Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, April 18, 2011

EVOO

 

Seperti majoriti wanita Malaysia yang lain saya juga ingin kelihatan cantik dan molek. Sendiri rasa puas bila tengok diri cantik. Jadi untuk nampak cantik maka wajah wanita yang tiada natural beauty haruslah ditepek dengan mekap. Tambah-tambah buat orang seperti saya yang semenjak dua menjak ni baru perasan diri semakin tua maka mekap juga menjadi agen penting untuk menutupi ketuaan wajah sob sob sob.

Dengan keajaiban mekap, wajah yang agak kusam kurang menawan tiada tarikan pucat lesi persis hantu Mak Limah dalam sekelip mata boleh berubah rupa menjadi lebih gebu, anggun dan menawan hinggakan bila orang terserempak terus terkejut mak oi engkau ke So Shy Lady (bukan nama sebenar), ingatkan Rozita Che Wan tadi! Kihkihhh!

Kenapakah saya suka bermekap? Adakah untuk menarik perhatian kaum lelaki? Oh, tidakkkk... Nehiii betttyyy nehhhiii... Memang kita sedia maklum lelaki memang suka tengok perempuan bermuka cantik tapi jangan sesekali ingat perempuan yang rajin menjaga kulit siang dan malam, dari jenama MAC, Lancome, Simplicity hinggalah ke jenama Fair & Lovely bekerja keras menghapus segala jerawat, jeragat, pigmentasi,mengatasi tona tidak sekata, menutup segala kedutan semata-mata untuk menjamu mata kaum tersebut. No, no, no! Tak ada maknanya.

Saya suka bermekap kerana ia merupakan terapi minda. Apabila cantik, diri akan rasa ceria dan sekali gus mempengaruhi aktiviti seharian kita. Orang kata, mekap itu adalah sebagai pemangkin kepada keyakinan diri dan senjata kuat dalam memberi semangat untuk melakukan apa-apa kerja. Walaupun hanya mengoles nipis gincu di bibir, kecantikan pasti akan terserlah.

OK sebentar. Hahaha...apa bendalah saya duk merepek nih! Macam dah tak relevan pulak intro dengan isi. Baiklah, macam ni lah lurus ke titik (straight to the point) sebenarnya saya nak tanya uols soalan ni...

Heheh, dah mekap cantik cantik kan sehari suntuk, lepas itu sebelum mengerjakan solat atau sebelum tidur ofcos segala warna kat muka harus ditanggalkan. Sebelum mencuci muka dengan cleanser, uols ada guna make up remover tak? Ha, inilah sebenarnya topik yang hendak kita bincangkan pada hari ini! MAKE UP REMOVER, ya puan-puan. 

Saya pernah baca di internet, mekap yang tidak dibersihkan dengan betul akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati menimbun pada permukaan kulit muka. Sebab tu bila lepas cuci muka, bila kita tenyeh dengan kapas, kat kapas tu masih ada kesan kotoran lagi, macam kulit tak cukup bersih aje, kan! Jadi guna pencuci muka sahaja tidak memadai. Kita perlu guna make up remover dahulu untuk tanggalkan semua solekan sebelum mencucinya dengan cleanser.

Kini terdapat banyak produk khusus untuk remove mekap di pasaran. Uols suka jenama apa? Sebelum ni, saya pernah mencuba beberapa jenis jenama namun keputusannya tidak begitu memuaskan hati. Ada yang tidak menanggalkan sepenuhnya dan ada juga yang agak memedihkan mata. Oh, ya..saya beli jenama cikai aje heheh.

Sehinggalah saya bertemu dengan produk nan satu ini. Nak tau tak, dua tiga bulan kebelakangan ini hati saya sudah terjatuh cinta dengan EVOO!

 

 

happy 033

Inilah EVOO – extra virgin olive oil!

 

Tak perlu susah-susah berbelanja mahal cuma godek dari atas para dapur aje! Hihiiii.

Guna cotton pad, letak few drops kemudian gosok secara lembut ke bahagian mata, mulut dan seluruh muka. Memang mampu menanggalkan mekap dengan senang hatta yang waterproof sekalipun. Gently and effectively dan paling penting sangat menjimatkan wang ringgit anda.

Walaupun agak oily sikit tetapi jangan risau, selain menanggalkan kotoran pada wajah, EVOO juga berfungsi untuk menangani semua problem kecantikan lain terutama kedut. Setelah menanggalkan mekap, urutlah muka perlahan-lahan. Dipercayai minyak ini juga dapat membantu mempertahankan kelembaban dan kekenyalan kulit, melancarkan proses regenerasi kulit sekaligus melambatkan kedutan. Lagi satu, dalam proses memicit dan mengurut muka, tangan dan kuku kita juga turut menyerap khasiat minyak tersebut  dan secara tidak langsung menjadi lebih sihat. So pedicure ke apa ntah sudah tidak diperlukan lagi.

Itulah petua yang saya amalkan. Bagi saya, sesuatu yang berasal dari bahan alami adalah lebih baik. Betul tak? Cuba try test tengok tapi kalau tak sesuai dengan kulit muka uols, harap maaf OK, bebeh!

 

 

Caucincau!

 

 

 

(kawan-kawan, talian internet saya amat slow sejak akhir-akhir ini. Saya mohon maaf ya, jika terlambat membalas kunjungan kawan-kawan semua. Rasa nak tukar Unifi  je lah! Grrrr…..)

26 ulasan:

Amiizaa2001 berkata...

waaa bgs2...ptg kang nak godeh olive oil kat dapor...hikhikhik

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam shy lady..trbalik lak kita.pagi tadi k.atie sarapan ngan nasi goreng...ptg nie ngan goreng pisang..hihi

sarah-najwan berkata...

akak hanya gune lipstik ajo..bedak2 xpakai skrg sb kehabisan stok dan xpi beli..huhu

Dinas Aldi berkata...

wahhh, haritu tergoda dengan laporan Redoxon dari So Shy Lady, ini dia buat laporan pasal EVOO plak. akak nak pi curik kat dapoq sapa punya tah, nak try dulu tengok sesuai ka tidak dengan muka akak yg bulat nih, kihkih

=sz= berkata...

ooowwhhh harus segera godek di para pasaraya ni .. ;p

kak, jawapan khas untukmu

http://syimirmikail.blogspot.com/2011/04/kaunter-pertanyaan-ditutup-kaunter_5512.html

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Owh..bagus gak erk produk ni..x pernah pakai lg..Blh cubalah try test nnt..

cemomoi berkata...

wups... cita oang pompuan!

ieda berkata...

ooo produk evo .. ekkeke ingatkan apa tadi .. setuju kalau x bersihkan wajah akan ada kesannya di kemudian hari ..

dulu akak rajin makeup .. lately nie dah kurang sikit sbb ada kesedaran dlm diri .. kerana islam melarang kita make up keterlaluan , cukuplah sekadar moisturizes , losen dan bedak seikit alis di bibir .. naturel beauty :))

nursalwa berkata...

salwa xbermakeup sgt.. muka nie cuma pkai krim safi n bedak jek.. hehe olive oil tue mmg ader kat dapur, wat masak lauk anak .. hehe

So Shy Lady berkata...

Amiiza2001: molek benar tuh ;)


azatiesayang: haha ye ke, kak! nak buat camno 2 tu mknnn tipikal rakyat msia heheh


sarah-najwan: ahaks sy pun pkai bdak n lipstik je sbenarnya. intro tlebih2 exagerate plak ;P


Dinas Aldi: wah comelnye wjh akak tu...mcm OGY! cuba akak curik kt dapur TESCO ;P


=sz=: ok, nk terjah skrg juga! ;)


Lily@MummyQistina: cuba try test ye, t.rugi bli EVOO tu. Slain utk msk western food, elok utk prawatn. hilangkn klemumur pun bleh gak!!


cemomoi: wups...haha kita t.tau sgt cite org llaki ;P


ieda: btul tu kak...sy pun sbenarnye pkai lipstik n bedak je hahaha simple. T.boleh mekap tebal2 sbab jin suka kacau, kan!

Zuwairi Aiman berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

Mila@Rimbun berkata...

wahhh bagusnya tips nii. murah pon yer jugak

cuma saya ni malas nak mekap, abih2 pon lipbalm jer... cuci muka pon pakai sabun kikiki.
but sesekala bermekap n nampak cantik best jugakkan.. tp malassss..

eB ezrin berkata...

wahhh... terujer nk cuber... maner la tau kot org leh silap ingat artis laks ... ;p
tq yer...

ziarah kembali :)

eMMe berkata...

oh ye ke? leh jadi kan sebagai make up remover yea....menarikss n good info SSL, sayang kamu, hihihiks!

AngahSayang2314 berkata...

wahhhh info yg bagus la....

NM02 berkata...

wah.. harus cuba ni

wida berkata...

Bagus lah petua ni..
leh cuba nanti:)
tq sudi singgah blog sy

Hanis Azla berkata...

wah boleh cuba ni.. mak akak mmg makan minyak ni.. ada org kata minyak ni elok utk tambah pelincir kat lutut tu.. nnt bolehlah akak minta sikit utk mencantikkan kulit dan membersihkan mekap.. he..he..

munna berkata...

wah.. boleh cuba ni...aritu tgh backyard sience gunakan badam sebagai scrub dan yogurt utk masker...

Ina berkata...

hi dear..singgah sini.. evoo tu mahal larrr..he.he..tapi, mmg bagus la kan.

qemaishak berkata...

Bagus tu tak perlu berbelanja bsr tuk cantik kan..mekap ringkas je p keja, nak mekap tebal leceh lak time nak solat hehe

Ati Masrif berkata...

best ah idea ni..

leh gi cari nanti..

pas tu leh msk speggeti ..hihi

Cik SHiNJU berkata...

As salam...

Saya guna sabun Mior..
3 in 1 dah tu..
Setuju yg wanita suka mekap sebagai terapi minda..Bukan sbb org laki..huhuhu..

gadisBunga berkata...

menarik lah petua ni! sesuai sgt utk kaum pompuan yg mmg sgt takut kulit berkedut awal kan?

kompen akan dibuat di rumah!

mzhany berkata...

ooo mcm tu yer, umm ok tq tq;)

Piasara berkata...

"lah...macamana nak remove make-up....make-up pun tak pernah...hehhe...mungkin sbb akk ni suri rumah je kot,sbb tu tak pernah dok mekap2 ni,kecuali pi jln2..tu pun takat pakai bedak ngan lipstik jer.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...