Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Februari 22, 2011

Sejenak Bersama Saya……

Hari ini anda semua akan disajikan dengan kisah ‘Sejenak Bersama So Shy Lady Membuat Pemeriksaan Mata ’. Ceh, bunyi macam gempak padahal cuma nak update kehidupan saya yang berlaku last weekend aje... hahaha.

Sebenarnya entri hari ini adalah rentetan daripada entri hari itu....

Ingat tak perihal saya terkena sindrom dulu? Tak ingat? Tak ingat tak pe la saya pahammm...heheh. Hari tu kan, saya beria-ia kata nak cuba pati prune Innershine tapi sebenarnya sampai ke la ni saya belum membelinya lagi.

En.HB (bukan HeartBeat) kata better saya pergi buat pemeriksaan mata dululah mungkin power dah naik kot. Ni kes BW tak hengat la ni sampai letih lesu biji mata saya dibuatnya. Tapikan, memang dah dekat 2 tahun dah saya tak pergi check mata lagipun. OMG Ya Tuhan, ye lah baru saya ingat. So hari Sabtu lepas saya pun pergilah ke satu optical shop to check my eyes.

 

   nokiafeb11 081                  

  Ini lah dia kedainya. Wow, ada promotion la. Gambar disnap oleh Along....boleh tahan.

 

nokiafeb11 039

Mula-mula check mata kanan, lepas tu check mata kiri. Hahaha....detailnya explain. Hmmm...dah agak dah. Agak sedih juga sebab power saya zassss.....melonjak naik di papan utama. Patutnya bila usia dah lanjut, power semakin menurun....kata anonymous.

 

 

nokiafeb11 053

Selesai check, maka saya disuruh pula untuk memilih bingkai cermin kesukaan. Alahai, mana satu nak ni? Oh, well, wanita vogue macam saya ini sudah tentulah inginkan yang nampak glam dan sophisticated. Chait! Sape-sape rasa nak muntah, silalah muntah atas riba masing-masing, ya.

 

 nokiafeb11 046 

Kusyuk

 

nokiafeb11 047

Syhhh jangan kacau...Anak-anak pergi main jauh-jauh!

 

nokiafeb11 040

Yang mana satukah idaman qalbu? Isyh, isyh rambang mata pulak dah! Cak klepuk klepuk klepa.......

 

        nokiafeb11 044   

          nokiafeb11 051  

Ok tak, yang ni?

 

Memandangkan ada promosi - mana-mana pelanggan yang menderma kepada Tabung Persatuan Bulan Sabit Merah akan dapat satu lagi spec percuma wah, apalagi....maka saya pun tidak sesekali melepaskan peluang keemasan tersebut. Jadi sekarang saya ada dua specs, 1 untuk window shopping manakala 1 lagi bolehlah saya guna untuk blogwalking heheh......

Ketika sedang sibuk mengisi borang maklumat, rupa-rupanya model-model tetap saya juga sedang sibuk beraksi sesama mereka. Lihat....

 

nokiafeb11 052

Let me teach you how to calculate total cost…

 

    nokiafeb11 084   

Nyanyah si shy shy cat

 

nokiafeb11 059

Along si photographer ni pun sibuk nak menerai jugak!

   

Selepas selesai segala urusan, kami pun baliklah  ke rumah……. hahaha tak ke comel ayat nih?! Macam karangan Along.

Kalau tak selitkan info ini rasanya tak sempurna pulak entry saya hari ini. Eceh...Baiklah, setelah tercampak ke dalam permasalahan mata dan saya pasti antara faktor penyumbang kepada permasalahan ini tak lain tak bukan adalah disebabkan oleh penyakit yang banyak dihidapi oleh ramai penggila komputer di era digital ini iaitu Computer Vision Syndrome. Jadi kini saya akan kongsikan dengan anda semua cara-cara untuk mengelakkan diri daripada jangkitan sindrom tersebut.

Setkan dalam minda masing-masing – blogging, blogging jugak tapi kesihatan anggota badan kita pun nak kena jaga jugak, ya!

-Sebelum terjadi ketegangan pada mata, pastikan keadaan pencahayaan cukup optimal di kawasan kerja kita.

-Breaks are important! Berhentilah beberapa minit setelah 1 jam di depan skrin. Jangan berlama-lama di depan komputer kalau memang kerja terpenting kita sudah selesai. Offkan komputer dan pergi buat kerja lain dahulu. Ingat weh So Shy Lady kalau dah siap kerja jangan ngada-ngada layan Youtube pulak.

-Buat beberapa latihan sederhana pada mata. Latihan ini memerlukan sekurang-kurangnya setengah jam dan kita digalakkan membuatnya secara berterusan.

  • Duduk atau berbaring dengan posisi relaks, gosokkan kedua tapak tangan bersama-sama selama beberapa saat kemudian tutup mata. Letakkan tapak tangan dekat mata tetapi tidak menyentuh mata.
  • Duduk selama sekitar dua minit, kita akan mulai melihat kegelapan yang akan memberikan terapi pada mata.
  • Pejamkan mata selama 3-5 saat kemudian buka kembali selama 3-5 saat. Ulangi langkah ini beberapa kali.

Dan banyak lagi tips-tips penjagaan mata boleh diperolehi dari sini!

 

nokiafeb11 133

Spec baru kiterrr…..ngada-ngada, takde la sophisticated mana ponnnn Smile with tongue out

 

Today’s Lesson:

Mata adalah anggota badan yang yang sangat-sangat bernilai dalam kehidupan. So marilah kita jaga anugerah Ilahi ini baik-baik!

 

 

Caucincau!

 

 

10 ulasan:

MummyEcha berkata...

aduh saya pun dah lama x jengah kedai spek..rasa2nyer power spek yang ada pun kena tambah hihihihi....neway,latihan untuk mata tu nanti bleh saya praktikkan...good info :)

sayangsayangibu berkata...

hehehe...cantik cute..
muka saling iras macam kawan baik akak.. ;p

So Shy Lady berkata...

mummy Echa: yep, jgn lupa rehat sebentar dengan kinder bueno ;)

zawani berkata...

saya berkenan sangat dengan spec anak lelaki akak pakai... cun tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

So Shy Lady berkata...

sayangsayangibu: sape? saya ke? heheh...anonymous kata dalam dunia ni ada 7 org s iras dgn kita, kannn

wani:ahaks...nampak genius lah tuuuu, kononnya ;D

whitecappuccino berkata...

Wah2!! dapat spek baru la dia..comey2! kaknor mata rabun jugak! tak pakai spek tak nampak apa lorr..

cemomoi berkata...

spek tu ok dahh.. yang kureng 'OMG' tu, eeelok juga tuko pada yang bila disebut terus je dapat pahala gitu

So Shy Lady berkata...

whitecappuccino: hahaha...sy pun kdg2 mls nk pkai spek, jln t.pndang org. lpas tu rmai yg kt sy sombong huhuhu

cemomoi: hmmm....skadar gaya bhs kreatif shj! Sebagai seorang Islam, sudah tentu Oh My God (OMG) atau dalam BM Ya Tuhanku kedua2nya mrujuk kpd ALLAH YANG SATU. Maksudnya tetap sama cuma dalam bahasa yg bbeza.

Don worry, ms bukak laptop tadi pun sy mulakn dgn ucapan bismillah dulu...tapi t.perlulah saya catat dlm blog ;D

Hanis Azla berkata...

tips yg baik ni.. Thanks yer berkongsi di sini.. sesuailah spek tu dengan muka awak.. cantik..

whitecappuccino berkata...

ada tag untuk sis..tq
http://whitecappuccinol.blogspot.com/2011/02/jom-join-bloglist-pak-cek-biola.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...