Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Jun 10, 2011

Nasi Matomato

 

Demi memenuhi nafsu makan yang membuak-buak di musim percutian, maka pada hari Jumaat  penghulu segala hari ini saya telah sediakan juadah kegemaran model-model tetap kesayangan saya iaitu Nasi Matomato (ni ikut sebutan si bongsu ) Nasi Tomato sebenarnya heheh.

Kalau ikutkan tekak kami anak beranak, Nasi Matomato memang sedap pergggghhhh hingga menjilat siku rasanya. Ni pada tekak kami la, tekak orang lain mungkin tak lah kot heheh. Nak nangis pun ada masa telan sebab rasa best sangat-sangat wallaweh!!! Tengahari tadi bersungguh-sungguh kitaorang makan macam tak malu betul. Makan sampai gendut.

Amboi berlebih-lebihan pulak explain. OK, cakap banyak tak guna, jom salin resepi sekarang!

 

NASI TOMATO

Bahan-bahannya puan-puan,

  • 3 cawan beras
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • sedikit garam

Bahan tumis

  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • Bawang besar dihiris
  • Sedikit halia dihiris
  • 1/2 tin kecil puri tomato
  • 1 helai daun pandan

Hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun sup

 

 

 cek285 089

 

Cara-cara
1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun pandan serta rempah-ratus dengan majerin/minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan puri tomato, gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan bahan tumis, beras, air, sedikit garam dan susu cair ke dalam rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur. Saya guna garfu.

 

 

AYAM MASAK MERAH

 

cek285 096 sungguh menawan hati perut

 

Bahan-Bahan

  • 1/2 ekor ayam dipotong dan bersihkan.
  • bubuh kunyit & garam dan goreng.


Bahan untuk ditumis

  • sedikit cili boh
  • 3 tangkai cili merah dikisar
  • 3 cm halia dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 labu bawang besar dikisar
  • 1/2 tin puri tomato
  • daun pandan
  • kayu manis, cengkih dan bunga lawang
  • minyak masak
  • Garam dan gula

 

 

                                      cek285 095

mmmmmm……semerbak

 

 

Cara-cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan rempah serta bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Masukkan puri tomato dan letak air sedikit 
3. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

 

 

 

DAGING GORENG HALIA

Plan nak buat daging masak beriani tapi bahan-bahan tak cukup pulak so buat daging goreng halia udah le…..

 

cek285 093renung-renungkanlah

 

Bahan-bahan

  • daging boneless dihiris nipis 
  • 1/2 buku halia saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos tomato
  • sedikit garam
  • sedikit hirisan bawang besar
  • 2 biji buah tomato

 

Cara-cara

  1. Mula-mula kisar halia, bawangg putih dan sedikit garam hingga hancur kemudian perap pada daging selama setengah jam.
  2. Kemudian panaskan daging dalam kuali hingga airnya kering.
  3. Dah kering, masukkan minyak masak, goreng daging hingga garing pakai api besar.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis serta gula.
  5. Masukkan buah tomato dan bawang besar.

 

 

 

DALCA

 

cek14411 032meriah meriah

 

Bahan hiris

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 cm halia

 

Bahan tumbuk

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 cm halia

 

Bahan lain

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya 
  • sepeket rempah kari daging, boleh campur sedikit jintan kalau suka
  • air asam jawa secukup rasa
  • daging, limpa dan kaki  ayam  (terpulang)
  • patutnya letak 1/2 cawan kacang dhal tapi saya tak letak heheh
  • sayur seperti terung, karot, kacang panjang, ubi kentang dan lada
  • sedikit kiub
  • santan
  • garam dan gula secukup rasa
 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan rempah ratus.
  2. Gaulkan rempah kari daging di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air kemudian tumis.

  3. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.

  4. Tambah air asam jawa.

  5. Masukkan daging, lauk lain, kiub dan ubi kentang.

  6. Tambahkan santan, tidak terlalu pekat ye.

  7. Masukkan semua sayur. Tambah garam secukup rasa.

 

SIAP.

 

cek285 104

Amacam? Nak rasa jemputlah datang ke rumah cepat-cepat sementara stok masih ada!!

 

 

Caucincau!

20 ulasan:

Hanis MY berkata...

sedapnyaaa kakkkk... leh wat bisnes ni... thanks share resipi nanti nk cuba kalau ada masa...

~izan~ berkata...

hamboi kak meriahnye kak,semua sedap..kalau dkt mmg terkedek2 dh ni bwk pinggan hehe

gedek! berkata...

uncle ni kalau dengan resepi ni.... umpama tikos baiki labu je....

ainnoraini berkata...

lapo la pulak nengoknye ni...
ade resepi boleh buat ...mesti anak2 kat umah tu berbangga maknye ni masak special dihujung minggu nntkann...

Sz berkata...

nyummmyyyyy...
sibbaik takde tunggangan hari ni..
klu idak mahu smpi sanaaaa

Dinas Aldi berkata...

Oh nooo! I likeee! I likeeee!

Nasib baik akak dah kenyang makan macam2 lepas balik jalan2 nih. Kalau tidak meraung nak nasik matomato tuuuuu!

~ yus ~ berkata...

aduh! memang nampak menyelerakan...mintak sepinggan...:)

Eye_nee berkata...

Mu ajak2 ayam masak merah ker...ajak2 daging halia ni Shy...ko kejam yer Shy..ko ajak tapi alamat ko tak bubuh....kawe kecik ati doh ni..uk aloh demo ni...

Ati Masrif berkata...

wow...ngancammm

kita mmg tak tau masak nasi mato2 ni

pasni leh kita try resepi cikgu :)

Tanpa Nama berkata...

waduh2.. mengancam betul.. mana pulaklah saya nak cari nasi tomato pagi2 ni.. he..he..

Hanis Azla

Ann Huda (Ate) berkata...

Fuhh..dah mcm kenduri kawen..da ayam msk merah, ada daging grg halia ngan dalca lagi. Kalo tambah 'pencok' dan air cincau sempurna lah package RM15 satu kepala...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

salam..hai sy dh kembali...:)

maaf lmbt dtg psl sy kurang sihat..

resipi nih semua bulan puasa nnt sy nk guna..

Asrul "iLham" Sany berkata...

akak membuatkan saya LAPORR...

;D

Mama Qaireen berkata...

wah meriahnye menu..pandai btul msak2

Ummi Alesya Sofea berkata...

mak oiii...byknyer lauk!confirm sedap nih..

Diary of One berkata...

my feveret la!!!

salam kenal ya...

Citarasa Rinduan berkata...

peeh!!!!!!!!

mmg nampak sedapnya..
kena singgah umah shy nie...
hehehe.... sepiring sure dapat nie

moto2 satu....

ieda berkata...

wah2 complete semua .. haaaaaaaaa bak maii pos kat akak sepinggan .. x tahan melihatnye huhuhu

Umie berkata...

arghhhh...nyesal bukak blog akak nie tgh2x mlm cenggini...semua gambo tu bikin saya terliur & akhirnya perut saya turut berbunyi2x...uwaaa, camne nak tido nie...;-(

noorsafone berkata...

amboi meriah nasi tomato tu..lengkap dgn lauk2nya..ermm sedap..salam perkenalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...