Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Mei 16, 2011

Bebelan Penuh Hikmah

 

Sesi membebel. Haisyh dulu dia tak macam ni. Belajar elok aje. Walaupun dalam kelas tak pernah dapat tiga nombor teratas namun keputusan peperiksaannya masih lagi boleh dibanggakan. Markah paling busuk pun 90% kecuali Bahasa Arab. Oh ye, Bahasa Arab dia dari dulu mantain lemah. Final exam tahun lepas dia dapat 89%. Yang tu bolehlah dimaafkan sebab dia tak sekolah agama.... tambahan pula ibunya pun blurr jugak lagipun. Lho boleh pulak cam tu...ceh!

Tapi ujian bulanan yang lalu keputusannya memang mengejutkan. Semua subjek merosot. Masih lagi As tapi As tak cantik. Alamak risau dah ni specially subjek Maths. Campur tolak pun banyak salah huhuhu. Di manakah silapnya? Ya, saya akui sejak akhir-akhir ini saya kurang memantau pelajaran dia. Tu la....blogging tak hengat! Baiklah, ya....ibu yang salah! Nangis.

 

 

along

Oh, ya.....lupa nak bagitahu, saya membebel pada budak ni! Dialah suspek utama dalam cerita ni.

 

 

Next week, peperiksaan pertengahan tahun bakal bermula. Dia relaks aje tapi saya dah berpeluh dah ni. Risau takut dia dapat nombor tercorot maklumlah students kelas dia majoritinya baka Einstein belaka. Masa saya ajar Matematik semalam, nampak dia macam memang dah lost gila dalam pelajaran. Hafal sifir pun terkial-kial. Mana saya tak berpeluh. Lagi sedih bila dapat call dari guru kelas merepot semenjak dua menjak ni si Along asyik lupa aje buat kerja sekolah Maths. Eeee…budak ni memanjang je main. Bila ditanya pasal homework tak pernah ada lak tu.

 

 

Picture0161

Markah ujian lepas kurang memberangsangkan. Susah sangat ke Along padahal topik campur tolak aje! Dia jawab, Along tak suka subjek tu! Oh, anakku....

 

Baiklah, sebagai ibu yang sentiasa ingin melihat anaknya menggapai kejayaan, ya saya benar-benar risau kalau dia gagal maka apabila terbit rasa ini, saya akan mengadap dia...pandang mata dia tepat-tepat dan sesi motivasi pun bermula.

 

Meh sini ibu ajar teknik-teknik nak score subjek Matematik.

· Kalau nak pandai Matematik, Along kenalah suka subjek ni. Habis kalau memang dah tak suka macamana? Mula-mula, Along buat-buat la macam suka. Kira macam berlakon aje dulu. Mula buat latihan sikit-sikit. Tak perlulah terus mula dengan 100 soalan takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci. Tak mo gitu. Cuba cakap Along suka Maths. Bila terbit rasa demotivated atau rasa nak mengeluh weh susah la subjek ni, cepat-cepat Along twist – buat muka happy kerek super berlagak kononnya melambangkan yeahhh Matematik ni senang macam kacang aje! Kacang pun tak sesenang Matematik. Harap-harap isyarat itu berkesan dan dihantar ke otak dan seterusnya otak akan bergerakbalas bagi memastikan reaksi tubuh badan selari dengan apa yang diarahkan.

· Seterusnya, jangan belajar matematik dengan membaca! Kena buat latihan. Latihan adalah Matematik dan Matematik adalah latihan! Semakin banyak latihan dibuat, semakin cair otak kiri Along dan semakin cekap Along menguasainya. Ibu tahu, kadang-kadang ada orang score Maths bukan sebab dia genius pun, tapi sebab dia terel hafal sebijik-sebijik. Ini amalan yang kurang sihat. Mana boleh baca dan hafal. Maths perlu difahami. Along faham ke tak faham nih? Maksudnya di sini Along kena banyak buat latihan jangan ngelat buat homework, wokeh!

· Banyak bincang dengan kawan-kawan. Kalau Along salah kemudian kena gelak tak pe. Lebih baik kena gelak sebelum exam at least akan diingat sampai bila-bila mistake yang Along dah buat tu!

· Lagi satu setiap kali jawab soalan, catat masa yang diambil. Cuba latih jawab dengan secepat mungkin. Sepatutnya setiap soalan perlu dijawab dalam masa tidak lebih dari 3 minit. Along faham ke tak? Macam blurr aje ibu tengok...isyh budak ni! Kira laju-laju sikit. Jangan tulis lepas tu padam lepas tu tulis balik. Buang masa tau macam tu!

· Paling penting, HAFAL SIFIR!!!! Hafal sifir bukan sekadar nak tahu 5x7 jawapannya berapa tapi dengan menghafal sifir akan buat otak kiri Along menjadi cair, lebih aktif dan lebih cekap menguasai maklumat bernombor. Kalau sifir pun tak hafal, daya pemikiran semakin lemah sebab tiada usaha dilakukan oleh otak kita. Lihat kawan-kawan Along yang pandai Matematik pasti mereka sangat cekap dalam sifir. Kalau Along malas nak hafal, jangan berangan nak dapat keputusan cemerlang!

· Lastly, Along mesti ada kemahuan dan azam untuk jadi hebat. Kalau diri sendiri kisah tak kisah, hmmm payahlah nak score! Ibu cuma mampu berdoa tapi diri Alonglah yang perlu berusaha. Pastikan tidur cukup bukan berlebihan. Makan makanan berkhasiat. Tepis-tepislah godaan snacks, ada monosodium tuuu tak elok untuk otak. Kismis jangan lupa makan banyak-banyak.

 

Dah. Penat dah ibu membebel ni. Nak pergi buat kerja lain pulak. Sekian. Tolong cakap terima kasih.

 

Today’s Lesson:

Sebenarnya anak-anak kita bukan tak pandai, cuma kadang-kadang mereka lalai dengan potensi sendiri. Sebagai ibu bapa, marilah kita gilap potensi diri anak kita. Semoga teranglah hati mereka, semoga mereka menjadi manusia yang berguna. Amin amin ya rabbal al amin.

 

Caucincau!

 

 

17 ulasan:

cemomoi berkata...

adoyai anok lelaki, sama le kot

♥MAMASYAZA♥ berkata...

memang kena hafal sifir. siratu pun bab menghafal sifir malas amat. geram gak akak, tapi syukur periksa kali ni nampak peningkatan, tu pun puas paksa soh buat latihan, geram dibuatnya

Umie berkata...

terima kasih cikgu... secara tak langsung saya bole guna skrip akak nie bila anak saya besar nnt..hehehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

sbg ibu kita mmg risaulah kalau berkaitan pelajaran nih kan..

Asrul "iLham" Sany berkata...

mendidik anak memang byk cabaran

berusahalah kak

;D

ainnoraini berkata...

anak-anak mmg kene paksa jugakkan...kalau tak dia dok diam jer...

hanim kat rumah pun selalu kene paksa hafal sifir jugak..

Sz berkata...

baik lah mak!
mak memang terer math!
along akan berusaha lebih gigih lagi!
mak kurang kan blogging ye...
jom kita buat homeworks math sesama! :p

Ann Huda (Ate) berkata...

Panjangnya bebel SSL pada budak encem tu..tak terlelap ke dia dengar...hehehe. Jgn marah. Gurau jer.

gedek! berkata...

Math menjengkel kan...!

Rehat = BES..!

Cik Pah berkata...

saya pasti akan amalkan .. pasti berguna untuk anak sya nnt

Dinas Aldi berkata...

Go Along go! Along boleh! ibu Along, sila teruskan beri galakan pada Along. semoga Along berjaya :)

~izan~ berkata...

kak,lepas ni kalau anak izan camni,izan pinjam je la entry akak,then baca smula hehe...kira bebel berskrip la..betul tu kak,kdg2 diorang ni bkn tak pndai tp sj2 je mcm wat ringan..adik izan yg sek.rendah tu pun sama mcm tu..huhu.

ieda berkata...

yerlah dikk .. adakalany kita ibu nie leka .. akak pula anak2 semua kena bersuruh .. bil suruh dia buat .. tapi kena ada samalah .. tu pasal komp akak dlm bilik study mereka .. sambil BW akak tgkkan perlajaran mereka .. kalau ngadap tgk mereka je .. akak lak ngantuk ! ekekek

fadlisabri berkata...

visit here frm Egypt~

http://coretanfadlisabri.blogspot.com/

Yua berkata...

sama mcm adik saya. x suka math... tp petua akak ni boleh mbantu =)

Ummi Alesya Sofea berkata...

HEHE,ENTRY YG MENARIK. :)

Amiizaa2001 berkata...

BSB: anak2 memang kena pantau...kalo tak memang manyak lemak die org hikhikik.....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...