Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Jun 30, 2011

RESEPI SAYUR LODEH dan RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Salam  kengkawan,

 

Bulan ni semua orang gigih ganti puasa kan. Saya pun masih on the way lagi ni. Tinggal 3 hari lagi yang perlu diqada’. Yok kita puasa yokk! Anyway, di bawah ialah masakan yang telah disediakan oleh puan chef SSL sebagai juadah bersahur beliau. Jom kita saksikan. Harap-harap tidak menjejaskan air liur sesiapa!

 

 

julie11 122

Main hentam je snap gambar…..cepat SSL, wei sahur time dah nak habis la

 

 

Tak perlulah ber WOW WOW WOW terlebih kagum dengan usaha gigih tak berbelah-bahagi puan chef duk klepang klepung kat dapur sebelum sahur, ya. Hahaha……sebenarnya nasi impit, sayur lodeh dan sambal sotong tu udah siap-siap dimasak malam semalam lagi. Pagi cuma perangatkan saja.  OK hari ni puan chef tak nak berapi-api cerita tentang kelazatan ke, kesedapan wallaweh ke, keawesomean ke apa. Yang pasti semuanya udah selamat dihadam dengan jayanya oleh usus puan chef ni heheh….

 

Berikut ialah RESEPI SAYUR LODEH untuk rujukan diri sendiri sebab raya nanti ingat nak buat lagilah….

 

julie11 121

dalam proses

 

 

Bahan-bahan:

  • cili boh
  • 1 biji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 jari kunyit hidup – kisar
  • 1 hiris halia – kisar
  • 2 sudu udang kering
  • 2 batang serai – dititik
  • udang hidup ( tak letak, alergik)

 

  • Bahan sayur dipotong :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang (tak letak, tak suka)
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji terung panjang (tak letak, tak suka)
  • 1 keping tauhu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil
  • 2 keping tempe - dipotong
  • 1 ikat su'un - direndam
  • lada merah - dipotong serong
  • 2 liter santan pekat dan cair - drpd 1 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang kering dan tumis lagi kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tauhu kering dan tempe, sayur-sayuran bermula dengan yg keras dulu, tauhu basah, tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh suun, garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Bolehlah hidang sayur lodeh dengan nasi himpit dan juga sambal tumis.
 

 

Ini pula puan chef SSL nak sebarkan RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG pulak.

 

 

julie11 118

pekat likat nih

 

Bahan-bahan:-

  • 1 ekor sotong kembang
  • cili boh
  • garam
  • gula letak lebih sikit
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
  • Bahan Dikisar Halus:-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • sedikit belacan

Cara-cara:-

  1. Sotong, dipotong sederhana besar, celur dalam air mendidih 2 - 3 minit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan lebih kurang 1/2 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili boh dan terus menumis hingga cili garing dan pecah minyak. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau hingga rata. Masukkan sotong tadi dan gaul hingga semua mesra. Biar masak 10 - 15 minit hingga menjadi pekat tetapi tidak kering.

 

 

julie11 134

Sebelum  makan puan chef gemar tabur ikan bilis celup tepung sebab puan chef rasa cruncy cruncy tu menambahkan lagi kesedapan

 

 

Kalau sesiapa nak puji, dipersilakan, ya jangan malu-malu! Sekurang-kurangnya dapatlah memotivasikan puan chef pemalas ni untuk lebih kerap masuk ke dapur hahaha……eh, eh harap tiada siapa yang meluat, ok. Itu saja buat hari ini. Tugasan seterusnya ialah membizikan diri meronda blog kawan-kawan pulak.

 

 

Today’s Lesson:

Oh, ye semalam sempat google pasal ISRA’ DAN MIKRAJ dan saya jumpa ini…….

 

Jangan Tangguh Taubat

 

 

……di sini. Moga mendatangkan insaf dan taubat dalam diri kita. Amin.

 

 

Caucincau!

21 ulasan:

sha a.s berkata...

amboiii..naseb baik x pose hr ni...ekeke..kemain lazat menyengat dah ni Sha tgk! ehehe

Cik SHiNJU berkata...

Puan Chef telah didapati bersalah kerana mendera tekak pembaca belog ini...!!


miahahaha :P

ieda berkata...

aloor sedappnya ..
selamat berpuasa dik ..
pandai adik buat lodeh .. akak sampai skrg x pandai .. malas sebenanrya sbb dari air tangan mak tuu lebih sedap ekekek .. raya nie memang wajib dikk dlm hidangan kami sbb ayah akak pure johor :))

cik dah berkata...

slmt berganti2an yek...cik dah settle dah bln mei lg...
sedapnyer lontong tu..

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

tak pernah masak ni..nnti leh cuba..nyam2 nampak sedap..:-)

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

wah..menyelerakan...
blh cuba buat gak nnt nie.. ;)

Teratak Hami berkata...

Salam Perkenalan,
Sodapnya sambal sotong tu... terliur tengok!!! Jom kita rempit ganti pose

Kabutar Diesel berkata...

hehehe..iroh pun OTW ganti poso kakakaka..

Dinas Aldi berkata...

sodap! akak suka sayur lodeh!

suka makan saja, buatnya pemalas, kahkahkah!

Hanis Azla berkata...

nak wow2 jugak sbb juadah bersahurnya sedap dan mengancam.. mcm hari raya...

Aduhai.. gambar itu benar2 menginsafkan.. thanks for sharing..

mzhany berkata...

aaaa, hany tak habis ganti lagi...uuuu

qemaishak berkata...

wah menu sahur cam menu raya lak hihi..sedap..sedap..

wahida berkata...

baru lunch tadi mkn sambal sotong kembang tu...hehe....

rajinnya akak masak utk sahur....

gedek! berkata...

sambal sotong buat cicah roti, bes!

Cik Ina Do do Cheng berkata...

sodapnya, nasi himpit campur lontong.campur sambal sotong tu.tiba -tiba akak teringat hari raya plak.

ieda berkata...

dik ! tahniah ... nanti email butiran ya :)

Farah Shamsudin berkata...

sedap menu tuu.. simple tapi aww! buat rasa macam nak jugee...

Starcapricorn berkata...

cuma sedap bila di makan .

Aidah berkata...

Sodaaaap eh. Memang menu rhayo den nih!

Aidah berkata...

Sodaaaap eh hai! Nak somangkuk buleh?

Totie@Tomy berkata...

sedapnya raya haji ni ingat nak buat ar..terima kasih yer kak kongsi resipi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...