Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Februari 09, 2011

Usaha Mencari Mr. Right

Kalau uols nak tahu, salah satu sikap positif So Shy Lady ialah beliau adalah seorang yang sangat prihatin, terlalu empati dan sangat suka membantu insan-insan yang bermasalah. Ecece… tekan lif naik sendiri nampaknya. Booo…  Am I like that?! Bukan yang tekan lif tu,  yang prihatin dan empati tu….. ye ke? Ke ye? Entahlah, dalam zodiak tulis cenggitu!

Sebenarnya the thing is dah beberapa hari benak ini asyik non stop duk fikir tentang masalah seseorang. Ni haa…masalah ex-officemate saya ni. Dia seorang andalusia. Hahahah gilanya berterus terang. Alamak, dah cuak... agak-agak lepas ni dia delete tak nama I dalam friend list dia? Mas (bukan Mas yang sebenar) tolong jangan seranah akak, ok sebab akak rasa word andalusia tu agak lebih berhemah sedikit berbanding ADT, kan, kan? Pada pendapat akak lah heheh.

 

Adakah ini gambar Mas? Takkkk….ini emas la, bongok.

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. (Muzik Latar: lagu tema Bersamamu TV3). Tiba-tiba muncul Zakiah Anas. Minggu ini anda bersama saya lagi. Kali ini kita akan menghayati kisah seorang gadis malang yang amat menyayat hati. Pastikan raut wajah anda dilimpahi rasa simpati dan jangan lupa sediakan sekotak tisu di sisi. Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita ikuti luahan hati gadis yang mahu dikenali sebagai Mas itu.

Susah betul nak jumpa MR. RIGHT…

Mandi bunga, sudah, buat aura treatment pun sudah

……. but I still get problem with guy.

Mungkinkah sebab kulit saya yang gelap dan badan saya yang agak berisi ini……

punca lelaki kurang berminat kepada saya?

Adakah lelaki suka perempuan cantik, seksi dan nampak macam model sahaja?

Walaupun diri mereka sendiri pun rupa macam bai jual roti?

Kat mana nak cari lelaki yang ikhlas menyayangi kita?

Any advice or tip?

Sekian, terima kasih.

 

Kembali semula ke studio bersama pengacara anda, So Shy Lady. Haha tiba-tiba pulak saya berada dalam studio. Sabar je laaa……

…..Hmmm…sungguh sedih, pedih dan ngilu sekali kita mendengar luahan hati Mas itu, bukan? 

Tapi…... alahai…… hang minta tips dari akak, dik? Macam tak sesuai aje! Weh Mas, hang tersilap biro pengaduanlah. Lainlah kalau nak tahu bagaimana cara nak kira break even point ke, nak tanya resepi buat tart mini tuna ke, (oh ye akak baru belajar buat tart dengan jiran kalau hang nak resepi nanti akak emel)…..atau ingin mengetahui berita-berita terkini tentang Maher Zain ke, heheh terrorlah juga akak menjawabnya tapi kalau hang tanya soal mencari MR. RIGHT.... sorry, memang akak blur .... takde pengalaman, serius!

Al maklumlah, dolu-dolu urusan jodoh akak segala-galanya diatur oleh orang tua. Akak cuma mengikut saja pilihan mereka. Langsung tidak membantah karena  akak percaya jodoh yang ditetapkan oleh orang tua itu lebih baik. Tak retilah nak cari-cari sendiri. Hang tak percaya? Tak nak percaya, sudahhhh….sebab memang akak tipu pun hahaha. Tak lawak pun.

Ok, serius, serius. Memang sahih saya tidak ada formula Matematik yang tepat untuk menangani masalah sejagat ini but anyway, oleh kerana zodiak kata saya ni manusia yang cukup kaya dengan sifat simpati dan empati makanya dengan penuh daya dan usaha akan saya cuba memerah otak geliga ini beserta membuat beberapa rujukan ilmiah untuk mencari tip-tip supaya Mas cepat bertemu Mr. Rightnya. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hari ini saya mahu jadi Dr.Love. Cewah!

OK, mula-mula sekali dalam misi mencari Mr. Right, akak eh..eh Dr. Love sarankan agar Mas hendaklah mencari kawan seramai mungkin. Kemudian dalam ramai-ramai tu pilihlah saja satu yang sesuai. Macamana nak kumpul calon ramai-ramai nih? Weh, apalah susah sangat, facebook kan ada.

Amboi, amboi Dr. Love…..senangnya cakap ….. tetapi realiti tidaklah semudah itu, bukan? Dr. Love, sila letak jawatan!

Bagi sesetengah orang, mencari jodoh yang tepat lebih sukar daripada menduduki ujian kelas memandu treler, lebih susah daripada menjawab soalan Financial Accounting atau mungkin lebih payah daripada apply contact lens for the first time. Hahaha saya la tu. Ingat dulu pertama kali mengenakan lens memang pengalaman perit yang tidak dapat dilupakan. Hampir dua jam mengadap cermin dengan air mata bercucuran di pipi. Cuba untuk tidak berputus asa. Masukkan perlahan-lahan. Yes, yes Malaysia boleh. Ok, fine dah masuk. Alamak lens jatuh atas karpet berdebu pulak. Cuba lagi berkali-kali. Payahnya. Hmm... situasi kritikal yang sangat-sangat menguji kesetiaan. Eh, relevan ke cerita contact lens nih? Huh, melalut lagi!

Sat, sat…..ada orang nelefon!

*

*

*

*

*

*

*

*

Bersambung daaa………………….

20 ulasan:

Fathiha Zainal berkata...

Aisehhh.. To be cont la pulak.. Ep akan dtg ble plak ni??? Hihi!

Quote psl cari mr rite
How are u going to find ur mr rite, if u keep dating the wrong guy?

Tp, mslhnye, cmne nk tau org tu mr rite or mr wrong??? Uhuk!

So Shy Lady berkata...

Thiha: hahaha...klau rating tinggi, producer ada cukup bajet n tv3 bg green light maka episod sterusnya akan mnyusul kmudian heheh

sgala psoalan tsebut akan cuba dikupas oleh dr love dlm episod akn dtg, ok! heheh

MamaYatie berkata...

kalo lah semua org jujur dlm dunia ni..senang nak cari mr.right kan..sekali screen jer dah tau sesuai ker tidak..hehe

So Shy Lady berkata...

Mama Yatie: inilah cabaran di akhir zaman, mncari yg bnar2 jujur n ikhlas umpama mncari cincin yang tjatuh ke dalam loji kumbahan. murid2 jgn guna perumpamaan ini, cipta sendiri heheh.

qaseh johanna berkata...

http://qasehdindakanda.blogspot.com/2011/02/contest-si-manis-berbaju-kurung.html

kene tag lg..kali ni msti join..

Mamma berkata...

ape takdek shoutbox..ke memamng tak de eh eh
kekekeke
lama x dtg ..masuk kat komen je ha..
No komen yang kat atas tu boleh??? hehehhe

So Shy Lady berkata...

qaseh: yg lepas blum settle lg hehehe....byk gambar tak manis2 lah... yg bucuk masam byk lah kuikuikui


mamma:shout je kat sini mamma. ari tu ms nk baiki rumah tdelete plak...heheh

Hanis MY berkata...

lorhhh bersambung ke? hadoii hik2 sabar menanti salam kenal sy folo sini...

Asrul "iLham" Sany berkata...

bagi sy personaliti lg penting dri rupe...

;D

So Shy Lady berkata...

Hanis MY: hi, salam knal thanx folo...sabar ye, dr love pasti akan kmbali...heheh

Asrul: absolutely. hubby akak pun tak handsome hahaha

Mah@mahu berkata...

Susah sekrang mencari lelaki maskulin knp yer ada kat sini ker... mcm mana ciri2 lelaki maskulin bagi anda..

Dinas Aldi berkata...

terima kasih sudi follow blog akak!

akak ni 38 tahun, memang anak dara tua & akak ok with it. takda sedih2 pasal hal tu. i love my life. kalau ada jodoh, kawin. kalau takda, redha sajalah. hidup mesti happy :D

Hanis Azla berkata...

pasal jodoh ni susah nak cakapkan.. org cantik pun ada juga yg berat jodohnya.. jd maknanya paras rupa bukanlah ukuran utk seseorang mendapat jodoh.. kdg2 terlalu memilih pun boleh menjadi sebab tak bertemu jodoh juga kan..

So Shy Lady berkata...

Mah@mahu: maskulin/macho mrujuk kpd pnampilan fizikal ssorg lelaki: KEMAS+KUALITI+TULEN

heheh ttarik kpd llaki maskulin kah?
Paling utama slidiklah solatnya dahulu..;D


Dinas: Pjalanan hidup kita sudah ditetapkn olehNya. stiap kjadian itu ada hikmahnya cuma akal kita saja yg tidak mampu mengetahui rahsia Tuhan..BAHAGIA itu ada d mn2, kak ;D

So Shy Lady berkata...

Hanis: ada byk faktor yg mpengaruhi proses ...haisyh, mcm jawab soalan geografi lah plak.
akak pun kawin pd usia yg agak lewat juga sbab... maklom la ramai sgt yg masuk mminang smpai t.tau nak pilih yg mn 1 hahaha pnipu. kisah dongeng!!! sila jgn pcaya

kdg2 gangguan saka juga mnjadi pnyebab ssorg lmbat btemu jodoh

Adzriel AB berkata...

ha..ha..suspen je kan!

So Shy Lady berkata...

Adzriel AB: suspen nih....adakah anda mr right? heheh.. sabar ye...nk cari ide dlu

whitecappuccino berkata...

mencari insan yg benar2 ikhlas memang susah..

So Shy Lady berkata...

whitecappuccino: stuju2...la ni mcari lelaki yg bnar2 bkualiti agak susah skit....

Amiizaa2001 berkata...

tiada kata2 indah
hanya mampu tersenyum:):)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...