Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Jun 03, 2011

Pagi Jumaat yang Misteri

 

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita misteri dengan puan-puan sekalian. Nak dengar tak? Cerita ini disampaikan oleh seorang rakan menerusi emel. Buat muka serius sekarang. Kening kena rapat, dahi biar ada kerut sedikit. Ok, are you ready?

Begini ceritanya......

Ada kejadian aneh telah berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di mana para pesakit selalu meninggal di katil yang sama, di bilik yang sama dan selalunya pada hari Jumat pagi, tanpa mengira umur, jantina ataupun keadaan kesihatan mereka. Hal ini membingungkan para doktor. Malahan mereka berfikir kejadian tersebut ada hubungannya dengan supernatural. Mengapakah kejadian tersebut selalu berlaku pada hari Jumat dan pada katil yang sama?

Lalu para doktor memutuskan untuk menyelidik punca beberapa kejadian itu. Begitu tibanya hari Jumaat, semua orang di hospital tersebut dengan suspen menunggu samada kejadian buruk akan terulang kembali. Lalu terbaringlah seorang pesakit baru. Beberapa orang doktor dan jururawat sudah memegang tasbih, Qur'an, Bible bahkan sebagian lagi memegang benda-benda suci lainnya untuk menangkal iblis. Sementara sang pesakit masih lagi terbaring di sana. Masih lagi bernafas. Seiring waktu berputar... pukul 07:00... 07:30... tepat sebelum waktu keramat itu tiba... Pintu bilik itu terbuka...

Kemudian masuklah Ratih, part timer cleaning service untuk hari Jumaat. Dia lantas mencabut kabel alat untuk bantuan pernafasan dari suis utama lalu menggantinya dengan vacuum cleaner dan mula membersihkan bilik tersebut.

Tamat.

 

Heheh...faham tak? Faham tak? Sape-sape yang tak faham cerita ni, sila hubungi saya di talian 1800-800-800000000 untuk sebarang pertanyaan. OK bye nak keluar pergi membeli-belah sekarang.

 

Caucincau!

18 ulasan:

NM02 berkata...

faham... sebab dah berkali baca kesah ni. hehehe

Ann Huda (Ate) berkata...

Hahaha..Ate terkena di pagi Jumaat yang penuh misteri...

Hanis MY berkata...

hadoiii kena tipu wawawa..lawak la kak..hehe best! tapi kesian kat pesakit tak bersalah tu huhu

zati embong berkata...

hihi.lurus bendul betullah cleaner 2.

aEn+aReaL=Ryan berkata...

hihi..patut la...saspen je baca tadi..hihi

Kasih Ibu berkata...

ha..ha...perh..suspen je...rupa2nya segala kmatian adalh berpunca dr para cleaner..hu..hu...

Citarasa Rinduan berkata...

waka..waka...

memang tergelak besar di hari jumaat

misteri.heheh

Cik Bidadari berkata...

eeeeeeeeeeeeee.. kita tak pernah baca pun tak baik tau.... adoii seram tau... dahlah kita agak penakut orangny

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

penah baca cerita neh..dari mastika kut ha..:)

Asrul "iLham" Sany berkata...

terbaekkk cite demo ni

;D

~izan~ berkata...

hehe..dah tu aje plug yg dia nampak hehe...

Umie berkata...

hahaha..ratih nie mmg nak kena luku kepala dia tu..hahaha

Sz berkata...

pahaammmmmmm cikgu! ;)

Dinas Aldi berkata...

adoihhh, tergelak akak baca malam2 buta ni!

Hanis MY berkata...

akak..saje nyinggah...slamat hari ahad...

Hanis Azla berkata...

ha..ha.. pernah baca sebelum ni, tp bila baca lagi tetap tergelak juga.. misteri nusantara betul..

Norhafiza berkata...

hahahaha..sian diyeee...

No br dapat jenguk akak..br balik bercuti nim hehe..

ieda berkata...

adehhhh dah baca habis baru paham .. kasi suspen jeww :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...