Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, April 12, 2011

Jangan Naik Komuter Ituuuuu…..

 

(Tajuk agak scary but don’t worry, ini bukan cerita hantu OK…ngeh3x)

 

07062010619

Hai, saya Nyanyah.

 

DSCN3537

Umur saya sudah 700 tahun.

 

DSCN3528

Hihiii....juz kidding! Mentang-mentang tajuk seram kan, saje nak bagi goosebumps horror segala…Dok ehh, saya masih muda lagi lah. Masih anak kecil.

 

Sebenarnya entri ini saya tujukan khas buat Suti kesayangan saya. Hai, Suti!

Haa...Kenal tak sape Suti? Apa? Tak kenal? Haisyh mana boleh tak kenal. Siapa tak kenal maknanya tak cinta, tau...ehhh salah.

Ala takkan la tak kenal Suti anak Kak Yah Rorine dari Kampung Potpet sebelah Kampung Mbekmbek tu. Masih tak kenal? Isyh isyh isyh....

Hahaha... . Ofcos la semua orang tak kenal kan sebab Suti tu bukanlah public figure pun. Apa la Nyanyah nihh. Suka menganiaya orang. Hihiii... Baiklah, OK nak tahu tak sape Suti yang sebenar-benarnya? Sape nak tahu sila angkat tangan, tutup ketiak!

OKlah jangan salah faham, ya…Suti sebenarnya bukanlah nama seorang artis dan bukan juga nama seorang bibik yang berasal dari Jawa Barat. No, no, no. Kalau nak tahu Suti sebenarnya ialah nama mak saudara Nyanyah yang belajar kat salah sebuah IPTA nun jauh di sana, di ceruk mana ntah Nyanyah lupa....Suti sebenarnya adik bongsu ibu Nyanyah lah. Hihiiii....

Hai, Suti! Lagi..

Tujuan Nyanyah (dengan bantuan ibu) tulis entri ini di hari yang mulia ini ewah macam raya pulak sebenarnya nak bertanyakan sesuatu. Nyanyah nak tanya, bila Suti nak kahwin? Eh, eh....takkkk. Guwau jerr hihiiiii.... Ni kami nak tanya bila Suti nak datang rumah? Dah lama Suti tak datang KL. Hari tu beria-ia kata nak datang. Nyanyah rindu sangat sama Suti, tau. Nanti semester break datanglah rumah kitaorang, ye! Bila ekk semester break? Hai, tak sabar rasanya. Ingat tu, datang KL! Psst....Suti jangan pergi Kluang tau... sebab KL lagi best. Kuikuikui jangan marah, ya orang Kluang itewww nanti cepat tua! Hihiiii.....

OK, cuma satu je pesanan Nyanyah, bila Suti sampai KL nanti, Suti tak payah naik komuter lagi dah. Naik teksi je senang. Bukannya apa.... Nyanyah kesian sangat kat Suti. Ingat tak dulu abah tak dapat ambil Suti sebab abah dah pergi kerja, Suti pun naik komuter dan tak sedar dah terlajak sampai ke Rawang sebab tak biasa. Ingat tak? Ingat tak? Hahaha...Oppps! Terketawa pulak! Sorry...

Adoi kesian Suti waktu tu, kan! Tak pe lah. Bak kata cerdik pandai... pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Tak gitu, Suti? Pssssst nak bagitau, ni rahsia kita berdua aje, tau! Sebenarnya bukan Suti sorang aje yang tak reti naik komuter, ibu Nyanyah pun tak reti, tau...Dia lagi jakun. Hihiiiiii. Lawak, kan! Alamak, dah bukan jadi rahsia kita berdua lagi dah, mesti ibu baca ni! Dan mesti Nyanyah kena marah lepas ni, makkkkkkkkk!

Ingat ye, Suti. Naik teksi tau, jangan naik komuter, OK!

Baiklah, di sini Nyanyah nak berkongsi dengan Suti cara-cara yang betul untuk menaiki teksi. Bukannya apa, Nyanyah sekadar nak pastikan Suti tidak menghadapi masalah lagi di kemudian hari. OK mula-mula, pastikan Suti tunggu teksi di tempat yang sepatutnya iaitu di perhentian teksi, bukan kat airport atau kat stesen bas OK. Bila dah nampak teksi, cepat-cepat tahan.

Pastikan betul-betul yang Suti tahan tu teksi, bukannya keretapi. Kang tak pasal-pasal kena gilis.

Masa nak tahan teksi tu, Suti jangan sesekali tahan dengan badan, yang ni memang saja je nak menempah maut namanya. Tahan saja dengan tangan. Lagi satu,tak perlulah sengih-sengih senyum-senyum manis sebab hanya bapuk aje buat stail macam tu!

Dah masuk, sebaiknya Suti duduk di seat bahagian belakang, bukannya atas riba pemandu teksi ataupun duduk kat dalam bonet. Kat dalam bonet, panas sikit sebab tak ada aircond.

Oh, ya jangan lupa tutup pintu teksi setelah masuk, ya. Ingat, naik teksi kat KL tak sama dengan naik teksi (beca) Pak Him jiran kat kampung Suti tuuu.

Sekarang ni semua teksi pakai meter jadi bila dah sampai, Suti dilarang sama sekali tawar-menawar ketika bayar tambang. Tawar-menawar harga teksi tersebut pun lagi la tak boleh.

Demikianlah serba-sedikit tips-tips menaiki teksi yang sangat berguna untuk Suti gunakan. Apa? tak nak guna? Tak nak guna sudah.

 

DSCN2955

Inilah dia Suti yang dimaksudkan. Suti belum tengok lagi gambar ni, kan….Ololo……sweet tak?!… maksud Nyanyah, sweet tak orang yang snap gambar nih? 

 

Sebelum kita berpisah, Nyanyah ada satu teka-teki buat Suti. Bunyinya begini,

Kalau SUTI berkaki DUA, berapakah pula bilangan kaki SURTI?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Jawapannya ialah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Jengjengjeng

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

DRUA!

*

*

*

*

*

*

*

*

Update terkini: nanti bila Suti datang abah kata dia akan ambik, so Jangan Naik Teksi Ituuuuu………. jugak!

OK deh. Along dah ajak Nyanyah pergi ngaji. Caucincau!

23 ulasan:

NM02 berkata...

walaupun saya tak kenal sape suti tu... tapi dia comel... hehehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Suti dah merasa naik komuter..k.atie xpernah ponnnnn.huuuuu

~ yus ~ berkata...

huhu..saya pun takut naik komuter...

=sz= berkata...

ahahaa...
hal ehwal naik komuter ni pun saya & kengkawan penah telajak juga...kuikui

naik teksi pun penah ada memori juga...
masa tu ntah napa saya blh plak dok seat depan sblh driver tu...slalunya penumpang dok seat belakang kan... ;p

RynaHakimi berkata...

Saya suka pink coach for ladies..heheh ;P

Cik Pah berkata...

tapi skang komuter dah senang.. dah ada lady's couch

Miecyber berkata...

Saya tak pernah naik lady's coach lagi...

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

So Shy Lady berkata...

NM02: suti pasti kembang kempis kmbang kmpis ;)


azatiesayang: huhuhu k. atie calit!


yus: ahaks gelabah smacam je, kan ;P


=sz= : mesti kes bsembang t. hengat nih ;P
camno bleh duk sbelah driver? tlebih pramah kot...


RynaHakim: akak blum pnah mcuba lg ;)


Cik Pah: selesa sket, kan ;)


Miecyber: Bila nak naik? hihiiii

Dinas Aldi berkata...

nasib baik auntie Dinas dah pernah naik komuterrr ituuuuu, kehkehkeh!

akak & kawan pernah buat keja merepek, naik komuter 'to nowhere', kehkehkeh! pakai hentam beli tiket & naik saja, peh tu patah balik, hanya sebab nak pengalaman naik komuter, kihkih! tapi itu tahun 2000 dulu la. dah lama sangat. sekarang ni mesti lagi canggih kan.

So Shy Lady berkata...

Dinas Aldi: hihiii...ntahlah kak, mungkin makin canggih kot. Dah 10 thn t.naik hihihi...lrt ke, monorel ke eee mmg jakun tp naik bas sy reti hihihi

ainnoraini berkata...

comey jer suti tu...

tak pernah naik komuter sorang2 takut la jugak..
mesti nak berteman...

lg la sejak dah kahwin.. dah ade ramai rakyat jelata berderet2 ni..lg la jarang2...

MummyEcha berkata...

nie la si suti nie...kecil molek orgnyer..nyanyah ngan suti nampak cam adik beradik jer...:)

qemaishak berkata...

Lama dah qema tak naik komuter, nak try juga duk dalam pink couch tu hehe

cemomoi berkata...

eh member koi suti juga namanya ketnya mat suti...

dah sampai lum?

- dieyana - berkata...

suti yang comel! smile....

Hanis Azla berkata...

jgn kata suti.. akak pun kalau disuruh naik komuter sorang2 mmg fail.. he..he.. comel arr suti tu..

ratusiput berkata...

wow panjangnye :) kat jb ni tak lama lg dgr2 nk wat komuter gak tp taktaula bila tahunnye.. :)

So Shy Lady berkata...

ainnoraini: ye, berteman lbih baik kan


Mummyecha: itulah orangnye ngeh3x


qemaishak: ahaks...sama la kiterr. elok sgt ada pink coach tu


cemomoi: blum heheh lpas sem break katanye...;)


dieyana: cheesee!! ;P


Hanis Azla: kmbang smangkuk si suti itewwwww ;D


ratusiput: klau tde ide mesti tulis mleret2 heheh.

bila bndar iskandariah dh develop, mungkin akn adalah nanti...;)

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

hehehe..klakar jer citer nyanyah nih.. :)

So Shy Lady berkata...

Lily@MummyQistinA: ahaks nyanyah kdg2 klakar orgnya, ikut mood dia hihiiii ;P

munna berkata...

munna pun tak pernah naik komuter lagi.. ada tips tak?

cemomoi berkata...

eps singgah lagi.. takleh komen dahhh

Kabutar Diesel berkata...

hahahahahaha wakakakakakaka..kami pun sesat dulu..tapi bukan naik komute tapi keta :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...