Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Ogos 18, 2011

Cukup, Cukuplah!

 

Salam ladies,

 

Saya sedar, bulan baik hari baik begini adalah sangat tidak molek kita mengata, kan. Tapi itu pakai mulut. Kalau pakai notebook tidaklah mengapa…..kwang3x.

 

Sebenarnya hari ini cadangnya nak kongsi resepi dengan anda sekalian. Almaklumlah mengikut pemerhatian saya yang begitu tajam menikam kalbu ini, kata kunci ‘resepi’ telah dikatakan menjadi kata kunci yang sangat popular dalam Google Search Engine Malaysia sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini. See, entri saya yang bertajuk Resepi Lontong dan Resepi Sambal Sotong Kembang juga turut terkena tempiasnya di mana sebelum ni tak pernah pun wujud dalam senarai tiba-tiba mendadak naik ke tangga ke-4 dalam Carta Catatan Popular Blog Tak Semenggah SSL ni.

 

Wow syabas buat I, eh..eh takkk…buat wanita-wanita Malaysia sebenarnya kerana telah terbukti walaupun diri kepenatan dengan pelbagai tugasan namun masing-masing masih tetap berusaha menggodek resepi dengan niat ingin menghasilkan juadah berbuka paling istimewa buat keluarga tercinta. Cayalah.

 

Namun demikian, puan-puan sekalian pada saat ini saya rasa nak tolak ke tepilah sekejap rancangan Bersama Chef SSL, ya kerana ada isu lain lagi yang lebih penting yang ingin saya kupas di tengahari yang berbahagia ini. (Sila baca ala-ala pegacara WHI)

 

Sebenarnya dalam mood gembira berpuasa hari ini, hati saya tiba-tiba berasa geram. Ini semua gara-gara mendengar berita di Radio Era pada pagi tadi tentang satu kes melibatkan seorang gadis di Subang Jaya yang telah dilaporkan hilang dan dipercayai diculik. Setelah disiasat rupa-rupanya didapati….damn gadis itu sebenarnya lari mengikut kekasih hatinya dan rahsia terbongkar apabila didapati mereka jugalah yang menjadi dalang di sebalik komplot rancangan penculikan diri sendiri tersebut. Lhoooo……Huk, aloh…bakpo gak mu jadi bodo lagu tu?

 

Adoi la penat betul, kan dengar kisah gadis hilang ikut teman lelaki ni. Jarang kita dengar kes anak lelaki hilang sebab ikut perempuan. Yang hilang lepas buat aniaya kat perempuan adalah banyak. Saya yakin gadis yang merancang penculikan diri sendiri tu pasti kena tipu hidup-hidup. Entah apalah yang dijanjikan oleh kekasihnya itu tetapi kita tahu mesti klise punya.

 

Mesti ada ayat-ayat sehidup semati dan cinta sejati. Dan gadis yang naif dan lurus bendul itu pun percaya. Kerana keluarga menghalang atau mungkin ada masalah lain maka terjadilah episod yang menyedihkan ini. Dia tak sedar yang dia sudah termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh spesis manusia yang berperikebi#@&% oppss!! Sadis sungguh, kan! Mari kita berdoa agar perkara begini tidak berlaku pada ahli keluarga kita.

 

Di sini, kepada gadis-gadis di luar sana yang mungkin telah tersilap langkah, dengarlah pesanan khidmat masyarakat dari ahkak ini…….

Pulanglah ke pangkal jalan. Tolonglah! Kalaupun tak kesiankan mak ayah yang mengharapkan kepulangan anda, kesiankanlah pada diri anda sendiri. Jangan biarkan kebodohan orang lain mempengaruhi diri kita. Cukup, cukuplah!

 

Caucincau!

 

 

 

Red rose Semalam, lupa la nak taip… sumber teka-teki : kiriman Anugerah Insani. Jangan kecil hati, ya Anugerah Insani. Next time share lagi, OK!

18 ulasan:

ajumohit berkata...

Mcm2 kisah masalah remaja skrg ni, smpi tak sggup nk dgr Dan klu tak nyusahkan org xpe, bulan puasa makin mjadi pulak

~ yus ~ berkata...

setuju sangat. Cukup-cukuplah diri sendiri diperbodohkan oleh lelaki durjana di luar sana kan kak...

NM02 berkata...

remaja skang pentingkan org luar dari keluarga sendiri

MasZuber berkata...

itula kak, nie mesti kes dah kene jampi tue..

sian mak bapak dia..

Mak Wardah berkata...

Betul sgt tu...Tak payah kena jampi, iman remaja sekarang sekarang ni rendah sangat. Takkan sepanjang masa pakai jampi aje berlambak gadis2 kita terdampar di Lombok...Fikir-fikirkanla...

qemaishak berkata...

sian mak ayah...minta dijauhkan anak berperangai camni kan kak..

Hanis Azla berkata...

anak2 sedang membesar.. takut sgt perkara yg sama terjadi kan.. Minta di jauhkan hendaknya.. kuat benar pengaruh luar pada anak remaja skrg kan.. sehingga ibu bapa terus di tolak tepi..

Mila@Rimbun berkata...

akal pendek ler niiiii.. kesian mak bapaknya.... penat2 besarkan anak, anak dok ladi lagu tu... moga dijauhkan Allah dari keluarga kita semua

Ann Huda (Ate) berkata...

Naudzubillah ada ahli keluarga kita cam tu kan. Menipu mak bapak sendiri, konon diri kena culik. Ish, ish, ish...sok2 betui2 kena culik tak da sapa pecaya. Padan muka hang...(cakap utara ni pasai nak lawan mek kelate kecek...hehehe)

munna berkata...

macam2 budak skrg ni...... tulah klu tak panjang akal...kesian mak bapak dia

ainnoraini berkata...

tak tau nak kate ape...
macam2 hal yg ade kat dunia sekarang ni...mintak2 jauhkan semua tu terjadi kat kite semua..

Eye_nee berkata...

nok kecek pon ambo dok reti ni...anok2 tine ada 3 ore...kang kita ckp2 tetiba terbalik pulak kat kita... guane...cuma ada otak free ni..guna lah sebaik mungkin...

~izan~ berkata...

dlm WHI ari tu,masa tv3 call mak dia punya la puji anak dia itu ini bgai..tp mesti dia tak sngka anak dia snggup buat dia mcm tu..kesian sgt..kan..

Dinas Aldi berkata...

Kalau kena jampi, idakla rasa nak marah sebab di luar kesedaran tapi kalau memang secara sedar dia buat gitu...keluaq asap kot telinga nih!

Yua berkata...

dasar anak x sedar diri, xkenang jasa mak ayah..


p/s : lama x singgah blog akak =)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

darah muda..waktu bercinta diaorang rs percintaan diaoranglah paling hebat sekali paling suci paling romantis..sy snrnya risau juga..sbb sekarang anak masih kecil..jd dgr cakap kita..nnt dah besar nak lawan je kejenya..

Kabutar Diesel berkata...

hehehe betul3 darah muda..dan pendek akalnya..nafsu menguasai diri lantas tergadaila maruah diri dan keluarga mereka

p/s itu anugera insani bagi teka teki hadia beliau sponsor ka kuikuikui

abah khalisha berkata...

Dgr sgt ckp lelaki tu..alamkalumlah cinta sgt-sgt lah katanya..

Kasih seorang ayah, hayatinya bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...