Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Jun 27, 2011

Yang Warna Putih Putih Tu

Assalamualaikum!

 

Rumah uols ada cermin tak? Kalau ada cepat pergi amik. Tak kiralah cermin besar ke, cermin kecil ke. Cermin solek boleh, cermin pengasah pensel pun boleh. Eh, ada jugak yang tak ada cermin? Isyh isyh isyh…..mana-mana yang tak ada cermin tu, sesak-sesak sangat carilah mana-mana lopak air. Erk, boleh ke?

 

Bila dah ada cermin, apa yang perlu dibuat ialah cerminkan rambut uols. Tilik puas-puas. Adakah masih  solid black atau ada seurat dua yang dah luntur kalernya?  Ada tak yang warna putih putih tuuuu.  Alaaa itu…..

 

Kepada mereka yang baru tersedar rupa-rupanya dah ada seurat dua warna putih putih di celah-celah rambut hitam, mula-mula sekali dinasihatkan janganlah cepat rasa panik, rasa down atau rasa kecewa serius amat lantas menyepak tong sampah rumah jiran sebelah, OK. Bawa bertenang ya, puan-puan. Bawa bertenang.

            

Uban!

 

Ya, benar…. sudah pasti semua orang tidak ada yang menginginkannya. Manakan tidak, apabila tumbuh uban samada ketika remaja atau tua, kita kelihatan lebih tua dari usia. Cakap pasal uban, pernah dengar tak satu cerita ni? Kisah seorang anak ternampak ada uban di kepala ibunya lalu dia pun bertanya, "Mak kenapa rambut mak warna putih?" Dengan rasa malas si ibu pun menjawab "Setiap kali anak mak buat mak menangis, sehelai rambut mak akan bertukar jadi putih" jawab ibunya. Kemudian si anak pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya berwarna putih? Mak selalu buat nenek menangiskah?"  Hahaha….terkelu mak dia tak boleh jawab. THE END. Ok, cerita tak berapa relevan.

 

Berbalik kepada topik sebenar, kita tidak mampu mencegah kemunculan uban bila itu sudah menjadi kehendak Tuhan. Antara penyebab rambut cepat beruban ialah faktor keturunan. Di samping itu, faktor tekanan juga turut mempengaruhi. Pada saat kita stres, tubuh akan mengeluarkan hormon yang mengambil vitamin B12 yang ada pada tubuh sehingga mengganggu pengeluaran pigmen rambut dan menyebabkan rambut memutih. Faktor lainnya adalah kerana faktor genetik, kelainan metabolisme, dan akibat penggunaan zat kimia yang terdapat pada pewarna rambut atau shampo bersulfur. Zat kimia tersebut meresap ke pori-pori rambut dan mengganggu terbentuknya warna hitam pada rambut. Info selanjutnya, silalah buka di sini.

 

Namun demikian, janganlah kita kecewa kerana harapan masih ada. Tuhan memberikan kebebasan untuk kita berikhtiar mencegah tumbuhnya uban sebelum waktunya kecualilah jika anda sudah berpangkat nenek atau datuk…yang ni dah tak dapat tolong lagi dah. Kalau yang dah beruban satu kepala tu anda dinasihatkan janganlah mencabut uban tersebut sebab uban juga mempunyai rahmatnya tersendiri. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam berseri walaupun sudah berusia emas seperti arwah nenek saya. 

 

Ok maka dengan ini,  hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa petua yang sangat berguna untuk diri sendiri iaitu TIPS MENCEGAH UBAN yang penat lelah saya peroleh dari beberapa sumber hasil bantuan Pakcik Google.

 

Tips 1 :

Untuk mencegah rambut beruban, lumurkan rambut dengan santan kelapa yang dicampur dengan kelapa parut. Pakailah 2x seminggu. Oh! Senang sekali tips ni….harus dicuba ni.

 

Tips 2 :

Di sini kita memerlukan hati ayam 2 potong, ragi/yis 2 sudu teh dan kicap secukupnya. Hati ayam tersebut dipanggang seperti sate. Lakukan kebiasaan makan hati ayam ini setiap dua atau tiga hari. Insya Allah uban di kepala tidak akan muncul. Hmmm tips ni tak sesuai kot, saya kurang gemar makan hati ayam!

 

Tips 3 :

Cuba larutkan satu sudu teh garam dapur dalam air kelapa segar. Biarkan selama beberapa minit di kepala sambil diramas-ramas. Kemudian bilas dengan air bersih. Tips ini pun senang jugak! Nak cubalah.

 

Tips 4 :

Sangrai/goreng tanpa minyak 30 gram biji betik, tumbuk hingga halus. Tambahkan 1 sudu makan minyak kelapa, adun rata. Oleskan rata pada rambut, biarkan selama 1-2 jam. Cuci bersih rambut. Lakukan 1 kali seminggu. InsyaAllah mujarab. Ok, nak pergi beli betik nanti!

 

Tips 5 :

Makan makanan yang banyak mengandungi vitamin B12 kerana vitamin ini dapat mencegah timbulnya uban. Kita boleh menemukan vitamin ini pada susu, telur, atau pada daging berwarna merah. Yelah, yelah….akan minum susu banyak-banyak  T.T

 

Tips 6 :

Merokok juga menyebabkan rambut cepat menjadi putih. Maka berhenti merokok dapat menjadi penyelesaiannya.  Selamat…..saya tak merokok. Anda?

 

Tips 7 :

Urut rambut dan kulit kepala dengan EVOO. Apa itu EVOO? No, no, no……ia bukanlah nama kumpulan K-Pop dari Malaysia, ye.  Nak tau pasal EVOO, klik lah entri lama saya yang bertajuk Mek Kelesom Belajar Pakai High Heels. Maklumat tambahan, EVOO mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi dan dikatakan mampu melambatkan proses penuaan rambut di samping mampu mengelakkan rambut daripada berkelemumur. 

 

 

Saya senaraikan tip-tip di atas sekadar berkongsi saja ye, saya pun tak pasti keberkesanannya tapi Tips 7 itu sudah lama menjadi amalan hidup saya. Mencegah adalah lebih baik dari merawat tapi kalau tak berkesan janganlah rasa kecewa serius amat lantas menyepak tong sampah jiran sebelah rumah  pulak, OK! Masih ada  cara lain lagi untuk mengatasinya. Apakata ubah saja gaya rambut anda seperti mereka ni……

 

 

 

 

Fesyen rambut beruban Lady Gaga

 

 

 

Buat lelaki, fesyen rambut beruban Legolas ni pun stylo mylo jugak….phewwwww

 

 

 

Caucincau!

26 ulasan:

sha a.s berkata...

x prsn lak ade uban ke x rmbut Sha ni...hehh!

Hanis Azla berkata...

seurat dua uban mmg dah muncul di kepala ni.. nnt boleh cuba amalkan petua2 tu.. thanks yer..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

eemm..kakD dah byk dah kat celah rambut hitam ni...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

lily perasan dlm bbrp minggu ni..selak2 rambut..terjumpa rambut putih..adeihhh..x sanggup..dh tua dh..hukhuk..

Thx utk petua ini..Nnt mana2 yg senang tu..blhlah dicuba dulu.. ;)

So Shy Lady berkata...

Sha a.s: tde lg kot....sha muda lg ;D

Hanis Azla: akak suruh hb check mmng ada seurat dua. akak cabut sbb ms tu t.tau plak t.bleh cabut sbnarnya. lpas tu akak pkai EVOO. alhamdulillah smpai skrng dh tak tumbuh dah.

So Shy Lady berkata...

LadyZul: uban rahmat, kak! :D


Lily@mummyQistina: cuba jgn t.cuba...kita skdar b ikhtiar kan ;D

Norhafiza berkata...

a a le akak..No skang dh banyak plak naik uban huhu..tp klo ikut ada la 1-2lai tu masa bujang lg dh ada..sentiasa ada walopon kita buang..naik balik mesti putih..skang No tak buang dh..org kata esok2 akan menjadi PENYERI kita nnt hehe..tp abg umo 40 selai je ada..abg sll amal amik pati santan salam 2sudu nuh atas kepala..bia setengah br cuci..dlu dia sll bungkus kpl 1mlm, esoknya br cuci tp time tu kena pakai syampu banyak le hehehe...

munna berkata...

munna pun dah ada shelai dua je....

Eye_nee berkata...

akk dah berelai-elai ada Shy....udah fitrah Shy...seiring dgn ketuan diri...tp ada petua ni bagus jugak kan..boleh itam balik rambut cuma takut nnt nak masak lemak cili api kuah cair la pulak...sbb saparuh lagi santan dah guna nak rawat rambut....

Asrul "iLham" Sany berkata...

uban tu seksi pe kak

;D

ainnoraini berkata...

mmg dah ade pun...masih banyak hitam lagi la...
anak2 selalu tegur maknye ni dah tua...bile nnpk uban kt kepala maknye ni...

Dinas Aldi berkata...

akak ni dah lamaaaaaa naik uban. kalau cabut, mau botak kepala ni, hahaha!

Aidah berkata...

Ooooh macam tu ka. Patutlah rambut akak ni sejak berkurun dulu dah beruban. Masa kecik stress nak mainan mak tak kasi, dah sekolah asrama pulak stress takut hantu, bila dah kahwin stress dgn En AHBY, sekarang ni lak stress kiri kanan depan belakang. Adoooiiiaaiii...stress akak. Haa serta merta tumbuh uban satu kepala.

Papa Mifz berkata...

alhamdulillah setakat nih xde uban lagi...
but tq la share tips2 nih yer..:)

Sz berkata...

ihikssss ...
tip no 2 tu mmg macam mencurigakan..
di mana relevannya ye...

sayangsayangibu berkata...

dah ada dah uban tu, kadang bila ikat rambut eh...
uban ibu terpacak lah kata ayong(,")

Cik SHiNJU berkata...

Petua cuci rambut guna santan tu mmg org tua dulu2 salu amalkan kan..bukan takat rambut itam lebat tp lembut gak...

ieda berkata...

hermm akak pun dah lama tahu pasal stress nie .. kalau stress makin berlari2 lahhh uban tuu nak kuar ekekke ..
apa2 pun thanx dik sharing this info .. suke sebenarnya :)

Andrik McVean berkata...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

zati embong berkata...

ayah jat x smoking,patutlah uban ssah sgt nk snggah kat dia.hihi

kita kasi inai,hihi

Kabutar Diesel berkata...

orang kata itu uban leh lagi tambah seksi wooooo :)

Umie berkata...

syukur Alhamdulillah setakat nie blm ada uban..hehe.. mungkin mcm akak ckp tu la kot ikut keturunan gak.. mak saya umur dah 69 tapi bole kata rambut dia 80% masih hitam...mmg takde guna shampoo..guna santan ngan limau nipis aje..;-)

Bigdaddyz berkata...

lagi beruban lagi macho...hehe

qemaishak berkata...

hukhuk mmg dah ada uban pun..terima kasih kasi petua tu:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

rambut sy hitam lg ~heee

tp nenek sy buat petua pakai santan tu mmg lmbt uban rambut dia..

Ann Huda (Ate) berkata...

Walau blum beruban tapi tips ini bole di manfaatkan. Time kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...