Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Oktober 07, 2011

Macamlah Perempuan Boleh Mengandung Sendiri!!!!

 

Salam ladies,

 

imageKes buang bayi di Selayang Baru. Glamer si ibu ni masuk paper…. si bapanya mana? Dah Lari?

 

Semua orang yang ada hati perut pasti akan rasa geram, sakit hati, kasihan dan terkilan setiap kali baca berita pasal bayi baru lahir kena campak dalam longkang atau dibuang tepi jalan. Kalau ada orang yang tak rasa apa-apa tu, besar kemungkinan dialah bapak kepada bayi tersebut!!

 

Semua orang kemudiannya pakat-pakat menyalahkan si ibu yang tergamak membuang anak sendiri. Berpikul-pikul kita maki dan keji dirinya. Kita tuduh dia macam-macam. Sudahlah tidak berlaki, beranak dan buang anak sendiri pula. Murah. Gatal. Tak ada maruah. Jahat. Ya, kata-kata itulah yang selalu dilemparkan kepada mereka. Lalu ramailah pula yang mengharapkan agar si ibu kejam ini dihukum seberat-beratnya atas perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

 

image

Huhuhu…putih melepak budak nih! Sayangnya…

 

Tetapi tidak ramai pula yang menyumpah dan mengeji si bapa, tukang yang bertanggungjawab menyebabkan anak itu lahir. Sebabnya, yang selalu tertangkap dalam kes-kes begini cumalah perempuan. Yang lelakinya awal-awal lagi dah menghilangkan diri. Hmmm tak de lah takjub sangat kan. Bab lari dari masalah dan tanggungjawab ini memanglah salah satu kepandaian kaum mereka. Sila panas bontot, okeh!

 

SSL ni bukanlah berat sebelah. Ya, lah apa saja perbuatan tidak berperikemanusian sepatutnya diberi hukuman setimpal – walaupun yang melakukannya perempuan. TETAPI, ada TETAPInya! Dalam kes begini, SSL memang amat tak setuju seandainya satu pihak saja dijatuhkan hukuman. Dan selalunya pihak itu ialah pihak  perempuan. Perempuan je la yang keluar masuk paper dan glamer sorang-sorang kat TV. Mana aci macam ni? Manakala si pembuat onar dibiarkan terlepas dan bermaharajalela ikut suka hati mak bapak mertua dia! Lepas tu pergi buat onar kat anak dara lain pulak.

 

Patutnya merekalah yang mesti dikenakan hukuman lebih berat. Mereka kan khalifah!! Tak kira la, penjara 60 tahun ke, sebat 100x ke, potong kaki sebelah ke, asal yang berat-berat atau himpun semua pesalah-pesalah seks (bapa bayi yang dibuang, perogol, pencabul, peliwat dll) jadikan mereka buruh bina bangunan ganti segala mat-mat Indon dan Bangla yang mana ada sekarang ni. Ada la jugak sumbangan diorang kat negara kita ni nanti. Okey tak cadangan ni?

 

Kesimpulannya kita memang kutuk dan hina sekeras-kerasnya kedua-dua mereka yang terlibat sebab perbuatan buang anak ni bukan perangai manusia tak kisah lah betapa susah nak  kawin ke ape ke. Tak kisah lah apa alasan nak diberi, banyak lagi  solution lain sebenarnya. Even kalau kena rogol pun buatlah laporan polis dan pergi hospital. Kalau dah terlanjur, pegi pusat kebajikan. Kemudian bertaubatlah. Buang dan bunuh anak bukanlah jalan penyelesaian! Lagi sekali wahai golongan khalifah, silalah bertanggungjawab, jangan tahu nak lari saja.

 

 

Today’s Lesson :

Ramai ibu bapa dan muda-mudi hari ini mengabaikan agama dan moraliti. Dunia dah semakin tenat. Hanya undang-undang Allah sajalah yang mampu memandu manusia ke arah jalan yang benar tetapi apsal ramai menolak, ek? Tak faham betullah!!! Segala yang datang dari Allah itu bukan ke bertujuan untuk membawa kebaikan kepada manusia? Dah ada jalan penyelesaian pun masih buat-buat tak nampak! Musykil!!! Maaf, ini bukan politik.

 

 

Caucincau!

32 ulasan:

Maya Mayana berkata...

anak yg mencorakkan tetaplah mak ayah tp kalau dh corak sebaik mungkin tetap jln yg serong dipilihnya...tk tahulah nk kata

kes2 begini rata2 mesti mk ayah tk tahu kan? kalau hubgan baik dgn mak ayah dan dididik dgn baik..InsyaAllah...

harap-harap anak2 kita anak yg soleh dan solehah...Amin

Amiizaa2001 berkata...

kesian bayi tk berdosa itu....

ieda berkata...

betul tuu dik
bila bab2 mcm nie
memang dua2 salah !!!
akak x pernah persalahkan perempaun sahaja
melainkan dia ada sakit mental
tapi kalau dia sakit punn
kalau si lelaki ada bersama
perkara2 mcm nie x akan jadi
sooo si jantan punnn bertanggunjawab !! herghhh
emooo akak bab2 mcm nie

sayangnyeeeeeeeeee budak tuu cumei tuu
putih melepakkk .. dah membiru lagi terserlah
putihnyaaaaaaaaaaaa .. huhuhu

Acik berkata...

teramatlah syu dan pilu. sedih sekali ...

Kakzakie berkata...

Setuju kakak dgn statemanet N3 ini. Kerja berdua yg tanggung satu. Tapi itulah semakin cuba dikekang semakin menjadi-jadi. So... pucuk pangkal keimanan kena tanam sedari awal. Agama mesti kukuhkan dalam diri...

gedek! berkata...

malu dengan melayu...!

kasihredha berkata...

nauzubillah
tengok gambar kat atas tu...jadi kesian dan sedih

h4ni3 berkata...

that's right SSL
patut di cari jugak jantan yg menyebabkan pompuan tu peknen dan jantan yg takmo bertanggungjawab yg membuatkan pompuan tu berfikiran singkat

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Betul tu..bila dh jd mcm ni..sepatutnye Dua2 lah kena tanggung..Sian sgt tgk baby yg x berdosa tu..sedih sgt2..

Cik SHiNJU berkata...

Undang2 ALLAH paling adil dan sesuai
untuk semua zaman....

Yg jantan xde telur gaknye,bila dah ngandung
terus dia lari dr tggjawab...

ajumohit berkata...

pemikiran dh dikuasai bisikan syaitan, terbelenggu dgn rasa sakit, geram, sedih tu yg sggup cmpak bayi sendiri, biar allah yg membalasnya...

RynaHakimi berkata...

Betul tu kak..masa 'buat' tu tak hengat dunia.. pastu mulalah cuak bila dah termengandung kan.. Ape nak jadik la manusia zaman sekarang.. Yang nak anak tak dapat (kite la tu..sob3x), yang dapat anak dicampak2 pulak.. Kite sokong hudud..yeah!!!- bukan politik, tapi sokong hukum Allah..

~ yus ~ berkata...

setuju sangat dengan entri akak ni...

perkara yg sama kami suami isteri bahaskan hari tu.

Memang paling bersalah si lelaki...

dia khalifah, dia patut membimbing kaum wanita, tapi dia yg menjahanamkan..

balik2 semua kesalahan terletak pada perempuan..

memang emo sangat dgn berita ni..huhu

Qhaifa Nur berkata...

cedih sangat..
kalau tak de angin tak kan pokok tu boleh goyang...

rasanya kalau sapa2 tak nak baby girl beri je kat saya buat buat teman aeish d rumah..

dah follow jom follow back

Asrul "iLham" Sany berkata...

memang BAB* tol...

marah!

ramai ag orang nak anak, dh ada anak wat cam tu, bodoh!

anisalya berkata...

betul la. tp benda ni mmg susah nak bendung especially kalau anak2 tu jauh drpd parents. parents pun kdg2 percaya bulat2 ngn anak2. bila jdk kes buang bayi, org dh tk nmpk dh yg lelakinya. mst org salahkan yg perempuannya jgk.

abah khalisha berkata...

Manusia skrg semakin kejam..tk tau lah abah nk ckp apa psal depa ni..eloknya hukum gantung je

Anugerah Insani berkata...

100 % agree...that's why la timbulnya isu hukum hudud yg x selesai2 smpai skrg ni..do im right my sis???hehehe..ohhh panas..panas....

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

agree with u
takutkan mcm2 kes skrng ni
takut mcm mana prgai ngan anak bila besar nnt
even dah kasi pendidikan agama yg sepatutnya
moga kiter di lindungi insyaAllah

Dinas Aldi berkata...

SETUJU SANGAT! Awat la pempuan ja yg menanggung sorang2, yang bapaknya tu pi mana? Sedih sungguh tengok gambar baby tu..

Sz berkata...

kalo bagi kat orang pun ramai yang mahu anak tu...huhuhu...

sekarang ni nak didik ke risau kan anak bukan je anak pompuan, anak lelaki pun sama...

Kabutar Diesel berkata...

Betul tu patutnya kedua-dua kena..dan rasanya kalau dah perempuan kena tangkap yang lelaki bakal menyusul kemudian..cuma yang musykil katakan ada banyak lelaki dalam satu perempuan macam mana ye :) nak kena DNA nak tahu gak la saper yang patut kena hehehe manala tahu dulu la ni macam2...jap bantai sana jap sapu sini...ini realiti kehidupan sekarang

Mohd Nasron Hashim berkata...

Kaedah DNA boleh digunapakai dalam kes sebegini kerana hanya satu padanan DNA akan ditemui pada bayi terbabit. Dari situ, pihak berkuasa boleh kenalpasti siapa lelaki yg bertanggungjawab tersebut. Rasanya Islam tidak menolak penggunaan kaedah DNA ini dalam pendakwaan di bawah enakmen hudud. Jadi DNA ni boleh digunapakai untuk mensabitkan kesalahan asalkan tidak berlaku unsur-unsur penipuan semasa proses DNA dilakukan.

So Shy Lady berkata...

brp byk DNA yg bakal dtmui klak? Klau ada 10 pdnan, maka spatutnya ksmua prlu dbw ke muka pngadiln n hukumn djatuhkn k atas stiap org bdsrkn ksalahn msing2 - bzina/mmbunuh/ kdua2 skali

mamaNoriz berkata...

mmg geram tapi yg dpt aib mesti pompaun dulu padahal tak menjadi klu sebelah pihak je...

patut kuat kausa kan lagi agar sma berat terima hukuman dan malu tu...

yua berkata...

benda ni semakin berleluasa d msia... nama je negara Islam. even kat ngara barat pon bnda ni kurang..
benda ni dah over sgt. tiap2 hari ada kes buang bayi.
hiburan dan maksiat berleluasa - punca utama.!

mzhany berkata...

sedih kan bila dengar...ntahla dah taktahu nak komen kan...tu lah bila AGAMA di belakangkan...hishhh nauzubillah...mintak jauh la...dari terjadi pada generasi kita yg akan datang...ameen...

~izan~ berkata...

seronok berdua kak,sakit sorg2.bila akal dikuasai nafsu,bisikan syaitan pulak menari2 kat telinga,memang mcm2 la akan jadi.baby tak bersalah jadi mangsa...

Norhafiza berkata...

No setuju sangat dengan akak..pompuan yang selalu kena..dua2 memang salah dan WAJIB kene hukum..

wahida berkata...

sedih sgt tgk baby tu...
hanya Allah yg mampu membalas perbuatan mereka...

AzeedA berkata...

eeeeee panasnye ati!
mmg patut jadi je kes gini, korek dedua 'pembuat'nye sampai ke lubang cacing.. pastu sumbat deme dlm lubang cacing tu!

Mila@Rimbun berkata...

bapak budak ni mmg patut yg amat dicari... dasar tak bertanggung jawab ler nii

sekarang ni ada mak bapak yg lebih suka anak g belajar piano dari g belajar ngaji....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...