Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Mei 11, 2011

Perbendaharaan Kata Baru

 

Pergi kerja naik Persona,

Apa khabar uols di sana.

 

Putera William bakal jadi raja,

Ai harap uols baik-baik saja.

 

Indah khabar dari rupa,

Hari ni ai tak tahu nak cerita pasal apa.

 

Ekekeke…tiba-tiba jadi minah pantun pulok doh. Weh idea gempak tak mari lah weh! Tak tahu nak update apa hari ni …….hwaaaaaa…..

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

Baiklah, setelah diri ini terhumban ke dalam situasi blurrr selama beberapa belas minit depan benda alah flat empat segi ini maka pada hari Rabu yang agak membahang ini…. dengan ini saya memutuskan bahawa kali ini ingin sekali saya bercerita pasal teman bergelak ketawa saya yang paling intim iaitu tak lain dan tak bukan si come lote di bawah ini! (oloh banyaknya perkataan ‘ini’, nampak jelas ayat meleret-leret terbelit-belit sebab kekeringan idea, huh)

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dengan sukacitanya saya mempersembahkan…… si budak bucuk budak bucuk budak bucuk. Clap clap clap. Ye, entri hari ini berkisar tentang budak bucuk ini!

 

happy 072

Hi aunty, hi uncle, hi sis, hi browwwww!

 

cin26411 027

Ecece..siap dengan prop ala-ala princess gitu …kidnap bunga dari vase jap. Alameks dah berhabuk daaa…. hahaha!

 

happy 014

Bila kita suruh sebut cheeeeeese, buat muka sayu pulak haa moleklah tuuu..

 

cek14411 087

Baru lepas mandi….ah peduli apa rambut serabai tak sikat, janji bibir berkilat!

 

happy 061

Agak malu-malu tapi boleh tahan jugak beraksi.  See….hei, lihat semua….who is hot? ai ke, J.Lo? Cakappp!!

 

Namanya Nur Syifa aka Adik. Umur dah 3 1/2 tahun tapi perangai umpama bayi baru dilahirkan. Rutin hari indah saya biasanya dimulakan dengan melihat muka suci budak paling ngada-ngada dalam dunia inilah.

Di rumah si Adik ni agak becok, manja dan ngada-ngada orangnya tapi bila di khalayak ramai mak ai…transformasi diri berubah 100% - sungguh ayu, sopan dan akhlak amat terpuji hingga mampu memperdaya ramai makcik-makcik yang mahu mencari bakal menantu kihkihhh. Sejibik mak dia!

Nak cerita, yang paling tak tahan si adik ni masih bercakap pelat. Adoi la…. adakala perkataan yang disebutnya menjadi bahan gelak ketawa kami sekeluarga.

 

Dasyat juga vocabulary dia nih. Antaranya:

hello kitty – spaghetti

tistismestimau- twesties mesti mahu

matomato- tomato

kentangan- kentang

cucu ponggong- susu tepung

metikmetik- matematik

pihbol-fish ball

pahtik-plastik

dan banyak lagi….!

Semalam dia perkenalkan satu lagi perkataan baru…..

Ibu, adik nak kitiwau!

KITIWAU?!

Gila pecah kepala saya duk fikir apa yang dia nak.

Apa sebenarnya yang dia sebut tu, ya? Ce teka ce teka.

Ni kalau uols dapat teka saya bagi hadiah sumbangan cendol penyegar hati …..siap dikirim malam ni jugak. Sila tunggu  ya, akan ku datang dalam mimpimu!

Hihiiiiiiiiiiiiiiiiii….

Ce teka ce teka.

Hihiiiiiiiiiiiiiiii…..

Kalau betul, ai datang nanti. Tunggu….

Hihiiiiiiiiiiiiiiii…..

Tapi jangan la terlebih-lebih bayangkan wajah ai macam Fauziah Gous dalam Mantera Anjasmoro tu pulak!  Scary dan hodoh ….haisyh tak sesuai langsung dengan imej ai tau!

 

 

Caucincau!

19 ulasan:

Ati Masrif berkata...

pandai berpantun..

sebaya anak kita kot ..2008?

Sz berkata...

ihikss...
kitiwau..
adakah ia kuew teaww?

adik ni lahir tahun 2008 ke ujung 2007 kak?
anak bujang no 2 saya tahun 2008 ...
boleh la masuk list calon besan :p

Maya Mayana berkata...

saya teka kue te yaw tu...emm betul tak?

ainnoraini berkata...

bijak..bijak..
comey jer bile layan kerenah anak2 besar mcm tu...

cik dah ganu kiter berkata...

nak kueteow agaknyer tu...

pelat2 pun ckp byk yek..hehhehehe

Cik Pah berkata...

jauh betul menyimpang cucu ponggong = susu tepunung tuh ..

saya pun nak teka kuewtoew jugak

~izan~ berkata...

susu tepong tu yg tak tahan tu..lain benor jadinya..tp comel2...

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

alolo..comelnye..
mesti adik ckp kuew teawkan..
Sonok lah melayan kerenah anak2 ni kan..menghiburkan hati sungguh.. ;)

Norhafiza berkata...

hahaha part yg CUCU PONGGONG tu dahsyat beno hahaha..

anok kakNo yg boys ni 4thn stil pelat lagi hehe tp kakNo dh hantar tadika..ok la nampak perubahan dia..dia dapat mulut awal sama naik dengan kaki sekitar umo 7-8bulan..tp yg 2nd &3rd 2thn setengah br la dapat cakap..sebelum tu duk u u u a a a..nak apa2 main tunjuk u a u a je..alhamdulillah bila dapat cakap terus sebiji sebiji..

Dinas Aldi berkata...

Auntie pun nak kitiwau jugakkkssss!

Tapi baby girl kena bagitau dulu apa benda kitiwau tu, sebab auntie tak tau langsung apa benda tu, kahkahkah!

~ yus ~ berkata...

haha..cucu ponggong?? Paling buat yus gelak besar...

kitiwau tu kuew teow kot...:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

kitiwau tu kuey tioww la tu kot..

p/s: kalau hari rabu takdak idea nk tulis apa..tepek je gambar sekeping sbb hari rabu ialah wordless wednesday..hehe

gadisBunga berkata...

cucu pongpong. alalala.....

kitiwau tu agak-agak mr kentangan kot? kihkihkih~

Ina berkata...

soo..cute..he.he.. kuetiew ke??

Hanis MY berkata...

alahai comelnyaaa anak dara akak ni..lawak sungguh vocab dia tu...budak2 ni mmg mencuit hati kan...

mzhany berkata...

hellokitty=spageti,
huhu menarik ni...jauh jauh plak tu...

kitiwau tu kue tiaw goreng ahahhaa

ieda berkata...

adehhh mcm2 hal skrg nie .. rosak bahasa mcm nie ekekke :)

Asrul "iLham" Sany berkata...

alalala comelnye... ;D

linahilmin berkata...

comel nya syifa, sesedap namanya! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...