Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Mei 27, 2011

Petang Yang Nyaman

 

Salam Jumaat semua! Open-mouthed smile

 

Petang ini sungguh nyaman sekali setelah pagi tadi bumi KL basah dilanda hujan plus kilat petir guruh segala. Maka sebab petang ini nyamanlah maka ia harus dirai dengan sesi minum petang yang special. Tangan ligat menggagau biskut kraker Jacobs dalam tin. Huk aloh….dah habis? Laaa... nak cicah milo dengan apa ni?

 

Oh ye…sebelum tu nak bagitau. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kan kenapa la agak lama saya menghilang. Oh plizlah tolong jangan buat apa-apa spekulasi OK! Ai tak rela tau.… gelenya. Wei sumpah ada yang jeluak baca statement tuh…..  Ya, sebenarnya saya tak ke mana-mana pun. Agak lambat update blog akibat tuntutan masa. Dalam 2 minggu ini masa banyak dihabiskan bersama anak-anak sendiri dan juga anak-anak didik membantu mereka buat persediaan untuk peperiksaan and yesssss, semalam adalah hari terakhir mereka jadi kini dapatlah saya kembali berblog dengan perasaan penuh gumbira. Yeaaahhh mari melompat ke langit!

 

OK dah dah la melompat tu makcik oi, malu anak-anak nengok.... sambung balik cerita tentang petang yang nyaman tadi. Yelah baiklah. Lagi sekali tepuk-tepuk perut banyak kali. Macam ada bunyi. Bunyi dikir barat timur utara dan selatan.

 

“Isyh apa nak makan petang ni? Tanya saya pada model-model tetap. Masing-masing nampak gelisah. Sejenak kami diam bertafakur.

 

Jenguk peti ais. Nampak ada lagi lebihan fishball dan fishcake semalam.“Jomlah buat bebola nasi berinti istimewa.“ Putus saya akhirnya sambil dipersetujui oleh seluruh warga KL sekalian mereka.  Apalagi, jom masak jom.

 

Rasa semangat pulak nak share resepi mudah bebola nasi berinti istimewa ni dengan anda semua heheh....meh cuba sama-sama!

 

Bahan-bahannya, puan-puan.

· Nasi

· Gandum

· Bawang besar dipotong dadu

· Fishball

· Fishcake

· Daun sup

· Cili besar (tak letak, anak-anak tak tahan pedas)

· Sedikit garam

· Sedikit yis (ni tak wajib, harus je)

· Air 

 

Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam satu bekas. Kuantiti belasah je ikut suka cuma air jangan letak berlebihan sebab adunan lama-lama akan jadi lembik. Fishball dan fishcake letak banyak, budak-budak suka. Kacau adunan hingga sebati.

 

 

  cek285 003

Ingredients also must posing maut... say cheese!

 

  cek285 077

Leka duk snap nyaris-nyaris terlupa letak daun sup

 

cek285 080

Wei wei hangus tuuuu!

 

cek285 087

Nah, inilah dia bebola nasi berinti istimewa atau nama kampungnya, cekodok! Hahaha…

 

Amboi, rangup di luar lembut di dalam oh sedapnya. Amat sesuai dinikmati panas-panas cicah dengan sos cili Thai di petang yang nyaman. Cuba jangan tak cuba, ya!!!!

 

Caucincau!

15 ulasan:

Sz berkata...

aahaha..
tak tahan nama kampung nya tu kak..
nanti nak cobaaaa...

spekulasi saya pabila kehilangan akak ialah bz ngan budak2 peksa la ni...nmpknya tak silap...ihiksss... welcome back kak!

Dinas Aldi berkata...

alamaaaakkk, dah terlambat nak mintak cikit! huhu..

welcome back!

cemomoi berkata...

cekodok memang terbaek dari kampung...

tapi perisa nasi blom pnah tes, cuma pnah dengo je

Ati Masrif berkata...

semangat nampakkk

maklum le ..cotiiiii ...hehehe

Kabutar Diesel berkata...

hehe balik kampung tak?

Yua berkata...

nampak sedappp.. nak jugak...

akak ni org Tganu ke??

daddyzkool berkata...

tetiba jer lapar...adoi...hehe

Ummi Alesya Sofea berkata...

nk try bt lah,nmpk cam simple je.. :)

ibunaznoy berkata...

salam ziarah kembali..tq singgah blog sy..

wah mcm sedap jek cekodok ni..lum pnah cuba lg,leh try nnt hihi..

p/s:gandum tu tepung gandum ker.. ;)

gedek! berkata...

Woi!

Tak pernah jumpa ni...!

ndak ndak!

Umie berkata...

saya baca 'bebola nasi' tu duk ingatkan akak buat onigiri (rice ball)...hehehe

nampak best la kak...nnt saya nak try la..tetiba saya rasa lapo di tengah malam sbb tgk gambo cekodok akak nie hah..;-)

munna berkata...

perghhh... nampak sedap..harus dibuba ni

ieda berkata...

ermmm cekodok ada nasi .. aaa pernah dgr dan pernah makan .. lum pernah buat .. nak kena try nie :))

~izan~ berkata...

wah tak penah cuba cekodok nasi..menarik la..bley gak wat bekpes nie =D

zara zaman berkata...

wow mcm sodap je... first time tgk resepi mcm nie...kene cube nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...