Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Februari 01, 2011

Apa yang Kecoh-kecoh Di Mesir Tu?

Tanya seorang perempuan kepada pasangannya. Setelah melihat muka blurr perempuan itu seperti mendambakan sedas penampar Jepun, maka pasangannya  pun mulalah explain tentang apa yang sebenarnya terjadi   - revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubaraklah.

Dan sebenarnya akulah perempuan itu. Sad smile

Ya Allah, haisyh…teruk betul saya ni. Betul-betul ketinggalan keretapi.

Saya agak busy kebelakangan ini, suratkhabar pun tak sempat nak baca sampaikan perihal berita dunia paling penting ni pun saya kurang mengetahuinya. Ingatkan demontrasi biasa-biasa aje…  tak sangka pula kini sudah sebegitu tenat. Tetapi sekarang saya sudah faham dan  tidak blur lagi.  Aduh, bila dah tahu cerita sebenar rasa cemaslah pulak.  Rasa cukup seriau kalau baca bab-bab pertumpahan darah ni. Kalau dilihat melalui gambar-gambar yang tersiar, bumi Mesir dah kelihatan macam medan peperangan dah.

Mari kita saksikan gambar yang penuh mendebarkan sekitar Perhimpunan Rakyat Mesir Membuat Demotrasi Besar-besaran tersebut.

 

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-2

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-3 

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-6 

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-7

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-11

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-8

Gambar-Perkembangan-Terbaru-Krisis-Perhimpunan-1-Juta-di-Mesir-1

 

Berita terkini juga menyatakan anggota keluarga Mubarak telah melarikan diri. Susan Mubarak, isteri Presiden Mesir dan Gamal Mubarak yang menurut perancangan akan menggantikan jabatan ayahnya itu juga telah meninggalkan Cairo menuju ke London.

 

 

Haisyh….sangat-sangat mencemaskan.

Tiada apa yang mampu kita lakukan di sini melainkan sama-samalah kita berdoa agar krisis tersebut tidak terus berlarutan dan diharapkan ada jalan penyelesaiannya. Mudah-mudahan peradaban Islam tetap terpelihara dan paling utama keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana  tetap terjamin!!  Moga kejayaan mengiringi rakyat Mesir...seterusnya membantu mengurangkan sedikit-sebanyak kesusahan yang ditanggung saudara-saudara kita di Palestine.

Amin..

6 ulasan:

Lady Lavender berkata...

saya ada jugak tengok kat channel BBC news. Kesian kann..

So Shy Lady berkata...

Lady Lavender: ye lah, geram sgt kat hosni mubarak tu, gila kuasa btul! Degil!

Kabutar Diesel berkata...

betul2..gila kuasa..dan sekutu rapat israel juga

So Shy Lady berkata...

KD: Skrg padan muka dia! what u give u get back. Israel pun dah glabah!!

Asrul "iLham" Sany berkata...

agak clueless dgn berita2 masa kini, sebab agak sibuk dgn keje...

So Shy Lady berkata...

Asrul: akak pun mula-mula blur jugak tapi skrg dah faham sket2 :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...