Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, September 13, 2011

Hari Raya Dua Tiga Puluh Tahun Lagi. Bincangkan.

 

Salam ladies,

 

Amboi beraya sakan SSL sampai tak ingat dah nak update hahaha. Mesti hampa gila orang datang jenguk blog ni, kan. Ehem ye la tu hampa gila lah sangattt! Nasib baik lah Aidilfitri setahun sekali. Kalau setahun ada banyak kali, sahih saya kena upah Kak Eye_nee lapkan habuk-habuk kat sini… Sanggup tak, kak?

 

Eye_nee

...ingatkan nak bawak mop...bulu ayam sekali..nak tolong mu bersihkan umah ni....

 

Hmmm… sanggup nampaknya. Ngeh3x….

 

Hari ni SSL baru terhegeh-hegeh nak update hari raya punya cerita. Tajuk entri adalah seperti di atas. Woh, dasyat kemain tajuk macam soklan periksa la pulak siap bincangkan segala bagai hihihi….mentang-mentang sekarang ni musim periksa. Ahhhh lantaklah…kalau rasa nak baca, baca je senyap-senyap, kalau tak nak, sudah….. pergi main jauh-jauh! Ceh, garang.

 

Oh, ye sebelum kita ke perbincangan yang lebih serius, sebagai mukaddimah SSL nak selitkan satu cerita yang tak kurang menariknya yang berlaku ketika cuti raya di kampung tempohari. Nak dengar tak cerita menarik ni? Gini ceritanya, pada satu malam masa tengah havoc berborak sambil mentekedarah Nasi Dagang buatan ibu kandung tiba-tiba seorang adik telah menegur…..

 

“Bakpo kak So Shy Lady (buke namo sebena) napok koho haluh dan napok koho mudo loni?”

 

Makkkk nasib tak tersembur Nasi Dagang dalam mulut time tu. Wei dengar tu…..si adik menegur si kakak….

 

-setelah dialihsuara- “kenapa kak So Shy Lady (bukan nama sebenar) nampak makin kurus sekarang?”

 

Biar betikkk? Owwhh, walaupun macam tak boleh nak percaya sangat statement dia namun  diameter hidung si kakak sempat jugalah mengembang sehingga mencecah ukuran tujuh puluh tiga cm. Sape tak bangga. Dan sebelum berpisah tempohari robek jugalah dompet si kakak sediakan duit raya special untuk si adiknya itu huahuahua. Sekian, itu aje ceritanya. Weh menarik tak cite tu?

 

Isyh melencong jauh la pulak. Hahaha adat la tu, kan cerita Melayu memang gitu. Tak kira apa genrenya ia memang sering meleret-leret dan kehilangan fokus. Okaylah, berbalik kepada perbincangan asal kita iaitu….Hari Raya Dua Tiga Puluh Tahun Lagi. Bincangkan. Letih la taip tajuk banyak kali nihhh…(buat anak didik, jangan risau tajuk ni tak masuk exam punya, okay!!)

 

Ingat tak saat yang paling dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang kita setiap kali menyambut Aidilfitri……

 

Sudah tentulah petang terakhir Ramadhan. Petang di mana orang membakar lemang dan merebus ketupat. Petang di mana iblis dan syaitan tersenyum lebar kerana rantai masing-masing dah mula terasa longgar. Bagi mereka yang masih ada kampung halaman, petang itu selalunya membawa seribu erti yang tersendiri. Tak terbayang seronoknya dapat berkumpul dengan orang tua, adik-beradik, ipar-duai dan saudara-mara. Bagi yang kena beraya di rumah keluarga sebelah suami atau isteri, nikmatnya masih ada walaupun adakalanya lirikan senyum di bibir berselang-seli dengan muncung panjang sedepa. Huhuhu sapelah agaknya tu ye?!

 

nokia11912 432 nokia11912 418

Raya di rumah keluarga mentua

 

nokia11912 446 nokia11912 450

Raya di rumah keluarga kandung

 

Bau asap dari unggun api pembakar lemang, didih air dari periuk besar berisi ketupat, gelak tawa budak-budak yang berkejar di sekitar, gossip tentang saudara itu, saudara ini yang berlegar dari mulut ke mulut, semuanya mencetuskan suasana hari raya yang tak dapat ditukar ganti dengan apa pun jua. Suasana seperti itu masih lagi berlaku sekarang tetapi dari pengamatan rambang saya dari tahun ke setahun menunjukkan bahawa skala keceriaannya sudah semakin berkurangan.

 

Lihat sajalah kelibat orang lelaki mencari buluh dan membakar lemang. Ada lagi ke? Langsung tak nampak. Yang jelas kelihatan muka kegembiraan abang abang pakcik pakcik membeli lemang yang dah siap dimasak di tepi-tepi jalan tu ada lah ramai.

 

lemangbeli aje……

 

Yang perempuan pun sama, dulu masing-masing pakat seronok duduk menganyam ketupat beramai-ramai namun dengan kepesatan industri ketupat segera, ditambah pula dengan industri rendang dalam plastik dan kotak, segala bentuk keseronokan itu sudah mula berubah.

  ketupat

senang…..

 

Bagi golongan kanak-kanak pula, keriangan semasa berkumpul dengan sepupu-sepapat mereka juga sudah diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza. Ia tidak lagi dihiasi dengan kejar-mengejar, usik-mengusik, bermain sembunyi-sembunyi atau berbasikal di sekeliling rumah datuk dan nenek. Sebaliknya semua itu telah digantikan dengan keseronokan baru. Yang kecik, yang besar balik-balik mengadap benda tu….

 

nokia11912 422

nokia11912 441 

tu dia…..

 

 

nokia11912 364  nokia11912 366

Alahai si kecik pun dah terikut-ikut

 

Hai, tak dapat nak bayangkan raya dua tiga puluh tahun nanti. Waktu itu mungkin semakin sedikit orang yang mempunyai kampung halaman. Malah semakin sedikit rumah yang mempunyai halaman. Waktu itu, kebanyakan datuk dan nenek merupakan penghuni apartmen dan kondominium yang bukan sahaja tidak menyediakan ruang untuk upacara pembakaran lemang dan perebusan ketupat malah juga tidak ada ruang untuk anak-cucu berlari.

 

Dua tiga puluh tahun lagi kita tidak tahu bagaimana bentuk permainan kanak-kanak. Namun satu perkara yang hampir pasti ialah kebanyakan alat itu akan lebih menjurus kepada nilai-nilai individualistik. Dengan kata lain, ia akan mendorong anak-anak bermain sorang-sorang dengan nilai keseronokan yang lebih berbanding bermain dengan banyak orang!

 

Dua tiga puluh tahun lagi juga barangkali harga minyak akan berkali ganda mahal dan kadar tol semakin meningkat. Dan kerana ia berlaku, amalan balik kampung -bagi yang ada kampung- mungkin kian berkurang.

 

Dua tiga puluh tahun lagi, barangkali satu-satunya yang menggembirakan kita ialah saat melalui sessi video conference dengan anak cucu menerusi skrin kecil di tapak tangan. Mungkin…….Hmmm mari kita fikir-fikirkan.

 

Okaylah, sebelum berpisah, jom kita saksikan pose ayu si adik yang berjaya mengepaw duit raya kakaknya dalam cerita selingan tadi.

 

nokia11912 463

Mahukan tips cara untuk tetap kelihatan vogue tanpa secalit bedak? Tanyalah dia sebab kulit dia ni tersangatlah gebus *saje je bodek!*nyehnyehnyeh ;P…alameks mati la.. mesti dia ngamuk coz tak delete gambar ni hahaha….lariiiiiiiii

 

 

Caucincau!

17 ulasan:

ieda berkata...

ahahhahah sikit punye jelesss akak bila baca nieeeh !!! :)

ajumohit berkata...

yelah SSL, makin hari makin advance anak2 kita ni, tp tradisi menganyam ketupat masih kami semaikan, semoga pasni ada penyambungnya hihih

Eye_nee berkata...

Kompom Obesiti menjadi-jadi....sudah tiada lagi aktiviti bermain-main dipdg lagi...anak2 asik dgn gajet2 yg cangih mangih..datuk nenek 23 thn akan dtg ketupat lemang pon tak tau rupanya bagaimana...

Ambo tok seh gi umoh mu nok lap abuk...umah ambo pun dah bersarang Black Widow....Maap ke ambo dehhh...cari bibik lain....

Asrul "iLham" Sany berkata...

yg penting jap agi rege top up ada charge...

mencik!

Aidah berkata...

Tak yah tunggu doploh tahun lagi, sekarang ni bila cakap nak buat lemang je dah lemah kepala lutut. Tak larat akak. Yang besau2 dan dah dara tuu susah nak menolong. Asik ngadap laptop jee...tapi bila nak makan tahu pulak ngadap mak2 ni.

Maya Mayana berkata...

kelakar la akak ni...best juga apa yg akak bayangkan,mungkin satu masa kan terjadi juga...kak bubuh watermark and edit gambar letak senget2 tu macamana? guna software apa ye?

cemomoi berkata...

koho haluh satu rayo... dompet pon koho haluh satu rayo... lepas rayo koho besa tapi dompet koho-koho nok tubek...

Yua berkata...

betol2 akak.. kat rumah skg mkn ketupat segera.. smuanya segera...
akak makin slim? wowww!

Run Away♥ berkata...

meriah nyer......best...;d

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

akak kita setuju sgt dgn apa akak tulis ni..mmg dah lain sgt kan zaman dulu dan skang..sy pon x reti nk anyam ketupat..nnt cucu sy balik beraya kasik ketupat segera cap Nona ajer hehe..


p/s: akak gembira org tegur dah kurus..sy lak sedih psl dah rupa org somalia pon ada

Run Away♥ berkata...

meriah nyer...kan....best...;d

Hanis Azla berkata...

knp takde org cakap saya kurus jugak yer.. he..he.. betullah raya dulu & skrg pun dah byk beza.. inikan pula 20-30 tahun lg kan..

Hanis MY berkata...

wow meriahnyaaa best2...tak sanggup rasanya nak raya dgn video conferencing wuwuwu...

Dinas Aldi berkata...

Tak payah tunggu 20-30 tahun lagi, banyak dari yg ditulis oleh SSL tu dahpun berlaku sekarang, kihkih

Ati Masrif berkata...

tu dia ...sekali masuk online
panjang menjela...hehehe

anak2 kita pun sibuk dok
main game dlm hp juga :)

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Betul tu..skrg ni pun ada juga yg dh terjd mcm ni..Zaman smakin canggih..& anak2 semakin Advance.. ^_^

~izan~ berkata...

mujur akak letak terjemahan hehe..kalau tak mmg tak faham hihi

mungkin ada yg akan berlaku akan dtg apa yg akak tulis tu utk raya 2,3puluh tahun akan dtg huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...