Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Rabu, Februari 16, 2011

Mencari Mr. Right Lagi

Kalau nak baca entri ni, kena baca  yang ni dulu, faham?! Sape-sape tak ikut arahan, kena potong markah!!!Angry smile 

Hahaha...garangnya.  

Dah seminggu blog ni tak berupdate. Bukannya malas tapi saya tersangat bizi. Maaflah ya  buat  mereka yang ternanti-nanti akan sambungan entri lepas. Tiba-tiba sahaja muncul kerja bertubi-tubi tiada henti. Eh, sepatutnya sekarang ni pun saya kena tolong En. Hubby siapkan assignment dia juga, tau. Oklah  saya taip cepat-cepat nih.

Sambung kat mana hari tu?

*

*

*

*
Masih berkisar lagi tentang soal mencari jodoh. Hmm...sebenarnya saya pun kurang pasti ciri-ciri lelaki idaman gadis zaman sekarang. Maklom la, dunia kini semakin berubah dengan penguasaan teknologi yang canggih maka taste mereka dalam memilih jodoh juga mungkin sudah semakin canggih. Saya ada bertanyakan Cik Mas bagaimanakah ciri-ciri Mr. Right yang dia impikan. Apakah dia mendambakan seorang lelaki setampan budak kat bawah ni? 

 

 

.... atau yang hebat bersukan seperti budak ni? 

 

 

…......atau elok agamanya seperti budak ni? Aikk, dia ni lagiiiii…

 

….atau yang hormat orang tua seperti dia ni? Haisyh, takde gambar budak lain dah ke?

 

Ok, Ok lah saya gugel gambar orang lain la pulak…..

 

Atau mungkin ramai yang mendambakan jejaka yang tinggi keintelektualannya hingga mencecah angkasa seperti doktor hensem ni?

 

…..atau mungkin juga ada yang mahukan jejaka soleh seperti imam muda? Eh, eh….akak pun su…! Epp… Gedik. Amaran: Wahai makcik blog kalau tak nak kena lempang duk diam-diam, ye! Ye laaaa…..Embarrassed smile

 

... atau mungkinkah yang kaya-raya  harta bertimbun seperti budak jejaka sweet ini? Hahaha….shut up.

 

 

Jadi, ciri-ciri mana satukah yang menjadi pilihan utama? Bila diajukan pertanyaan ini kepada Mas, pengsan sekejap bila dia jawab “Saya nak yang ada semua sekali.”  What the…? Isyh…isyh…Hai, demandnya hang ni patut la ______________. Isi  tempat kosong tu sendiri.  

Pada pendapat akak, di akhir zaman ni rasanya cuma ada 1% saja lelaki sempurna yang mempunyai kesemua ciri-ciri tersebut . Oppss....tak, 5%. Up sikit hehehe. Wei, sukahati je letak statistik.

Forget about that. Kalau ikutkan hati memang semua perempuan inginkan pasangan yang serba-serbi hebat bukan? Tapi Mas, kita kenalah berpijak di bumi yang nyata.……

First and foremost, perkara paling penting sekali dalam usaha mencari Mr. Right ialah to be Ms. Right yourself. Kita asyik duk fikir nak lelaki yang serba-serbi sempurna walhal diri kita pun bukanlah sempurna mana pun. Macam artis wanita Malaysia bila ditanya ciri-ciri lelaki idaman mereka of course nak yang beriman tetapi diri sendiri pun tidak berusaha menonjolkan diri dengan ciri-ciri iman  -  tidak malu mendedahkan aurat, meneguk air syaitan, peluk anjing erkk, clubbing, berposing dengan aksi……OMG n bla bli blu.

Finding the right man is not going to change you into a better person than you already are. Kalau anda seorang tahi hidung masin, mencari pasangan yang pemurah bukanlah jalan penyelesaiannya. Anda kena belajar bagaimana untuk mengubah diri sendiri menjadi pemurah. Faham tak?

Bagaimana menjadi Ms. Right? Carilah role model wanita yang anda admire. Macam saya yang agak susah nak sayang orang, dulunya tak reti nak senyum nampak macam sombong eheh, lepas tu suka sangat mengkritik macamlah diri tu sempurna sangat, huh. Lepas tu sangat berlagak, aksyen, tak fikir perasaan orang, bongkak, perilaku menyakitkan, perompak, pengganas, pisau cukur, pisau lipat.... Amboii, teruknya saya ni macam watak penjahat dalam drama sinetron la pulak. Makanya saya jadikan guru saya sebagai role model - Cikgu BM semasa di MRSM dulu orangnya cukup penyayang, wajah yang sentiasa terukir senyuman cantik berseri umpama lampu chandelier dan berpersonaliti menarik. Berada hampir dengannya cukup terasa selamat kerana aura penyayangnya ikhlas dan tersangat magnet. Dalam meniti usia, I learnt how to be interesting, kind and caring. I tried to work hard at changing my character defects. Eh, hello.....Why you focus to yourself? Ini bukannya karangan AKU SUDAH BERUBAH JADI BANDUAN BAIK, wei.  Laaa….sori! Saya melalut lagi. Dah sampai ke Lautan  Hindi kita rupanya!

OK, secara ringkasnya Mas, hang kena jadi Miss Right dulu sebelum mencari Mr.Right. Belajar banyak benda-benda positif. Learn to be happy with yourself, first. Hang hanya akan bahagia dalam perhubungan kelak jika dalaman hang juga bahagia. Hiasilah diri dengan ciri-ciri lampu chandelier kerana aura yang menarik boleh menarik perhatian Mr. Right yang sejati. Tidak mustahil, bukan.

Ok, persoalan lain ialah kenapa kita asyik berjumpa Mr. Wong Mr. Wrong?  Adakah lelaki bertitle Mr. Right juga sudah menerima nasib sama dengan Saltasaurus yang pupus dari dunia ini? Untuk mengetahui jawapannya, jeng jeng jeng……. ikutilah  episod akan datang sebab  alamak, nak kena sambung buat kerjalah pulak huhuhu….Haisyh, tak tahu la nak sambung cerita ni sampai berapa episod. Gilalah Doctor Love nih. Hahaha…

 

Caucincau!

22 ulasan:

Sasa Al-Sharif berkata...

err.. nak cerita pasal Ms.Right

cemomoi berkata...

jangan cari macam saya, cari le saya (bujang 3) heee

So Shy Lady berkata...

Sasa Al Shariff: heheh, sama juga kekdahnye dik!

cemomoi: amboi2 si bujang 3 tuuuu...report kang! ;D

makdara TERdiva berkata...

saya teringat kata2 si dia.."saya mencari wanita yg taat" :D

Piasara berkata...

Kwang3...akk dulu dok tunggu gak mr.right...last2 dapat la yg ala2 kadar je..apa pon alhamdulillah..

So Shy Lady berkata...

makdara TERdiva: apa2 pun agamalah yg teratas. klau nk psgn yg taat, empunya diri pun knalah taat jg...;D


Piasara: kwang3 agaknye mr right akak dlu mesti hensem kan kuikuikui. jodoh ptemuan ktentuan tuhan alhamdulillah

Ati Masrif berkata...

kalau utk anak kak ati

nak pilih imam muda lah...hihi



Jom baca: Tag Dari Tok Dukun

So Shy Lady berkata...

Ati Masrif: dah baca ;D nice! haha lama nk kna tunggu tu...

Hanis Azla berkata...

bak kat ustaz kat tv pagi tadi, sebelum kita nak cari yang sempurna, diri sendiri kena sempurna dulu.. Kemudian barulah berjumpa pasangan yg sempurna tu.. Pada akak yg sempurna tak semestinya yg terbaik.. kdg2 yg biasa2 pun boleh mambahagiakan kita kan.. terlalu memilih pun payah juga kan..

Hanis MY berkata...

huwaaa..pengsan! hehe apapun sema mahukan jodoh yg terbaik kan... hanya Dia yang maha mengetahui dan menentukan segalanya...

Dinas Aldi berkata...

betul tu, bagaimana nak mengharapkan pasangan yg sempurna & ada segalanya sedangkan diri sendiri pun penuh dengan ketidaksempurnaan & kelemahan :)

So Shy Lady berkata...

Hanis Azla: stuju2 sgt...yg smpurna t.smestinya tbaik utk kita huhuhu eh eh ternangis plak.
banyak tawakkal pd tuhan, pasti ada petunjuk drNya

Hanis MY: haha jgn pengsan, kan dah ada mr right ;) sama2 comel lg tu heheh

Dinas Aldi: btul, renung-renungkan lah....

whitecappuccino berkata...

betul tu..semua nak yg terbaik..diri kena terbaik jugak.

Mah@mahu berkata...

amboi mr right.. bukan main lagi hehehe nak yg terbaik dari ladang...

Miecyber berkata...

Ajal dan jodoh Allah tentukan...

Simpanan Minyak Di Venezuela Terbesar Di Dunia

So Shy Lady berkata...

whitecappuccino: yep, kena slalu muhasah diri, cari kkurangan n pbaiki diri...;D

Mah@mahu: hehehe tbaik punya! mcari yg tbaik utk dunia n akhiraaaat..


Miecyber: btul2 n kenalah juga b usaha. Doa juga salah satu dr usaha...doa byk2 :)

cik puan akish berkata...

hye shy lady!!!

tak menahan tk fahmi...

naseb ai dah kawen tau..

=D

So Shy Lady berkata...

cik puan akish: kuikuikui mcm hero drama korea.. sib baik dh bpunya, kannn...;D

Asrul "iLham" Sany berkata...

mr right ada kat sebelah kanan tu..

;D

So Shy Lady berkata...

Asrul: ehemmmmmm....wahai anak2 dara skalian, watduyuting? ;))

MataHati @ MH berkata...

cari ler yg mcm imam muda.. sejuk mata memandang..

aik!! lom jumpa mr right ke?

So Shy Lady berkata...

MataHati: itulah yg tbaik...bila smpurna agama, insyaAllah akn smpurnalah jg yg lain.

Ahaks....bukan utk akak la, dik! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...