Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Mac 28, 2011

Tak Ada Kena Mengena Dengan Mamee…(Part 2)

Salam ladies,

How are you today? I’m fine. Thank you….Winking smile

(Entry ni dah agak lama tersangkut dalam draft. Habis nak buat camno sejak kejadian bencana alam silih berganti, kelajuan internet saya agak kurang menyenangkan; lembab …lebih slow dari si Gary Spongebob tuhhh. Adoi la…rasa nak klekuk aje laptop nih. Hilang mood kita nak berblogging tapi nasib baiklah petang ni agak OK sikit, lega!)

 

Pada suatu petang yang best. Saya telah sempat luangkan masa melayan manusia-manusia berharga dalam hidup; siapa lagi kalau bukan si model-model tetap bucukmacam kesayangan.

  0706201063207062010633    07062010635  

Model tetap 1: Along

 

 07062010634 07062010636 07062010637

Model tetap 2: Nyanyah

 

07062010574  07062010576  07062010577

  Model tetap 3: Adik

 

Wei, wei apa motif tempek gambar berulang-ulang nih? Hek eleh, ni tak lain tak bukan nak minta orang puji  anak dia comel la tuu. Ye la tuuu….ye la tuuu…Hmmm dah tahu dah taktik kotor makcik blog so jangan duk layan, wokehh!!

 

Terima kasihlah pada empunya diri sebab insaf jua akhirnya. OKlah, ya lah, baiklah, fine saya berjanji akan jadi ibu mithali, bukan ibu pejabat. OK, janji! Huhuhu... Sebagai usaha menebus kesilapan lalu maka pada suatu petang yang best, saya telah memperuntukkan lebih 1 jam mengadap Youtube dan menggoogle banyak gambar-gambar berkaitan tsunami untuk diterangkan kepada mereka. Kesian budak-budak tu, kan… sebelum ni asyik kena shut up shut up aje. Heheh…Nyanyah lagi la mati-mati ingatkan tsunami itu sejenis makanan. Alahai comelnya tapi amat menyedihkan sekali. Aduh rasa bersalahnya saya. Teruknya mak diaorang nih! Sob sob sob.

Setelah bermuhasabah diri lalu saya cuba memperbetulkan mana-mana salah faham mereka itu. Tengah mereka bersemangat nak tahu, sebagai ibu bapa yang prihatin sepatutnya ambillah peluang tersebut untuk beri pengajaran yang sebaik-baiknya kepada mereka, mengertiiii? Herdik satu suara ghaib. Ya, ya baiklah saya mengertikkk! 

OK, anak-anak! Sebab semua excited sangat nak tahu pasal tsunami jadi ibu akan terangkan tentang kejadian gempa dan tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini dan perbandingannya dengan gempa dan tsunami yang berlaku di Aceh tidak lama dahulu.

Wah bunyinya terlalu ilmiah tapi takde la ilmiah mana pun. Banyak fakta-fakta penting saya terangkan tetapi kesemuanya menerusi gambar. Maklumlah, otak budak-budak  kan lebih mudah faham kalau disertakan gambar-gambar.  Baiklah semua sila beri perhatian  ketika ibu mengajar ya, kalau tak…. confirm tak faham!

Anak-anak,

Istilah tsunami berasal dari bahasa Jepun. Tsu bererti “pelabuhan”, dan nami bererti “gelombang”, jadi tsunami dapat diertikan sebagai “gelombang pelabuhan”. Buat masa sekarang kalau blurr tak apa. Lama-lama fahamlah nanti. Gempa dan tsunami Jepun, mengingatkan kita akan gempa dan tsunami yang melanda Aceh pada Disember 2004 lalu. Kedua gempa dan tsunami ini menimbulkan kerosakan yang sangat parah. Mari kita buat perbandingan.

 

 

Tsunami Aceh : 26 Dis 2004.  Dasyat…. rumah kita pun turut  sama bergegar tau. Cemas betul. Waktu ni Adik belum ada lagi.

 

Tsunami Jepun : 11 Mac 2011 lalu. Syukur rumah kita tak terkena tempiasnya sebab kedudukan Jepun jauh dari Malaysia.


 

 

Aceh: detik-detik cemas ketika ombak maut mengganas

 

Jepun : begitu juga tatkala gelombang besar melanda bahagian  timur Jepun. Dasyat sekali.

 

 

Membandingkan Tsunami Aceh & JepangMembandingkan Tsunami Aceh & Jepang

Aceh: Semuanya hilang sekelip mata

 

 

Jepun: hal yang sama juga terjadi….hanya sedikit bangunan tersisa

 

 

Aceh: korban lain ialah kapal

 

Membandingkan Tsunami Aceh & Jepang

Jepun: jumlahnya lebih banyak

 

       

Aceh:  korban jiwa hingga 128,000 orang!

 

Jepun: setakat ini dilaporkan hampir 28, 000 orang mangsa terkorban dan masih hilang

 

 

Aceh: kesedihan penduduk Serambi Mekah

 

Membandingkan Tsunami Aceh & Jepang Jepun: kesedihan rakyat Negeri Sakura

 

 

Along tau kenapa Allah turunkan tsunami?

Sebab Allah nak tegur dan beri peringatan kepada seluruh umat manusia supaya jangan buat jahat, jangan buat dosa dan merosakkan alam.  Kena rajin solat, rajin mengaji, banyak berdoa, buat baik pada orang….barulah Allah tak murka lagi pada kita. Faham?

Dan Nyanyah pulak….lepas ni jangan fikir  lagi tsunami tu makanan hanya sebab bunyinya macam Mamee. Ingat ya! Tsunami dan Mamee tak ada kena mengena, wokehh!!!

Demikianlah sebahagian daripada pengetahuan tentang tsunami yang sempat saya kongsi dengan model-model tetap. Harap-harap mereka faham.

 

Today’s Lesson:

Lima minit yang kita luangkan secara aktif dengan anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik kepada mereka untuk jangka panjang.  Jadi sentiasalah berinteraksi dengan anak-anak sekerap mungkin. Kalau nak anak-anak dengar cakap kita, maka kita juga kena dengar cakap anak-anak. Dan semasa sedang bercakap dengan mereka, jangan pula muka ibu bapa mengadap TV atau lappy atau menoleh ke tempat lain pulak, ya. (Adoi terasanya! Dah tahu tapi selalu buat begituuu….huhu). Renunglah mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap kerana ia akan memberi kesan emosi yang sangat mendalam.  

 

Caucincau!

 

 

Update: Dilaporkan gempa bumi berukuran 6.2 pada skala ritcher  kembali menggegar Jepun pada pukul 7.20 pagi tadi (sumber: Buletin 1.30 TV3). Ya Allah ampunkanlah dosa kami, Ya Allah…

22 ulasan:

Dinas Aldi berkata...

Gary?

miaaooooo! kehkeh

kesian si Nyanyah fikir tsunami tu makanan. yalah, manalah dia nak tau, kesian dia. memang patut ibu mengambil masa menerangkan pada dia tentang hal tu. sekarang mesti dia & 2 lagi model tetap tu dah jelas tentang maksud tsunami, terima kasih pada ibu :D

dema memang comel pun!

Adzriel AB berkata...

seronok tau dengar jawapan anak2 kecil ni. adakalanya yg terlintas difikiran kita pun tetapi sangat lgik.

norh berkata...

along hensem..he he he

Miecyber berkata...

Tsunami adalah peringatan dari Allah kepada yang mengambil perhatian.

Macam macam benda pelik dan maksiat orang Jepun dah buat.Mungkin sebab itu Allah turunkan bala tsunami kepada Jepun.


Asam Rom

Amiizaa2001 berkata...

bagus mama:):)


PS: 2budak yg tomei auntie geram nak kiss2...:):)

So Shy Lady berkata...

Dinas Aldi: miaoooo hihihi
buat ms skrg tak adalah faham mn....hihi tp harap2 n3 ni boleh jadi rujukn mreka pd ms akn dtg ;)

Adzriel AB: btul3x...comel aje jwpnnya walaupun salah haha

norh: ahaks budak kurus kering tu kirim salam!

Miecyber: stiap kjadian Tuhan itu ada sebab musababnya. Smoga mnjadi renungan kita semua. Mari kita bykkan bdoa smoga musibah tsebut segera b akhir

So Shy Lady berkata...

Amiiza2001: geram jangan engkau geram
geram geram

lagu sapa ntah...heheh...kirim kiss2 utk anak2 amiiza jugak ok!

Mamma berkata...

bercakap tgk mata anak..saya selalu amalkan jugak..tp apakan daya saya mmg xsabar dlm mengurusin anak bujang sorg tu huhu tp dlm usaha utk menyabarkan diri sndiri ;p

AzeedA berkata...

Assalamualaikom ya SoShyLady!
:) mengunjung balas ni..
1st time bace n3 puan ni teman dh terpikat hehehe.. dgn model3nye tu jugak ah!
will folo.. TQ for menyinggah ghomah teman ye!

eMMe berkata...

its good explaination from mom to kids~
* dtg nak balas cubitan syg kat SSL, heehehehe...

AngahSayang2314 berkata...

dunia semakin tua

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

salam kenal kak..
kunjungan balas nih...Thx sudi mai umah kita.. ;)

Comel anak2 akak..

Bagus gak kak..terang kan dgn diorg betul2..hehe.kesian nyanyah fikir tsunami tu makanan..a'ah lebih kurang jer ngan mamee sebutannye.. hiks.. :D

ieda berkata...

sungguh bermakna .. ia bukan beri pengajaran kepada anak2 malah kepada seluruh manusia muka bumi ini .. tapi sayang , kerana masih ramai umat manusia yg masih leka .. marilah kita berdoa agar tempias kemurkaannya tidak mengenai kita huhuh

gadisBunga berkata...

hmmm...gempa bumi dan tsunami ni bukan saje2 diturunkan Allah...Allah masih beri peluang pada kita rakyat malaysia ni, perasan tak? kite dah rasa gegaran, tapi gempanya belum. tak mustahil kalau satu hari nanti malaysia akan terbelah akibat gempa kalau rakyatnya masih lalai...

Cik Pah berkata...

alhamdulilah..malaysia mmg jarang ada bencana camni..

btw.. ketiga tiga model tetap akak mmg sgt comel

=sz= berkata...

model2 tetap tu memang comel2 kak SSL!

alamakkk terasalah plak mak dok ngadap lappy nih! ;p

Ann Huda (Ate) berkata...

Tahniah kerana telah berjaya mencipta masa berkualiti bersama anak-anak ;)

azzey berkata...

Sikap ingin tahu yg tinggi nih...:)

p/s: klik ur HB

So Shy Lady berkata...

Mamma:mdidik anak2 sbnar kj yg mncabar...kna byk bsabar. dlm kita mdidik mrk, kita juga kna didik dr sndiri juga , kan. :)



AzeedA: tengkiu sudi singgah. nxt time dtg lg ye! ;D



eMMe:hari ni hari cubit cubitan heheh!



AngahSayang2314: betul tu....cuma kita aje yg bila nk sdr diri lg ntah. Marah pd diri sndiri nih huhu



Lily: mekacih sudi singgah ;D
ahaks...bdk2 ni mcm2 diorang pikir. kita pun sama jugak dulu, kan haha



Ieda: sama2 doakn agar Allah tak turunkan malapetaka n bencana kpd kita. amin.



gadisBunga Nauzubillah....takutnya. skrg pun org t.kisah buat dosa n maksiat sana sini. kita tlalu leka....



cikpah: bdoa tak putus harap2 kita sntiasa slamat n aman.

model ttap kirim salam kt cik pah! heheh



=sz= mereka ddapati blushing hihi
ahaks...habih camno tuh? akak pun dlm dilemma ;D





Ann Huda: sama2 Ate. dah tggungjwb parents kan ;D

So Shy Lady berkata...

azzey: ahaks...ya nmpak agak tahap tinggi sbab pngolahan sgt ilmiah d sini tp sbenarnya akak terangkn kpd mreka scara santai shj mcm bcerita-ceriti gitu. Diorang leka klau kita tunjukkn gambar2 ;D

thanks klik, nanti akak klik azzey plak!

Umie berkata...

encem si along..;-)

tengok gambo pun dah seram kan, lagi le kalau merasa sendiri.. MasyaAllah, Allah bg peluang tu kat saya utk rasa ujianNYA di bumi sakura ni & ia betul2x bagi keinsafan kat diri saya.. harapnya orang lain pun dapat lihat yg tersirat di sebalik bencana nie...;-)

So Shy Lady berkata...

Umie: ya,smoga bncana yg dturunkn mnjadi rnungan buat kita smua... koreksi diri n dkatkn dri pada Ilahhi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...