatkan sistem immuniti, mengawal tekanan darah, muscle function dan bla...bla....bla tetapi tetap juga benci.

 

Susu cuma diminum ketika bayi. Nyotnyot pada ibu kemudian stop. Berdasarkan pengalaman sendiri, walaupun kurang mengamalkan rutin minum susu lembu sedari kecil tidak bererti kecerdasan otak saya berkurang. Seingat saya, prestasi akademik saya tidaklah mengecewakan. Jadi hipotesis yang mengatakan jika kekurangan susu, otak kita menjadi kurang bijak adalah tidak tepat. Hipotesis nol. Selain faktor genetik, bekalan kolostrum susu ibu juga lebih berperanan dalam membina sel-sel otak anak berbanding susu lembu. Cuma saya sedari special effect yang sangat ketara akibat kurang mengamalkan kebaikan itu ialah pertumbuhan badan saya ini agak ketot sedikit berbanding orang lain hahaha….bukan kategori OKU cuma ketinggian saya ini tidak layak untuk menjadi model catwalk.

 

Tetapi mulai sekarang, saya ingin berubah. Wahai So Shy Lady, kamu kena lawan sikap tidak jjuruh mu itu, please! Baiklah, walaupun tahun baru lambat lagi namun saya sudah berazam untuk jadikan minuman paling yekkk itu sebagai salah satu hidangan wajib dalam menu harian saya. Jangan salah sangka, bukanlah tujuan untuk menjadi setinggi supermodel Heidi Klum tetapi objektif utama saya ialah untuk mencegah sejenis penyakit. Maklumlah, kalau nak diikutkan saiz body saya yang cinonet kiut-miut macam Shiela Majid nih (sesiapa yang nak jeluak cepat telan balik) yang mana menurut beberapa kajian merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kerapuhan tulang aka osteoporosis.

 

Osteoporosis mudah menyerang wanita Asia yang mempunyai rangka tubuh kecil dan berkulit cerah

 

Walaupun kulit saya kurang cerah tetapi statement di atas tu agak menggerunkan….. takut jugak nih!

 

Ah, susu. Yelah..yelah…So Shy Lady dah nak ubah tabiat dah ni. Berubah demi kebaikan tidak salah kan bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah....eerk! Usia pun semakin hari semakin tua ganyut, rasanya sudah tibalah masanya untuk saya menyayangi dan tidak lagi mengabaikan kesihatan tulang rangka saya walaupun mungkin bagi sesetengah orang sudah agak terlewat.

 

“Anda masih belum terlewat....” tiba-tiba terngiang suara Datuk Michelle Yeoh dalam iklan Anlene. Terima kasih Datuk atas sokongan moral anda. Buat saya rasa masih belum terlambat walaupun sudah agak terlewat. Faham tak ayat tu? Tak faham, abaikan.

 

Ngeri tak tengok gambar tulang yang semakin  rapuh ni? Insaflah, wahai So Shy Lady.

(gambar ehsan Google)

 

Apa itu Osteoporosis? Osteoporosis dirujuk sebagai silent disease. Saya rasa semua orang tidak sedar akan kehilangan jisim tulang mereka selama bertahun-tahun sehinggalah bila dah patah riuk atau mengalami retakan tulang belakang, pinggul atau pinggang barulah tersedar, Ooo… selama ini aku mengidap osteoporosis. Hmm...time ni kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi dah. Ayuh, gerunlah semua!

 

Bila sudah menopause, wanita mengalami kehilangan jisim tulang yang drastik disebabkan oleh kekurangan pengeluaran estrogen. Haa.... yang ini betul-betul menyeramkan....bila usia melebihi 35 tahun, wanita akan mula loose about one percent ketumpatan tulangnya every year.

 

Sesapa yang mempunyai family history yang mengidap osteoporosis, menopause awal atau mempunyai smaller body frames sangat paling berisiko tinggi. Baca tuh, sangat paling! Masih tak seram lagi ke, So Shy Lady....

 

Merokok, pengambilan alkohol, high caffeine intake, kurang mengambil calcium juga menyumbang kepada osteoporosis. Lelaki pun ada juga kena penyakit ni. Penggunaan steroid, alkohol dan kurangnya paras testosterone merupakan penyebab osteoporosis di kalangan lelaki.  

 

En. Hubby pernah cerita tentang emak officemate dia. Umur baru awal 50an tetapi sudah tak boleh bergerak aktif lagi akibat penyakit kerapuhan tulang. Rupanya selama ini makcik tu tak pernah langsung check tulang hinggalah suatu hari apabila dia terjatuh dari tangga, setelah diperiksa barulah sedar dia pengidap osteoporosis peringkat serius. Aduhhh...cemas! Umur 50 tahun bukannya tua sangat tapi terpaksa move seperti umur 90! Just imagine. Sila gerun lagi.

 

Atas dasar itulah maka En.Hubby pada suatu hari, telah menghadiahkan setin susu Alpha Lipid kepada saya dengan harapan, bila minum susu yang tak berapa murah ni saya akan bersungguh-sungguh sikit dan tidaklah warm warm chicken droppings dalam menunaikan azam.

 

 

 

Today’s Lesson :

Bukan today je...but forever and ever...mulai saat ini saya promise untuk jadikan susu sebagai santapan harian at least 1 gelas sehari walaupun pada peringkat permulaan ini terpaksa berhempas-pulas minum sambil tutup lubang hidung. Mencegah lebih baik daripada merawat. En. Hubby, sila denda ketuk ketampi or tarik telinga saya sekiranya terlanggar janji ini yekk. Permisi! Nak gi minum susu dulu, lepas tu exercise...haitt!

 

 

Red rose Hihihi jangan marah tau…..sebenarnya ni adalah entri lama SSL yang di-publish semula. 2, 3 hari ni SSL adalah super sibuk. Tak ada masa nak mengarang. Sekian, harap maklum.

 

 

Caucincau!

23 ulasan:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ai pow skrng every nite mmg minum susu...penting usia makin meningkat tulang dah makin rapuh gituew

Asrul "iLham" Sany berkata...

susu sodap kak...

tetambah yg full cream tu, makan ngan red velvet kek muahahahaha

dieyana berkata...

alamak, saya pun bertubuh kecik macam sheila majid, w.pun saya tidak cerah mcm sheila majid, saya takut jugak! saya pun tk suka susu, saya minum susu masa peknen+awal2 menyusu anak saja. Skang, langsung tk minum! uhuhuuhuh, sy sangat takut, tq SSL info ni, nampaknya saya pun kena suka dgn minuman yekkk ni...:-( (sekarang, pagi2 bangun tidur saya mula rasa tak selesa dekat pinggang saya, sangat pedih, umur baru 33, dah skit pinggang...:-((. tq SSL!

~ yus ~ berkata...

saya sangat suka minum susu...:)

munna berkata...

munna pun tak boleh telan susu ...dulu masa pregnant punyalah semangat beli anmun...hampeh segelas pun x boleh telan...

Amiizaa2001 berkata...

mama, selamat minum shushuuuu tau:):)

mak encik | SZ berkata...

wahhh alpah lipid kak..
harusss minum tu...
betul2 dapat sokongan sang somi tu!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sy pon tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi sbb cenonet..

tp kan kak..kalsium bukan dr susu je..bnyk lg sumber lain kan..jd jgnlah paksa diri sgt minum susu x sedap tuh hehe..

ajumohit berkata...

Ssl minum susu coklat pon best tau, so lepas ni ingat klu tak minum susu nnti tulang reput cmne nk dukung baby baru hihihi

Kabutar Diesel berkata...

erkkk tak suka jugak susu...minum susu jugak tapi susu krim :)

Totie@Tomy berkata...

saya pun jarang minum susu..hehe sekarang pun dah mengandung kurang minum susu..hehe

Teratak Hami berkata...

Tetiba akak pun jadik semangat nak minum susu. Esok nak gie carik Anlene la. Alpha Lipid tak mampu.

MULAN berkata...

tqs for the peringatan..!! pagi tadi gigi taring usang ku ini baru terserpih..!!!! pprrgghhhh.... nasib kecik amat...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

samalah..lily pun tak suka susu..tapi masa mengandungkan Qis dulu..paksa juga minum.. ;)

Dinas Aldi berkata...

Akak sangat suka susuuuuu!

anisalya berkata...

susu sedap. anlene dlm kotak kecik tu pn sedap. hehehe...

ieda berkata...

seyes akak x lalu minu susu tepung huhuh
kalau bancuh susu dengan susu dlm tin ok lah
itupun makan dgn cereal ok lah ekekek

yua berkata...

sama dgn yua. anti susu. rasa dia hamis. tp bau dia best. kalau minum susu konpem2 muntah. baek susu tepung or susu pekat. dua2 xleh masuk.

kasihredha berkata...

suka susu
elok unk gigi juga :)

suka kopi juga...mcm mana ni?? hihi

mamaNoriz berkata...

sya suke susu!
minum dri baby sampai dah tua bangka ni tapi tetap rendah dan gelap gak kulit...hehehehe

SSL kena baiskan alpha lipid tu sbb susu mahal tu!

untung dpt galakan dr suami..

p/s: baus awk tak beli anlene...sbb ada doktor utm ni sebut, jgn minum anlene tu, leh bahyakan kesihatan utk jangka masa panjang.. waalahualam...

Maya Mayana berkata...

Ohh kakak saya suka je susu apa2 tp iklan kat tibi tu memujuk2 saya utk membeli susu anmum katanya terlewat seminggu saja boleh menjejaskan tulang lebih2 lg nk msuk 30 thun depan...saje je tau!!! kecermelangan otak sgt ohsem sebab akak dapat susu ibu...terbaik punya lol :)

Ann Huda (Ate) berkata...

Ate pun tak suka susu. Tapi tah bila nak tobat, bak start minum susu tak tau lah. Pdhal umur dan berat badan dah tahap kronik tuk kebarangkalian dpt reput tulang. 2 org kwn Ate (senior beberapa tahun), terpelecok sikit, jatuh, terus patah tulang kaki. Kena operate masuk besi. Ngeri dengar. Dua2 doktor plak tu, rupanya depa baru pecah rahsia, depa pun tak suka minum susu.

Anugerah Insani berkata...

patut mcm pnah baca aje entry nih..hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...