Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Oktober 11, 2011

Semua Orang Nak Nampak Cantik, Kan!

 

As Salam ladies,

 

Itu realitinya. Memang tak ada perempuan di muka bumi ini yang tak mempedulikan soal yang satu ini – kecantikan Winking smile.

 

Tak kiralah siapa dia, apa darjat dan keturunannya, bagaimana rupa bentuk dan rupa parasnya samada bujur sireh atau empat segi sireh atau sireh empat segi, kecantikan tetap mendapat tempat teristimewa di hati.

 

Yang berbeza cuma darjah kepedulian kita terhadap aspek itu. Ada yang boleh mengadap cermin berjam-jam, ada yang setiap sejam sekali, dan ada yang pantang nampak cermin. Begitulah lumrah menjadi seorang perempuan.  Lain halnya dengan lelaki. Kekadang iri hati juga dengan kaum mereka nih. Mereka bukan kisah mana pun soal kekacakan diri, soal diet, rebonding, pergi spa, pedicure, makan jamu atau ubat pengempis perut!

 

Bagi mencapai kepuasan diri, ada di kalangan kita sanggup berbelanja besar. Ya lah, mana ada nyonya gila dalam dunia ini yang sanggup rebonding rambut kita atau buat facial dengan percuma. Tak ada tauke jamu meroyan yang sanggup berikan segala pil dan jamu tanpa sebarang harga. Semua berbayar dan bayaran itu pula jarang sekali murah.

 

Tapi jangan risau, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak kita juga masih lagi boleh kelihatan cantik. Kalau tak caya jom kita lihat bagaimana amalan kecantikan menggunakan produk yang tidaklah begitu mahal diamalkan oleh perempuan-perempuan kedekut cantik di bawah ini……

 

 

Petua Kecantikan Erra Fazira

 

Untuk kekal cantik, kalau dulu saya buat senaman sekali dalam seminggu tetapi sekarang saya perlu gandakan kepada dua kali. Saya turut mengamalkan suplemen seperti vitamin untuk kesihatan badan, memperbanyakkan memakan ulam-ulaman, kurangkan makanan bersantan, minum banyak air putih dan tidur dengan cukup.

 

 

Petua Kecantikan Sarimah Ibrahim

 

clip_image003

Saya suka makan nasi lebih-lebih dengan lauk ayam madu. Tetapi saya mengamalkan makan nasi selang sehari. Jika makan nasi beriani, elakkan ambil lauk yang bersantan sebaliknya pilih yang bergoreng. Minuman pula, saya pilih air milo tanpa gula, juga melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot yang lemah serta menggunakan mesin senaman.

 

 

Petua Kecantikan Zila Bakarin

 clip_image004

Kulit Zila memang licin putih dan melepak. Beliau seringkali mandi bersama lulur susu, tepung beras dan juga santan kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut mampu melembutkan kulit, membuang daki-daki hitam di bahagian dan celah-celah badan yang tersembunyi di samping mencerahkan kulit secara semula jadi. Kadang kala Zila turut mencampurkan bahan–bahan tersebut bersama hirisan kunyit atau limau nipis kerana bahan tersebut juga mempunyai khasiat yang boleh digunapakai untuk menyegar dan mengembalikan keremajaan kulit.

 

 

Petua Kecantikan Lisa Surihani

 

Saya sentiasa mengamalkan minum air suam. Tidak ketinggalan, saya juga amalkan minum pati teh hijau dan buah-buahan. Semestinya, saya tak minum kopi dan ambil minuman berkarbonat. Petua ini, saya amalkan selepas habis sekolah. Minuman berkarbonat saya tak sentuh sejak zaman kanak-kanak lagi.

 

 

Petua Kecantikan Nur Fasha Sandha

 

Pelakon cantik penuh kontroversi ini gemarkan makanan Jepun yang ala-ala mentah. Katanya baik untuk dalaman dan juga mencantikkan kulit. Selain itu beliau turut makan royal jelly yang dibeli daripada kedai tabib cina. Beliau akan mencuci rambut bersama syampu sekerap dua hari sekali dan adakalanya akan menggunakan minyak zaitun untuk disapukan pada rambut. Bau minyak zaitun mungkin kurang selesa, namun khasiatnya kepada rambut memang berkesan! Ada kalanya dalam tempoh setahun dua kali beliau akan menggunakan santan basi untuk diperapkan ke rambut selama semalaman. Dipercayai ini dapat mengembalikan kekuatan, melebatkan dan memperbaiki akar rambut yang telah rosak.

 

 

Petua Kecantikan Datuk Siti Nurhaliza

   

Difahamkan Siti punya cara tersendiri untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Menggunakan tepung pulut yang dicampurkan dengan air lalu dijadikan masker pada muka sebelum tidur. Keesokan harinya barulah dibilas. Selain itu, Siti juga gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur turut  dijadikan masker selama lebih kurang setengah jam, kemudian dibilas. Hampas kelapa yang dicampur dengan air asam jawa juga boleh disapukan pada muka bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah.

 

 

Petua Kecantikan Datin Nor Juma

 

Less is more, tak perlu mekap lebih-lebih. Saya dididik sedari kecil sentiasa mengambil suplemen seperti vitamin B kompleks  selepas bersarapan pagi. Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah amalan wajibnya bagi menjamin kesihatan badan dan agar kulit tidak menjadi kering.

 

 

 

Hmm… bagaimana? Senang dan tak mahal, bukan? Nak cuba jugalah nanti especeli petua minum air suam tu. Nampaknya mereka juga lebih selesa mengguna cara tradisional  dan semulajadi. Sebetulnya inilah cara yang lebih baik dan selamat daripada duk cucuk botox atau bahan kimia yang boleh memudaratkan! Teringat kata-kata pelakon Maria Farida, apabila hati bersih, tiada hasad dengki maka kecantikan kita pasti akan berkekalan! Yes, itulah definisi kecantikan yang sebenarnya.

 

Oh, ye tadi saya ada google pasal skin care anti aging product.  Rupanya ada produk di pasaran yang boleh jadikan kita cantik dan awet muda tanpa ada sebarang kesan sampingan.  Bila pakai produk ni kita akan nampak lebih muda 30 tahun daripada usia sebenar! Wowowow biar betik?!! Jomlah kita mencubanya jugak. Produk apakah itu?

 

 

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

 

 

 

 

clip_image001

 

 

Caucincau!

28 ulasan:

Kakzakie berkata...

Hehehe... katun tu buat kakak ketawa SSL

Habis tu CT nurhaliza tak pakai produk dia ke? Ala... kakak rasa mereka ni cakap je. Manalah mereka semua nie ada masa nak buat pulut bagai tu semua. Tapi kalau kita nak buat bagus juga kan:)

kasihredha berkata...

artis2 tu kasi yg basic je tu..
yang beribu2 ringgit habis diaorang tak kasi tahu..hihi

Hanis Azla berkata...

rajin tak rajin aje nak amalkan petua2 tu kan.. alalor comelnya cartoon tu.. he..he..

~izan~ berkata...

adoi kak,yg erra tu xmkn makanan bersantan.izan ni hadap kari,bubur durian la haha..pastu yg x minum kopi tu,mmg izan xdpt nk ikut.

artis yg ditanya ni semua dah cantik2..tp sbnrnya diorang ni byk duhet pastu ada byk penaja bab2 kecantikan..

tp byk gak tu petua petui tu kak hehe..

minum air masak byk2 selalu ke toilet.kak,ada petua? hehe

munna berkata...

artis tu mesti buat treatment yg mahal2 tu....

mamaNoriz berkata...

baru feeling serius dah jadi lawak lak sampai last...
hahahaha...

rajinnye SSL kumpul petua artis..

so mana yg paling di minati?

Asrul "iLham" Sany berkata...

sy suke fasha sandha muah...

p/s : kalau sy nak feature akak sebagai cameo dalam short Amer+Ashraf saya, nak guna nama apa ar? nama akak ar... bg sy satu nama...

sile balas dalam shoutbox or comment ye muah

anisalya berkata...

nampak mcm baby tua. hahaha... jaga jgk kulit. tp just cuci muka je. sbb malas.

ieda berkata...

amik petua eraa dan nor juma ..
senaman utk kesihatan badan
air utk kesegaran badan ! :)

makdara TERdiva berkata...

MDT baru2 ni jer nak mkn supplement..mkn x de pantang2 tp dah semakin berusia ni mmg nak kena control pengambilan makanan sbb metabolisma makin tua makin kurang..air gas memang tak minum..dlm setahun rasanya adalah tak sampai 5 kali..

walau apapun, biarlah cantik luar seiring dengan kecantikan dalaman

AzeedA berkata...

assalamualaikom SSL.. :D
hahaaa part last tu mmg lawak! dh cube try test tgk?

h4ni3 berkata...

hahaha
produk yg last tu, memang terbaik lah!
:D

Qhaifa Nur berkata...

byk petua2 yg boleh kita ikuti...

kalau rasa ada duit lebih, bolehlah ikut seperti mereka diatas tu..

Asrul "iLham" Sany berkata...

kelasss nama Sya tu, glam sgt kak...

thanks tau sb sudi bg kebenaran sy cameokan watak akak

tunggu

;-)p

Acik berkata...

jgn lupa kecantikan dalaman. sb ia akan terpancar keluar, kan! :)

Dinas Aldi berkata...

Yang last tu paling best, kihkih!

Anugerah Insani berkata...

ngek tol kartun tuh..madam SSL ape tggu lg..cuba lah! hahaaa :)

yua berkata...

kadang2 tu jeles gak tgok ramai org yg cantik2 dan lawa2 sgt..
kan.
tp bila pikir2 balik, setiap org tu ada lawa n cantik masing2. lawa kat luar xsemestinya kat dalam lawa...

Nadiah Sidek berkata...

hihi..kelakar kartun tu!

So Shy Lady berkata...

hihihi nak jugak kenakan orang. biasa SSL nih!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

eh eh..harini pon sy tulis petua kecantikan..

sy x penah percaya dgn petua kecantikan artis tu..cucuk sana cucuk sini mmglah cantik..lagi kalau yg ckp petua dia cuma air wuduk dgn hati baik..boleh blah!

Eye_nee berkata...

akk ingat yg last tu petua dari ko Shy...ternanti nanti tertungu tunngu akk..namun yg last itu buat ai gelak gelak gelak gelak sehingga tak sopan....i hate u shy..buat ai gelak cenggitu...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

hehe..lawak betul kartun tu.. ;)

So SSl ikut petua yg mana 1?

Yang penting..selalulah senyum & bykkan minum air kosong.. ^_^

Mila@Rimbun berkata...

lawak benor ler kartun tuh... gelak2 guling2 depan pc ni haaaaa

Tanpa Nama berkata...

BKN SEMUA ARTIS YG SUKA BUAT TREATMENT MAHAL2 TGK MCM SARIYANTI TU,JUST MAKAN BUAH JE DAH CANTIK..X PAYAH LAH BUAT ANDAIAN KONON2 DIAORG BUAT TREATMENT MAHAL2!! TU KIM KARDASHIAN..BKN DIAORG..DIAORG ADA RAHSIA YG X BOLEH DIBERITAHU DKT UMUM! FASHA TU BKNNYA LAWA PUN..MUKA BERLUBANG LEKUK JERAWAT JE..LAWA LAGI NORA DANISH!!

Tanpa Nama berkata...

Artis ni mmg asal nya dah cantik. Ttg treatment habis ribu riban tu pun betul jgk. tu nk maintain cantik. Diorg takkan nak bagitau semua yg diorg buat pd peminat. They keep it for themselves

Junaida Watie berkata...

hai salam kenal :)
kita pn kena jaga kesihatan dan kecantikan macam artis la kan :)

Dila Gebu berkata...

memang seronok baca blog ni, best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...