Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Januari 17, 2011

Sindrom Sedang Ingin Bercinta

Saya mempunyai masalah perasaan dengan kaum Adam.... masalah saya ialah terlalu mudah jatuh cinta. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya mudah sangat jatuh cinta. Setiap kali terserempak atau terjumpa dengan lelaki kacak, mesti hati saya berdebar-debar..... Tatkala terpandang si dia, dada pantas berdegup laju. Serasa jantung mahu keluar dari dada dan di saat itu juga rasanya ada getaran arus elektrik yang menjadikan tubuh saya bergetar. Dari mata turun ke hati, siang dan malam asyik terbayang-bayang wajah si dia. Saya mengakui belum pernah lagi bercinta dan terlalu ingin merasai perasaan bercinta. Ya, Saya ingin sekali bercinta! Desperatekah saya? 

 

gambar lelaki kacak
 

Begitulah luahan hati seorang gadis dalam satu ruangan forum. Alahai.....
Perhatian : Jika anda jatuh cinta kepada seseorang, pasti yang berdebar-debar kencang itu adalah jantung, bukannya hati.

Ok, kita tinggalkan masalah gadis tersebut dan marilah kita ikuti masalah saya pula.

Beberapa bulan yang lalu, saya juga telah mengalami satu perasaan yang sangat pelik...lebih kurang sama seperti dialami oleh gadis tersebut. Dada saya sering berdebar-debar kencang. OMG! Bukan setakat lelaki kacak, nampak pakcik tua, kucing lalu-lalang atau tengok budak tengah lap hingus  pun dada saya tiba-tiba pantas berdegup laju. Apasal entah! Aneh sungguh. Mengapa? Mengapa? Mengapa? Adakah saya juga telah terkena sindrom sedang ingin bercinta? Miang. Sambar petir, kang. Mana mungkin...saya kan sudah berpunya....
Oh, please stop it! Saya sudah tidak tertahan lagi menanggung kekeliruan itu. Untuk meleraikan perasaan luar biasa itu lalu saya memutuskan untuk berjumpa doktor pakar cinta.
Saya ke sebuah pusat perubatan swasta buat love screening. Sangat teruja untuk mengetahui adakah saya in love, eh..eh? Atau adakah saya mengalami .....? Please doctor, help me!! Risau dan konfius dah nih! 

 
19052010359
Tengah berkawad cari pintu masuk hospital. Nyanyah cuba candid. Aikk, apesal ibu nampak slim berbanding original nih?!! See... Hairannye…
 

Saya memutuskan untuk buat pemeriksaan menyeluruh agar mendapat keputusan yang lebih efisyen.

 

Buat  Xray. Ok lulus…..takde susuk.
 
191220101246
Check tulang ……… lulus tapi atas pagar. Banyakkan exercise.
 
 
 Mammogram……belum cukup umur lagi, buat ultra sound saja. Gambar google
 
 

Ujian pap smear juga lulus. Gambar en google
 
 
Full blood count, liver and renal function test, lipid profile,  diabetic screen, rheumatoid studies, tumour, thyroid and bla bla bla semua lulus…… Alhamdulillah…..
Kemudian, menunggu untuk buat stress test pulak.
 
 
                                
19052010339

Lama tunggu....dah bermisai berjanggut dah ni. Kita cheese cheese dululah.
 
 
 
  19052010340     
 
         19052010341 
Kesian model-model tetap saya sudah kehabisan gaya berposing. Muka dah boring dah. Anak-anak, turun ke kafe dululah! 


19052010352
  19052010356


Sementara model-model tetap di kafe, saya pula tetap setia menunggu dan……………….

Aduhh...debaran di dada saya menyerang lagi seolah-olah …oh, apakah?  Adakah ia memberi satu petanda saya bakal bertemu lelaki kacak nanti?  Suspen. Adoi la, mental disorder ko apo makcik blogger nih?! Betapa tak senonohnya daya imaginasi dia tu, kan…huh!

“Madam So Shy Lady (bukan nama sebenar)!!!!!” Tiba-tiba suara laungan nurse mematikan lamunan tak sentel saya tadi.  Maka tibalah masanya untuk saya  membuat  stress test pula. Hasilnya lulus cuma……….

Seperti yang dijangka, nurse terkejut beruk tengok bacaan degupan jantung saya. Mak aiii...laju semacam. BP okey je!

Si adik nurse yang peramah tu interview macam-macam.
“Degupan jantung akak cepat betul. Kenapa kak? Adakah akak sedang ingin jatuh cinta atau mungkinkah akak baru terserempak dengan lelaki kacak?” Soalnya dengan muka berkerut.

Eeeh! Tak....tipu! Soalan cipta sendiri. Sebenarnya nurse tu tanya macam ni..............

“Degupan jantung akak cepat betul. Kenapa, kak? Akak stress ke?”
“ Entahlah, dik.......akak happy je sokmo! Cuma lately akak perasan dada asyik berdebar-debar sahaja walaupun dalam keadaan relaks. Tengok cerita Spongebob pun dada akak berdebar-debar, pelik betul. Ni yang akak risau dan terus datang buat check up.”
“Ye ke....”

Kemudian dia sentuh pasal my eating habit.

“Prok prak prok prek prok prak prek......” Jelas saya dengan panjang lebar.
“Oooo..patut la. Sebenarnya, akak tiada apa-apa penyakit yang serius cuma akak kurang mengamalkan pengambilan makanan seimbang dalam diet harian.”

Si adik nurse beri beberapa tips untuk kurangkan debaran yang berlebihan yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

“Mula-mula akak kena kurangkan minum kopi.”
“ Apa? Oh,heIp!!!! Susah tu….I think I m d coffee zombie la, dik!”
“ Kafien yg berlebihan dalam tubuh boleh berkumpul di sistem saraf hingga buat kita mudah gelisah, panik atau cemas. Lama-lama ia boleh mengganggu sistem jantung.”
“Kedua, akak jangan biarkan perut kosong. Tak elok....isi perut dengan makanan berkarbohidrat nasi ke, bijirin ke. karbohidrat ada zat yang menenangkan.”
“Akak juga kena banyak minum air kosong. Dehidrasi juga boleh buat kita cepat rasa cemas.”
“One more thing, bersenam. Akak kena banyak bergerak supaya otot menjadi lebih relaks. Banyakkan buat exercise.”

Dan macam-macam lagi lecture adik nurse tu yang saya rasa berjela-jela kalu nok tulih! Anyway, tengkiu tengkiu tengkiu dik lupa la nama dia….for your kind info. Doktor pun tak prihatin macam awak tau! Ooo...lagu tu ceritanya. Rupa-rupanya debaran berlebihan yang saya alami selama ini bukan petanda saya sedang ingin jatuh cinta, cheese keju.
 
Tidak lama kemudian saya mengikuti sesi konsultansi dengan doktor pula. Menurut doktor secara keseluruhannya saya tidak mengalami apa-apa penyakit berbahaya, cuma kena banyakkan exercise. Mungkin doktor tu kepenatan kut dia buat review ala kadar aje. Dah selesai  kami pun balik……..

 
19052010354

Today s lesson
Siapa lagi yang nak jaga tubuh badan kita kalau bukan diri kita sendiri, betul tak?! So......kaum wanita elok sesangat buat pemeriksaan berkala di hospital untuk mencegah dan mengesan penyakit yang berbahaya especially penyakit yang membunuh dalam senyap. Mencegah lebih baik dari merawat....ingat tu! Kalau anggota badan mengalami gejala luar biasa contohnya macam perempuan kat atas tu yang mengalami debaran berlebihan jangan pula duk perasan anda di alam percintaan. Jangan bertangguh,cepat-cepatlah buat pemeriksaan di hospital untuk mengesan sebarang penyakit kronik.
Selain itu, kurangkanlah mengambil minuman kopi segera 3 dalam 1 kerana ia boleh menjejaskan kesihatan.

TAMAT. Eh..eh belum.
 
On the way balik, singgah makan nasi beriani di restoran kegemaran. Sebab doktor pakar cinta kata saya sihat, so bolehlah saya melantak dengan penuh perasaan.
Hek eleh...Konon nak tiru blogger lain tempek gambar makanan sedap tetapi sorry la...tak senonoh sikit sebab kami semua dah kelaparan yang teramat sangat. See... darjah kelaparan kami boleh diukur berdasarkan bilangan kuah yang menitik di sana sini dan sudu yang berterbangan entah ke mana.  

 
19052010362
Ni sebenarnya gambar ayam masak merah…..aiyyakkk

19052010363
Ni pula gambar daging masak beriani…..aiyyakkkk

19052010366
Aiyakkk….budak pembenci nasi tiba-tiba makan nasi? Hairan………….

19052010373
Tak habis-habis dengan isyarat keamanan……….




Itu jelah yang berjaya dirakam. So begitulah kesudahannya kisah dongeng sedang ingin jatuh cinta saya tu. Macam tajuk lagu Indon, kan…hahaha….tetapi janganlah pula ambil serius dengan tajuk di atas  ye kerana ia sekadar jenaka penyedap cerita sahaja. TAMAT SETAMAT-TAMATNYA.



Caucincau!

22 ulasan:

MasZuber berkata...

hmm nie kene wat medical check neh..

slalu gak dada berdegup kencang..

wink wink*

shida anwar berkata...

hepy...hepy...moga diberikan Allah kesihatan yg baik sentiasa...marilah sama2 membedal apa saja...walaupun sy baru pas operate tp en/puan doctor ckp saya blh makan apa sahaja...huyey...

So Shy Lady berkata...

MasZuber:mcegah lbih baik dr mrawat....mcm akak yg dah tua ni every year dah wajib buat checkup...

mas kn kurangkn ambik kafien + mnum byk air!

shida: yesss...dr kata ok, apalagi bedal je la hahaha. take care ye!

mamasofea berkata...

hihihi..igt kan betollah ada doc pakar cinta tadi...

So Shy Lady berkata...

mamasofea: hahaha...metafora je tu...fahamkn?

SyidaGorjes berkata...

saya tak minum kopi sbb ada kefein.
saya tukar kpd milo+holik.

saya juga selalu nerves kalau nak pegi jumpa doc.

So Shy Lady berkata...

Syida: bagus, bagus. elakkanlah...akak pun dah stop minum nescafe. kafien boleh mngganggu pnyerapn kalsium dlm bdn

akak pun klau bleh t.nak jumpa dr tapi tpaksalah pgi jg utk monitor ksihtn

εïз mummyHaza εïз berkata...

Wah... kesihatan yg bagus... tahniah... saya as a nurse pun x check2 lagi kesihatan diri hikhikhik

So Shy Lady berkata...

mummyHaza: ye ke? hahaha.... saya pun mmang liat sgt2 nak pegi...asyik postphne jer. skrg ni dah siap ambik package lg so evry yer wajib check hahaha

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam shy lady..baguihnya jg kesihatan....sihat gitu!

So Shy Lady berkata...

k atie: salam kak, heheh sy ni kurang mnjaga sbnarnye... mkn pun main sumbat aje tp sbb kes dada bdebar tu buat sy panik n push diri utk pgi buat checkup

Asrul "iLham" Sany berkata...

selalu dup dap dup dap masa nak ambik result...;)

Mata Hati berkata...

comelnya putera dan puteri tu...
sayangi diri dengan menjaga kesihatan diri sebaiknya ;)

So Shy Lady berkata...

Asrul:tak perlu dupdap....bukan ke slalu mantain 3 pointer above....kan kan kan


Mata hati: thnx ya ;) Menjaga kesihatan itu sgt penting bagi memastikan hidup lebih ceria dan gembira...heheh akak tulis mcm jwp karangan upsr la pulak

Mamma berkata...

hahahaha dilamun cinta konon!!!!
penyakit makin tua la tu weh kekeke

So Shy Lady berkata...

Mamma: kuikuikui makcik tu tlebih perasan...apa nak buat...maaafkan lah dia kekeke

Wan Ryna berkata...

Hehe..kelakar bace entry nih..sy ni pon penggemar kopi jgk. Penah jgk rase berdebar semacam. Sbb tu skg dah kurang sket minum. dahla jenis takut sepital..muehehe..

So Shy Lady berkata...

Wan Ryna: boleh minum kopi biasa skali skala cuma better kurangkn mnum nescafe. akak pun t.suka g spital tp paksa diri jgk.... maklum la dah tua heheh

Fain berkata...

Cik kak oii, mmg kene jaga kesihatan.. Takut bila dgr org ada masalah kesihatan pd usia muda.. Nasib baik bole detect awal n badan bg symptom. Semoga akak sihat selalu.. Bole jaga anak n hubby..

nieda berkata...

bagus buat check up berkala. untuk kesihatan kita juga

So Shy Lady berkata...

Fain: u r right. mcegah lbih baik dr mrawat. akak skrg exercise hari2


nieda: smua puak kita kna rajin buat checkup. kalau ibu t.sihat, boleh huruhara satu rumah

cf-ipm berkata...

cantik anak sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...