Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Mei 30, 2011

Jangan Kutuk, Jangan Hina dan Jangan Benci Daku

 

Hai, salam semua!

 

Hari ini saya terpanggil untuk menjawab pertanyaan dari seorang adik blogger manis  bernama Yua yang diajukan dalam entri terdahulu saya tempohari. Hi, Yua! Winking smile

Soalan yang diajukan itu tak lah susah mana pun tapi kalau ditanya pada Dato’ Siti Nurhaliza rasanya Dato’ Siti pun tak reti nak jawab nih…. hihiiiii.

Soalan Yua berbunyi, ”Akak ni orang Terengganu ke?”

See, kan dah kata dah…. Dato’ Siti pasti tak leh jawab punya soklan killer nih!! Hihiiiii….jangan marah, ya Tok Ti….guwau je!

Disebabkan saya ni seorang yang pintar brilian di samping tak mahu Yua berfikir panjang-panjang atau termenung seharian memikirkan jawapannya maka biarlah saya memberi jawapan dan jelaskan duduk perkara yang sebenar.

“Dik, biarlah akak berterus-terang di sini, sebenarnya akak bukanlah orang Terengganu sebagaimana yang disangkakan!”

“Apa?!!! LightningLightningLightning Bukan orang Terengganu? Surprised smile  Maka Yuapun  terkejutlah konon-kononnya laaa kan mendengar pengakuan saya itu. Mujur dia tak pengsan.

“Ya, tekaan adik tu tak tepat sama sekali, akak minta maaf….. namun janganlah rasa kecewa, ya. Cuba teka soalan lain yang lebih senang lagi lain kali, OK seperti betul ke akak ni seorang perempuan, ehhh?!”

“Baiklah untuk tidak menghampakan Yua dan beberapa orang blogger lain yang pernah mengajukan soalan lebih kurang sama, maka di sini biarlah saya bagitau…..sebenarnya saya ni berasal dari sebuah negeri yang sangat masyhur dengan tagline ‘Gomo Klate gomo’, ewahhhh!”

Ya, dengar sini baik-baik ya wahai  penduduk Malaysia sekalian, ni ambo nok ghoyak….

Ambo ni sebenarnyo ore Pasir Mas, Klate!

*

*

*

*

*

*

*

*

Diulangi, ore Pasir Mas!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ngehngehngeh

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

ngehngehngeh

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

TAHUKAH ANDA?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

image

Bila disebut saja gadis* Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

 

Sumber: Harian Kosmo

 

Today’s Lesson

Jangan kutuk, jangan hina dan jangan benci orang perasan, OK!!!! Ngehngehngeh…… *Eh, hello makcik………..ni nak tanya makcik ni kategori gadis lagi kah? Huh, boleh fengsan layan kegedikan makcik blog ni, kan!  Hadoi, sabar je la semua, ya!

 

 

Caucincau!

25 ulasan:

gedek! berkata...

Gomo Klate Gomo...!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

pernah dgr juga ada org cakap gadis dari pasir mas cantek²..emm kalau lelaki dari bhg kelantan mana yg hensem? dgr kat danny x-factor tu dtg dari kwsn tulah sbb tu rupa dia molek..kulit putih muka cam mat saleh gitu..

munna berkata...

lagi satu org pasir mas ni kaya2 kak ...sebab jual beli mas tepi jalan je...

Ummi Alesya Sofea berkata...

hihi,liza org kelate gak tp bkn org p.mas,org p.puteh..ngeh3..

Citarasa Rinduan berkata...

salam singgah shy...

wah!!!!! ayu bangga dapat kenal kamu....
ayu suka kenal perlbagai sahabat..
yang pasti kita enjoy!!!
heheheh

Yua berkata...

ahahaha akak2... da agak da. kalo bukan org ganu, msti org kelate ni. sbb cara pnulisan akak yg ala2 org timur.. tp it's more to ganu. sbb tu sy bajet akak ni org ganu.. hehehe




p/s : org ganu n org kelate lawa2 belaka :P

Kabutar Diesel berkata...

hahaha lawa sungguh tu

Norhafiza berkata...

owh..kak ore klate yo hehe..Abang No ore kale chepo hihi..yo lo la tu..Abang ado oyat gop dlu selain tu amal como tepung berah (wat bedok sejuk) muko nati muko jadi lawa de tege..pahtu demo suko make pulut hihi..kalu gitu gak ambo nok tuju ke lagu nim untuk kak deh..sebab DEMO MEMEY LAWA..denga deh jange dop denga..

http://nopija.blogspot.com/2011/05/thr-gegar-pantai-timur-saluran-radio.html

ainnoraini berkata...

dah beberapa kali gi kelantan...mmg best gi sane...

org kat sane mmg cantikkan...gebu jer...

~izan~ berkata...

mek kelate mmg comey2 hehe...

Sz berkata...

heeee...
layannnnn je la kak..
kekeke...

ramai jugak dulu ingatkan saya orang pantai timur...
aisssyyy layannnn jugakkk la..ihiksss

Asrul "iLham" Sany berkata...

lelaki Tumpat ensem...muahahaha

Eye_nee berkata...

uk aloh ore kelate mu ni..pasir mas..ambo kelate jugok..pasir bedengung....

Mila@Rimbun berkata...

org pasir mas kerrr... dok congak2 dlm kepala ni.. sapa lg org pasir mas yg dikenali... hehehe gebu ke idok eks..

ieda berkata...

aiseyy dikkk cam marah yooo .. awat ekekekek
ermmm ... toing toing ..

kenapa besarkan ayat pasir mas kelantan tuu .. huuh ada ape2 yg x kena ke @ ada yg x pueh ati huhuh ?? akak pun asal kelantan tau .. ekekek
memang kaya dgn keaslian nye :))

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

yup..pernah gak dgr org kata..awek2 kelate ni cun2 belaka..mesti SSL ni pun cunkan..x pernah tgk SSL letak gmbr kat blog..ke lily yg x perasan.. ;)

NM02 berkata...

hok aloh....

ore kelate ko?? bakpo dok royak awa2 lagi

mok kawe ore kelate weh. kawe jah ore kl sebak kawe adik beradik lahir kl.. hahaha

ore kelate comei... gebu2... samo la nge kawe, bako keturune gebu2 belako

ha... amek! kan dah kuar sleng

Hanis Azla berkata...

confirm taknak kutuk.. sbb bangga ada kwn yg berwajah ayu dengan kulit mulus cantik.. he..he..

qemaishak berkata...

Laa sama negeri la kita..
hubby qema pun ore pasir mas jugak hehe

Maya Mayana berkata...

ore pasir mas ka..ambo org johor..tetiba jer :P

Ann Huda (Ate) berkata...

Hahaha...Mek kelate rupanya Cik Puan SSL ni. Patutlah kulit gebu halus mulus tulus..;)

Umie berkata...

saya memetik kata2x 1st man M'sia ----> tak kisah dari negeri mana pun kita..yg penting kita semua adalah 1 malaysia...muahahhha

missgee berkata...

Akaka, mesti lawa macam Puteri Sa'adong kan?? :)

P?s: Tapi memang orang kelate putih2 belaka

dieyana berkata...

hahahha, lucu la shy2 lady ni! apa2 pun, saya bangga jadi ore pasir mah! tapi saya tidaklah berkulit gebu putih, ahhaha.

VECASTS - LISTEN ONLINE RADIO WATCHING ONLINE TV berkata...

VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
MALAYSIA RADIO ONLINE http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
MALAYSIA TV ONLINE  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html thr gegar pun ada jom terjah !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...