Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Ogos 22, 2011

Nasi Goreng Cendawan : Tahukah Anda?

 

 

food22811 131

Menu sahur

 

 

Tahukah anda?

Ahli sains di seluruh dunia bersepakat jika Nasi Goreng Cendawan dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi Goreng Cendawan juga dipercayai boleh digunakan sebagai penawar untuk menceriakankan hati sesiapa saja terutama apabila dimasak oleh seorang blogger bernama So Shy Lady (bukan nama sebenar)…ngeh3X

 

 

RESEPI NASI GORENG CENDAWAN

Bahan-bahan
nasi semalam (bukan minggu lepas)
isi ayam, dipotong kecil-kecil
2 biji telur
sedikit serbuk kunyit
beberapa keping cendawan tiram yang besar, dihiris
serbuk lada putih
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Bahan untuk dikisar halus
sedikit cili padi
5 ulas bawang putih
separuh bawang Holland

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga naik aromanya. Goreng hirisan ayam sehingga hampir masak. Apabila garing, masukkan telur, serbuk kunyit, cendawan, lada putih dan garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau hingga sebati dan rata. Tabur bawang goreng dan daun sup sebelum dihidang.

Nasi goreng cendawan enak dimakan panas-panas semasa sahur tambah-tambah jika ada ayam goreng berempah, pasti terangkat meja!

 

Caucincau!

17 ulasan:

Ann Huda (Ate) berkata...

Betul ke fakta di atas tu? Atau hanya rekaan sang blogger semata? Hehehe.

Rajin SSL sahur masak nasi goreng 'special'.

Teratak Hami berkata...

AKak pun nak tanya soklan yg sama, betul ke? Kalau camtu tiap2 hari makan nasi goreng cendawan.

ajumohit berkata...

fakta ke auta ni kak? hahahha..info yg baik, pasni bleh cube resepi di atas

Aidah berkata...

Semalam akak masak sahur nasi goreng cili api. Memang terangkat kepedasannya sebab maklumlah masak pukul 3.00 pagi. Hehe.

ieda berkata...

terbaik dik ! .. nanti akak nak cube :)

whitecappuccino berkata...

sedap ni..berselera jer kalo mkn utk sahur

wahida berkata...

huwaaaaa!! sedapnyaaaa!!

buat la esok...

Sz berkata...

harusssss sahur tahun depan ku ketuk pintu rumah mu kak! ;p

Dinas Aldi berkata...

Hasil kajian ahli2 sains pasal makanan ni tak boleh diaplikasikan pada akak pasal perut akak tak sama macam perut orang lain. Ala2 bottomless gitu, kehkehkeh!

qemaishak berkata...

cendawan ni sedap kan kak, rasa manis2 sikit...campur lam sayur pun sodap.

Eye_nee berkata...

Sampa terangkat meja...tak leh tahe mu ni...ukaloh..sedapppp tu nasik goreng cendawan...

~izan~ berkata...

akak,fakta n info itu sgt menarik hehe..tetiba rasa ns itu sgt sedap..dan mmg betul kalau akak yg masakkan utk izan lg bertambah sdp hehe

Hanis MY berkata...

yummynya...nak cikittt wuwuwu

Maya Mayana berkata...

terbaik..tengok pun dah tahu sedap,kalau mcm tu sesuai jd menu org diet ni..akak ni mesti kelakarkan :D

Hanis Azla berkata...

semua makanan yg ada cendawan mmg selalu nmpk sedap di mata saya..

Kabutar Diesel berkata...

hahaha nampak gaya nak ne suruh puan Irah masak nasi goreng cendawan gak la..tapi nak guna cendawan sisir takpun kulat pusu boleh kot kekekeke

sha a.s berkata...

huwarrgghhhhh....sedihnye!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...