Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Mac 30, 2011

Hari ini Hari Rabu, Jom Kita Makan Kerabu

Petang nanti tak ada kelas, dapatlah berlama-lama sikit di dapur main masak-masak yeay. Dah lama saya mengidam nak makan kerabu. Entahlah semenjak dua menjak ini lidah saya ghairah betul nak merasa masakan Kelantan ala-ala Siam, tak tahu kenapa. Hek eleh kot ya pun, tak perlulah nak berghairah ghairah pulak kat sini. Geli orang membacanya.

Puan-puan jangan khuatir. Kalau acara masak-memasak bersama So Shy Lady confirm simple giler punya. Main campak campak aje sesuka hati. Masak lemak santan berlada tak mainlah. Sebab memang saya kurang makan makanan bersantan. Alahai terus terang je la tak reti buat sebenarnya. Ya, ya saya mengaku di sini...skil memasak saya agak lemah! Tapi sekarang dah OK dah sikit berbanding waktu baru kahwin dulu. Skil tahap zero...Nasib baiklah Allah jodohkan saya dengan suami yang tidak cerewet. Goreng telur mata kerbau letak kicap dan sos pun dia bilang sodapppp. Heheh. Bestkan dapat suami macam tu. Saya perhatikan, ramai perempuan yang tak reti masak akan bertemu jodoh dengan lelaki yang tak cerewet makan manakala perempuan yang terror masak tahap terrorist Allah jodohkan dengan lelaki yang agak cerewet. Perasan tak? Jadi anak-anak dara di luar sana janganlah risau kalau tak tahu memasak, ya sebab  pasti anda akan bertemu jodoh lelaki yang tidak cerewet nanti…..percayalah cakap saya.

Hahaha tak baiknya makcik blog nih. Suka suka hati aje cipta teori sendiri. Sila jangan percaya, ya adik-adik sekalian!

OKlah, haisyhhh saya ni suka benar menceceh. Ingat orang suka ke baca entri meleret-leret nih. Sekeh kang. Yalah, yalah…. tanpa membuang masa lagi jomlah kita mencuba resepi kerabu kaki ayam idaman kalbu nama diberi. Maaflah ya tajuk resepi dia mengada-mengada sikit, heheh. OK senang saja nak membuatnya. Cara-caranya puan-puan….

 

 

dh ka 024

 

Bowl Mula-mula kaki ayam dibersihkan terlebih dahulu, nak potong 2 pun boleh. Dah potong jangan bakar dan campak dalam sungai pulak. Kejam tuuu…. Kita letak garam sikit dan rebus sehingga empuk. Kemudian toskan.

 

kantan

  Alahai, bini sape la yg rajin duk kat dapur tu, ya! Diamlahh.

 

Bowl Bawang besar,  cili padi, bunga kantan, daun kesum sikit dan serai dihiris nipis.

BowlHiris juga mangga, kacang panjang dan tomato. Tabur  juga sedikit taugeh.

BowlCampurkan kesemua bahan yang telah dihiris bersama kaki ayam tadi dan digaul sebati.

BowlTambahkan garam, gula secukup rasa. Rasanya masam manis  dan pedas sikit. Adjust sendiri, ya puan-puan.

Bowl Kalau tak ada mangga boleh juga ganti dengan perahan air limau.

BowlDah siap bolehlah makan dengan penuh ghairah….. oppppssss!!!

 

 

 kerabu1

Tattada! The greatest kerabu kaki ayam idaman kalbu

 

 
 

Today’s Lesson:

Di dalam kaki ayam banyak mengandung protein yang tardapat pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Wah, ada kolagen tuuu….Sape nak awet muda makanlah kaki ayam banyak-banyak, ya heheh! Dan salah satu bahan yang dapat mencegah kerapuhan  tulang selain dari kalsium adalah antigen imunogenik juga terdapat pada kaki ayam. Jadi, jangan sesekali meremehkan kaki ayam walaupun ia bersisik dan tidak berdaging, ok!

 Red rose

 

            Caucincau!

14 ulasan:

MummyEcha berkata...

akak...setuju ngan teori akak tu hehehehe....

saya ambik resepi akak nie yer..nak try buat hihihihi

bonda dadif aka akish berkata...

kerabu kaki ayam...owhh sis first time daku tgk...

=)

Amiizaa2001 berkata...

uwaaaaa tk pernah cuba:):) nampak sedap...

Ann Huda (Ate) berkata...

Tak minat kaki ayam, sbb tulah tak awet muda ;)

cik dah ganu kiter berkata...

oo x pernah try pun....senang jer....

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam..mengerabu lak arini yer!!

Dinas Aldi berkata...

wehhhhh akak memang suka kaki ayam tapi tak tau pun ada kolagen dalam tu. ini yg buat akak bertambah bersemangat nak teruskan makan kaki ayam nih! kaki ayam, mari kemari, mari kemariiiii!!!

norh berkata...

suka makan sup kaki ayam..he he he

So Shy Lady berkata...

Mummyecha: kan, kan btul kan! hihiii



bonda dadif aka akish: cubalah....ada bran? :D


Amiiza: cuba try test tengok! ;)


Ann Huda: takpe...slalu bwuduk pun boleh nmpak awet muda gak ;D


cik dah Ganu kiter:tu la.. tok susoh mano, cik dah! ;)


azatiesayang: haha kak, ye lah hari rabu mengerabu. hari selasa mengelaksa heheh


Dinas Aldi: yeah hidup kaki ayammm!! give me 5, kak dinas ;P


norh: yg tu laaaaagi suka. masak lama smpai lembut, best kan ;D

TAYAR PANCIT berkata...

hey :) saye da follow :) follow me back @ tayarpancit.blogspot.com

mzhany berkata...

hany tak suka kaki ayam camner? kena cari sumber collagen lain nih

azzey berkata...

Wah3...sedapnya. nak sikit!

p/s: klik ur HB . JJ tu Jaya Jusco

Hanis Azla berkata...

ada collegen yer.. boleh start makan kaki ayam ni.. he..he.. teori tu mmg btllah.. bila dah kahwin tetiba aje boleh masak sendiri.. agaknya klu dpt suami yg cerewat tu terus pandai masak kot.. ha..ha..

So Shy Lady berkata...

Tayar Pancit: thanx folo. ok nanti terjah ;D


mzhany: ahaks....dnavechee ada tp mahal skit kot
;D


Hanis Azla: ok amalkn smntara msih muda nih ya ;))
teori suka suka je tu heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...