Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Disember 30, 2010

Cerita Di Sebalik AFF Suzuki Cup

 

Stadium Gelora Bung Karno Seperti Mahu Berperang

Stadium Utama Gelora Bung Karno, tempat pelaksanaan final kedua Piala AFF 2010 mendapat penjagaan ketat dari pihak keselamatan.  Anggota keselamatan kelihatan berjaga di setiap penjuru. Tidak hanya itu, kenderaan water cannon, barakuda, kenderaan pengesan bom dan helikopter kelihatan mengawasi stadium. 

Hahaha…ntah apa-apa la diaorang nih! Ni sukan je la wehhhh! 

 

Pemain Malaysia Dikawal Ketat

Seluruh pasukan kesebelasan Malaysia berserta official diangkut dengan enam kenderaan jenis Barracuda dari Stadium Utama Gelora Bung Karno menuju Hotel Sultan, Jakarta Pusat, tempat mereka menginap. Enam kenderaan itu dikawal dua kereta pick up milik Polri yang mengangkut dua puluhan anggota Brimob lengkap dengan senjata api.

Perbuatan tidak terpuji kembali dilakukan penyokong Indonesia. Ratusan penyokong  yang menunggu  menghujat pasukan Malaysia ketika enam kenderaan itu keluar satu persatu.

Adoi la…macam gi Israel la pulak, Ganas la diorang nih! Syukurlah kita tak melayan warga pendatang mereka sedemikian rupa….

 

Lho, Juara AFF Keturunan Orang Indonesia

Nenek pemain pasukan Malaysia, Mahali Jazuli, yakni Hj Fatma (58), yang tinggal di Pulau Bawean, Kabupaten Gresik, Jawa Timur, mengaku rindukan cucunya dan berharap Mahali pulang ke kampung halaman setelah pertandingan laga final ke-2 Piala ASEAN Football Federation 2010 atau Piala AFF 2010.

"Anak saya masih bermukim di Selayang, Kuala Lumpur, Malaysia, sejak tahun 1980-an. Menantu saya bekerja sebagai buruh bangunan di Malaysia. Alhamdulillah, meskipun jarang pulang, mereka tetap kirim uang ke Bawean," katanya.

"Mahali sejak kecil sudah gemar bermain sepak bola. Bakatnya diturunkan dari ayahnya, bukan ibunya," katanya sambil menunjukkan foto kecil Mahali Jasuli bersama ayahnya di tengah lapangan sepak bola.

"Ya, sebagai warga negara Indonesia, saya mendukung Indonesia. Tetapi kalau sebagai nenek Mahali, ya mendukung Malaysia," ungkapnya.

Ia tidak berharap atau memaksa Mahali Jasuli menjadi pemain pasukan Indonesia.

"Terserah Mahali. Sebagai nenek yang baik, saya memberikan kebebasan sepenuhnya, apalagi Mahali Jasuli dilahirkan di Malaysia, bukan di Indonesia," ujarnya.

Senada dengan hal itu, Sahmawi (39), adik paman Mahali Jasuli, mengaku bahawa bakat yang diturunkan kepada Mahali Jasuli berasal dari keluarga laki-laki.

"Sebagian besar saudara laki-laki memang pandai bermain sepak bola. Sekarang turun ke Mahali Jazuli,"

Harap-harap mereka tak dakwa Upin & Ipin  tu mereka punya! Heheh

 

 

Kali Ini Pujian Rio Ferdinand buat Malaysia

Indonesia dua kali mendapat pujian dari Rio Ferdinand tatkala menjuarai pertandingan semifinal Piala AFF 2010. Ia pun sempat mendoakan pasukan Indonesia mampu meraih trofi tersebut menjelang pertandingan liga final kedua.

Namun, penyokong Indonesia kali ini harus berbesar hati karena pujian dari kapten dan defender Manchester United (MU) itu malam ini terpaksa bukan untuk Indonesia. Rio Ferdinand dengan terbuka memberikan selamat kepada pasukan Malaysia yang berhasil menjulang trofi Piala AFF 2010.

"Tahniah kepada Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya bermain melawan pasukan U-23 Malaysia 18 bulan lalu, pasukan yang sangat bagus," tulis Ferdinand dalam bahasa Inggeris di akun Twitter-nya, @rioferdy5.

Safee & Khairul Fahmi, I like!

 

Lemparan Botol Berkali-kali di Luar GBK

Botol-botol minuman air mineral berkali-kali melayang di luar stadium ketika pertandingan final kedua Piala AFF. Botol minuman itu dilemparkan para penyokong yang menonton bersama di layar besar.

Perbuatan tidak terpuji diperlihatkan penyokong Indonesia terhadap Malaysia. Mereka melempari layar berukuran 4 x 6 meter itu dengan botol ketika lagu kebangsaan Malaysia dikumandangkan. Begitu pula ketika kamera menyorot jurulatih pasukan Malaysia, Rajagopal.

Isyh isyh isyh….terlebih emo. Bawa mengucap bro!

 

 

Wuih, Ada "Spiderman" di GBK

Salah seorang suporter Indonesia melakukan aksi nekad saat menyaksikan pertandingan dengan duduk di besi atap stadium. Selintas tampak ia membawa bendera Merah Putih bertuliskan "4-0". Saat menyaksikan pertandingan, "Spiderman" tersebut berkali-kali mengibarkan benderanya.

Hmmm…tak siuman tuuu!

 

Laser No! Football Yes!

Sepanduk berbagai ukuran dibentangkan oleh puluhan penyokong Indonesia. Tulisan di sepanduk lebih banyak bernada kecaman terhadap Malaysia seperti "Tak ada tempat yang aman untuk timnas Malaysia di Jakarta" dan "Timnas kami dianiaya di Malaysia. Kami balas di Indonesia".

Ada pula yang menyindir jurulatih Malaysia Rajagopal, yang menjadi bahan ketawa. "Raja Gombal, di Jakarta kami hancurkan". Berdasarkan pantauan, hanya satu sepanduk yang tidak berbau provokatif, yakni "Laser no, football yes".

Alaa…rileks la bro, goal keeper kitaorang pun kena pancaran laser gak waktu perlawanan kumpulan dulu tapi kami diam tak kecoh ponnnnn! Janganlah terlalu bongkak dan sombong, Allah marah tau!

 

500 Suporter Malaysia Dikawal Rapi

"Kami sudah menyiapkan 1000 lembar tiket buat Malaysia. Namun, mereka hanya mempergunakan 500 lembar, sementara dari pihak kedutaan sebanyak 60-70 tiket," kata Besoes di Kantor PSSI.

“Penyokong Malaysia sendiri sempat mendapat ancaman dari penyokong Indonesia pada babak penyisihan lalu. Agar kejadian serupa tidak kembali terulang pada laga final kedua, para pendukung Malaysia akan mendapatkan pengawalan khusus.”

Kalau dah diancam sedemikian rupa orang terpaksa pikir 1000X nak pergi  stadium. Isyh isyh isyh… Kat Malaysia, orang Indonesia boleh menonton semeja dengan orang Malaysia kat kedai mamak!

 

Penyokong Robek "Bendera" Malaysia

Ilustrasi penyokong Indonesia

Puluhan penyokong dengan penuh emosi merobek bendera seraya mengeluarkan kalimat-kalimat hujatan seperti "Ganyang Malaysia" dan "Bantai Malaysia 5-1".

"Ini wujud spontanitas kami. Kami enggak mau Indonesia kalah," ungkap salah seorang penyokong.

Aksi provokatif yang cukup singkat ini dibiarkan tanpa pencegahan sama sekali oleh pihak yang menjaga sekitar stadium. 

Weh, janganlah bertindak melampau apalagi hanya kerana urusan pertandingan bola. Alhamdulillah supporter kita tak macam ni, kan! 

 

Sumber: Kompas.com

 

Today’s Lesson:

Adat pertandingan ada yang kalah, ada yang menang.  Walau apa pun, diakui Indonesia bermain cukup cemerlang semalam cuma nasib lebih berpihak kepada Malaysia. Terima sajalah dengan hati yang terbuka. Semangat kesukanan itulah yang sepatutnya ditonjolkan. Tahniah Harimau Malaya! Teruskan kecemerlangan anda. Esok cuti yeahhh!

 

 

Caucincau!

 

Isnin, Disember 27, 2010

Hoyyyerrr!!!

 

Puas betul menyaksikan perlawanan bola sepak AFF Suzuki Cup semalam. Bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, saya cuma tengok TV di rumah aje....Hahaha…. harimau belasah 3-0 ke atas garuda. Cayalah! Tahniah buat semua pemain, anda adalah wira negara dan layak dapat hadiah Suzuki Swift! Hahaha malulah juga pada diri sendiri sebab teruja lebih tetapi saya tak boleh tahanlah. Best sangat sokong negara sendiri!!

 

Aksi SAFEE SALI  menanduk masuk gol ketiga Malaysia

 

Sebenarnya saya tak jangka pun Malaysia boleh jaringkan sampai 3 gol sebab pada peringkat kumpulan sebelum ni dah kena belasah 5-1 tapi syukur nasib menyebelahi kita. Malaysia memang boleh!

Suka sangat-sangat tengok aksi berbahaya Safee, Asyaari, Kuna dan si pengantin baru Norshahrul. Sambil menonton tak sia-sia saya minum Milo pakai mug kaler biru hahaha!

 

101226193354

 

Yang tak seronoknya ketika masa kecederaan, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil dari Jepun sebaliknya berikan sepakan gol buat Indonesia. Apa daaa....

Lepas tu setiap kali Malaysia dapat sepakan percuma si Markus tu pulak asyik memprotes je kononnya diganggu oleh pancaran laser. Sebenarnya bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kekalahan mereka kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Apa-apa pun harap-harap Malaysia juga dapat ulangi kejayaan serupa di Jakarta nanti. Bayangkan jika pasukan Malaysia menang pada perlawanan akhir tu..... mahu tak runtuh Stadium Utama Gelora Bung Karno!

Sekali lagi tahniah Harimau Malaya! Roti canai 3 gado-gado 0. En. Hubby kata patutnya hari ni Malaysia cuti...kan! Ahaks... dasar pemalas! Misi belum selesai lagi laaa...

 

Caucincau!

 

 

 

 

 

 

 


Jumaat, Disember 24, 2010

Gambar Panas! OMG

Salam,

Sebenarnya hari ni saya nak cerita satu benda. Sesuatu yang agak personal tapi …adoi la…taip taip ...backspace, taip taip…..backspace.

Hmmm…entahlah, mentol atas kepala saya ni tak menyala la pulak. Ilham belum menjelma.

Selingan.

Sementara menunggu mentol menyala, jom kita layan satu gambar panas nih! Gambar artis bercium mulut, yu…aiyakkk!

Patutnya hari Jumaat orang buat entri ustazah ustazah gitu….Ni  bagi tajuk artikel daring! Sabar je la kan…

Kan dah cakap tadi, orang takde idea la…

Siapakah gerangan artis tersebut?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

lisasurihani

 
Apa? Si cantik manis come lote nih?!! Biar betul…tak sangka, bukan?…..Sila terkejut beruk semua!
Baiklah! Di bawah inilah gambar aksi cium mulut Lisa Surihani yang menggemparkan itu!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
lisa (Gambar) Aksi Panas Lisa Surihani Cium Mulut, OMG!
Credit: ohbulan!

Kuikuikui......

Ahaks…Super comel la Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha ni, kan! Tomey sangat-sangat. Suka betul gambar nih. Hehehe….. so so sweet.....adoi la….Tak baiknya saya ni, kan.

Ok lah. Stop. Kembali kepada cerita asal. Laa….apa tadi saya nak cerita  heh...? Lupa la plak. Ngok ngeknya.

Eh..eh..En.Hubby dah balik pulak. Lain kali lah kita story mory …….Sebelum berpisah, untuk tidak menghampakan anda-anda semua silalah layan gambar panas di bawah. Yang ni betul-betul panas nih tak tipu  punya…….heheh.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 

Caucincau!

Khamis, Disember 23, 2010

8 Fakta Tentang Darlee Zuris

Salam semua,

Saya sedang menyertai contest Darlee Zuris nie. Hope I’m lucky heheh. Antara syarat-syarat untuk menyertai contest ni ialah setiap peserta atau blogger diwajibkan menulis satu entri bertajuk 8 Fakta Tentang Darlee Zuris.  Sesiapa yang berminat, klik sini ya!

Ehem-ehem...hadiah yang ditawarkan cukup menarik tertarik semuanya. Antara hadiah yang paling kuidam-idamkan ialah…….

tatttadaaaa.....

 

 

Formal handbag from Piere Cardin + gelang mutiara Sabah

 

Nak! Nak! Nak!

Haha..amik ko! Eksaited sungguh. Dah lama tak tukar handbag teruja sangat-sangat nih! Cantik kan? Gelang tu pun sweet gak! Syoknya kalau dapat tayang kat jiran tetangga. Hek eleh, belum menang lagi dah berangan.

 

Okey la selepas dengan gigihnya membuat sedikit research berdasarkan entri-entri beliau yang terdahulu maka di bawah ini saya senaraikan 8 Fakta Tentang Darlee Zuris:-

 

1) Darlee Zuris adalah isteri kepada Mr.Sharil dan mempunyai seorang baby omey bernama Maya Kaleysha. Pasangan sama cantik sama chubby ni sudah melayari bahtera perkahwinan hampir 1 tahun 7 bulan.

 

2) Orangnya kecik come lote, time belajar dulu-dulu orang suka panggil dia budak kecik sampai junior pun panggil dia kakak kecik. Heheh, sama species la kita.

 

3) Oooo cik dik ni takut cicak rupanye.... ..geli kembang tengkuk suma katanya.... hahaha

 

4) Katanya dia kurang makan nasi untuk mengelakkan kemontelan. Weh, akak pun tengah belajar nak kurangkan makan jugak sebab perut dah boroi nih!

 

5) Zuris juga tidak sukakan perokok dan cuba sedaya upaya untuk melindungi si kecilnya dari asap rokok.

 

6) Zuris mempunyai adik-beradik yang handal membuat food carving and decoration. Memang cantik-cantik tak tau la diaorang belajar kat mana...

 

7) Kadang-kadang sampai tergelak sorang-sorang baca n3 pasal perangai si Zuris ni yang kadang-kadang suka merajuk kadang-kadang suka marah-marah. Yang selalu jadi mangsanya tak lain tak bukan Mr Bumblebee dia. Hihihi...eh, kadang-kadang dia ni jiwang gak orangnya.

 

8) Antara feveret Zuris ialah dia ni suka beno bershopping, patut la kepala Mr. Sharil botak….kesiannn…hahaha

 

Wokeh, dah cukup 8. Bagi lebih kang kena potong markah pulak. Harap-harap betul semua.  Kepada teman blogger yang lain jangan malu jangan segan, marilah  kita semua pakat memeriahkan contest kawan kita ini.

 

 

Caucincau!

 

 

 

 

Selasa, Disember 21, 2010

Makk….ngerinye……Ratusan Gagak Petanda Ajal

Semalam sibuk kat dapur, dengar gitu-gitu je news Buletin Utama. Along cerita ada kemalangan lagi kat Cameron Highland. Eeee…tak habis-habis!

So pagi tadi godek-godek la paper nak tahu apa cerita. MasyaAllah…cukup sadis. Ngeri sungguh! Takut….

Sedih ada, kecewa ada, marah pun ada baca berita tu…Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia. Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.  Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar.  

 

 

 

 

Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.

Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.

Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.

“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,”

 

Simpati

 

Adoii…. takut la nak naik bas…………

Isnin, Disember 20, 2010

Award Berganda 2 in 1

 

Salam dan hai hai hai semua,

Hati berbunga-bunga. Macam-macam bunga ada…! Suka, suka! Hepinya mak budak nih mengalahkan budak-budak dapat aiskrim Cornetto…hmm, buruk kan? Ah, peduli apa…sebenarnya tersangat suka sebab dapat award nih dari Mamma...
Mekacih mekacih ye mamma sebab baik hati sesangat. Terharu tau sebab ada juga kengkawan yang sudi menyampaikan award walaupun I tak popular… hahaha

 


 

Cutekan?  So Shy Lady pun dengan berbesar hati ingin memberikan award  ini kepada my followers jugak. Kepada sesiapa yang telah sudi menfollo saya sila la amik ye….Tengs sebab sudi singgah. Semoga persahabatan di alam maya ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya.

Kalau dah dapat award, macam biasa kena ditemuramah dahulu….


1. Apakah yang ada rasa apabila ramai follower?

Haisy….jangan la tanya. Tutup muka, malu. Belum ramai lagi….Baru 71.  Itu pun termasuk diri sendiri  menyamar jadi follower bagi meramaikan umat… hikhikhik tapi tetap eksaited sebab ada juga yang sudi baca penulisan saya yang tak seberapa nih.

2. Pendapat Tentang Award Di atas 

Tak kisahlah bagaimana rupa award sekalipun, apa yang penting kerjasama! Hahah weh, orang dah menyampah la tagline Wonderpet tuh!…apa yang penting keikhlasan di sebalik pemberian tersebut. Really appreciate it!

3.Apakah yg anda akan buat untuk mempunyai ramai Follower?

Hmmm….tak reti, baru nak tanya soalan tu kat geng bloggers yang lain…heheh. Sofa tak buat apa-apa pun melainkan BW hihihi.


4. Sila upload gambar award follower kamu.

Baiklah puan!

 

Mamma anugerahkan 2 award sekaligus kat ai nih…wah, cayalah mamma! Pakej 2 in 1 kekdahnya.

Ini award ke-2 nya. Yang ni pon comel gak! Meh layan pengeras soklannya……dadadada

 

 

Makanan fevret korang ape?
Sebenarnya banyak tapi yang buat makan bertambah ialah semua jenis kerabu, keselasa tak suka heheh….nasi kerabu, kerabu mangga, kerabu perut, kerabu pegaga, kerabu kaki ayam dan macam-macam jenis kerabu. Sedap gila!

Sape yg korang sayang?
Ramai tu…jap-jap mula-mula ofcos  Allah swt dan Nabi Muhammad saw

En. Hubby n semua ahli keluarga ai 

Teman-teman yang ikhlas

kengkawan blogger yang suka bagi award pun ai sayang hehehe

 

Okey saya nak tag kengkawan kat bawah ni  pulak:-

Anna Qawwina

Mieja

Kabutar Diesel

aDihays

Wans

 

OK tengs ya udah siap hihihi noktah

Caucincau!

Selasa, Disember 14, 2010

Putera Katak TV3

ktk lg 

Semenjak dua menjak ni saya sering dihujani dengan air hujan eh..eh..pertanyaan demi pertanyaan dari 3 orang model tetap kesayangan saya seperti betul ke manusia boleh bertukar menjadi katak? Apasal ceritanya tak sama dengan cerita The Frog Prince tu?  Ibu, Planet Zadora tu terletak dalam bima sakti yang mana satu? Boleh tak besar nanti Adik nak kawin ngan katak? Haha..soalan terakhir tu saje ditokok-tambah.

Ini semua gara-gara cerita Putera Katak yang disiarkan dalam Slot Lagenda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang manakala ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam. Beberapa minit sebelum ditayangkan di kaca TV, si model-model tetap sudah bersiap-sedia  mengecop tempat duduk masing-masing. Amboi-amboi, kalau benda square & flat face  tu bukan main  punctual lagi dan tawadduknya diaorang mengadap tapi kalau suruh mengaji, hmmm....

Amaran buat penggeli katak, anda tidak digalakkan menonton drama ini berikutan banyak adegan-adegan menggelikan telah dipaparkan secara terus tanpa ditapis terlebih dahulu. Memang geli betullah terutama babak Trisha membelai-belai makhluk hijau tuh. Walaubagaimanapun, pujian harus diberi kepada katak tersebut sebab dapat menjiwai watak yang diberi dengan cukup berkesan dan real sekali.

 

putera katak  Ceritanya macam ni, Putera Amar (Zizan Nin) telah disihir oleh kekasih hatinya.

Putera-Amar-tidak-bertukar-menjadi-manusia-selepas-dicium-oleh-Puteri-Zadora

Inilah kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang frust menonggeng apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lalu, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya.

trisha

Nasib baiklah, Amar (katak) telah dijumpai dan dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.

Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

 

Ala, usahlah bersusah-payah fikirkan jawapannya bukan masuk exam lagiponnn…maka saksikanlah sendiri di kaca TV rumah anda sendiri bukan rumah orang lain ye beserta sebalang keropok Mony, goreng pisang berasap serta seteko teh panas. Weh, nak nonton tv ke nak mentekedarah nih? Dua-dua! Pastinya menghiburkan!

 

Caucincau!

Isnin, Disember 13, 2010

Janganlah Guna, Bahaya!

Hari ini saya ingin mengupas sesuatu. Bukan nak mengupas bawang puan-puan sekalian, tetapi ingin mengupas isu tentang kecantikan. Sesuatu yang sangat dekat dengan saya dan pasti sahihnya dengan anda-anda juga. Wanita dan alat kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Wanita keluar rumah tanpa mekap umpama menambak gunung menggarami laut, umpama dulang dengan tudung saji, umpama…entah apo kobondo la perumpamaanku inih...have got nothing in common!

For your info, saya ni walaupun nampak agak shy shy tiger tetapi kalau bab mekap, boleh tahan handal jugak, tau. Memang kategori Mak Tam jugalah pada zaman pra-Kambria dulu. A must to do every day tetapi tidaklah obvious sangat. Rasanya tidaklah setebal mekap Krisdayanti pun.

 krisdayanti

Namun, semenjak usia semakin tua kerepot ni nenek mekap..eheh...saya mekap ala kadar asal sedap mata En. Hubby memandang aje. Takat ni rasanya tak ada pun orang notice saya lebih-lebih kira mekap sederhana sahaja untuk menutup kekurangan di wajah yang banyak kedutan, cela dan noda nih…huhuhu  :(

nasha

Kata Nasha Aziz,  lebih tipis mekap lebih cantik. Kenal tak Nasya Aziz pelakon dan model terkenal tu? Nak tau tak, Nasya Aziz dan saya sebenarnya tidak ada kena-mengena pun.

Oh! Ya....lupa nak remind. Lelaki tidak digalakkan membaca entry ni ya! This is women affair, wokeh?! Tapi En. Hazri kalau you nak baca lepas tu sampaikan kat your wife, saya rasa no hal....ada jugak maklumat berguna apa yang saya tulih ni! Tapi jangan gelakkan saya hahaha...hehehe...lama-lama tau atau lebih baik you klik aje tanda silang kat penjuru atas tu, ya. Bukannya apa..... bila orang gelakkan saya, saya rasa maluuuuuuuuu!!

lisa surihani

Inilah wajah So Shy Lady selepas dirias……

Cantik tak I ? Epps…epps jangan gelak, jangan gelak. Sila jangan harapkan apa-apa tips kecantikan sebab saya mekap biasa-biasa saja tapi wajah saya dalam gambar di atas ni nampak lebih ayu jelita disebabkan oleh teknik pencahayaan yang telah membuat wajah daku persis seorang pelakon terkenal :') Bwekkkkkk!

Alat kosmetik yang saya pakai lipstick, bedak compact and moisturizing cream SPF20…. simple sahaja. Kekadang kalau ada special event letak eyeliner. Sebenarnya di rumah, saya cuma mengenakan bedak sejuk. Bukan tempek macam hantu yang cakap “ala, rileks la, bang!” dalam filem Ngangkung tu, ya! Saya apply macam pakai bedak biasa tanpa dicampur air. Saya tak pakai losyen pelembap sebab tak suka rasa melekit. Manakala untuk mencuci muka, produk Safi  menjadi pilihan hatiku sebab halal. Saya skrub muka 3 kali seminggu. Produk yang wajar dipromosikan di sini ialah Safi Rania Gold facial scrub. Sekali-sekala saya turut guna air cucian beras..... jimat and chemical free! Hmmm... bini sapalah yang pandai berjimat-cer... diammm!

Nak cerita, ada sorang member jelita saya ni....epps...epps… ni bukan buat ketupat, tau. Orangnya hmmm..... lagi 100x super duper Mak Tam dari saya. Kosmetik dia waduh sumbat dalam beg segala jenama mak nenek ada. Tidak lama dahulu dia ada emelkan saya maklumat di bawah ini. Saya kira mungkin ada di kalangan puan-puan pernah menerima emel sedemikian. 

Emelnya berbunyi begini….eh, emel ada bunyi ko?

Semua orang terutamanya wanita tentunya mahukan wajah yang berseri-seri, tak berjerawat, licin dan paling penting putih. Contohnya macam kulit muka artis Camelia. Cun sangat kulit dia tetapi nak ingatkan di sini yang tidak semua produk kecantikan selamat dipakai oleh semua orang. Tengok aje produk pencuci muka di bawah ini. Walaupun jenamanya sememangnya sudah popular ternyata ia boleh mendatangkan kanser kepada muka kita dalam jangka masa yang lama. Bacalah artikel ini sepenuhnya untuk melihat produk facial wash @ pencuci muka yang berbahaya dan mampu mendatangkan kanser. Mana tau anda kini sedang menggunakannya. Hati-hati ya~~

 facial wash yang cancer

  

facial wash yang cancer

 

facial wash yang cancer

 

facial wash yang cancer

 

Today’s lesson :

Entahlah, saya tidak pasti tentang kesahihan fakta di atas tetapi rasa bengang juga la kan sebab why do pengeluar always have to produce benda yang boleh harm people’s health? ? Best ke tengok people to suffer or even die just because of those chemicals. Bengang, kan. Jadi wahai So Shy Lady dan para wanita sekalian, kalau nak guna alat kosmetik fikirlah 1000x dahulu dan buat research segala bagai sebelum membelinya. Nak berMak Tam boleh tetapi berhati-hatilah memilih kosmetik yang dijamin selamat dan suci.

Eh,eh…rasa nak meniaga bedak sejuk jenama kulit rambai la pulak….rasanya laku banget nih! Tiba-tiba.

 

Caucincau!

Jumaat, Disember 10, 2010

Bencana Kerja dan Cara Tuntutan Dengan Pihak Perkeso

 
Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang tak seberapa banyak yang ada pada diriku. Aku kira semua sudah maklum, jika anda seorang pekerja swasta atau badan berkanun yakni anda bukan kakitangan kerajaan maka tahukah anda semua yang anda wajib dicarum dengan PERKESO selain daripada KWSP?

Nah, hari ni aku nak kongsi sedikit sebanyak apa yang aku tahu dan agaknya perlu dijadikan contoh untuk meyenangkan anda jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda. Opps sebelum pergi jauh eloklah anda pastikan majikan anda mencarum dengan PERKESO. Caranya amat mudah, sila kunjungi pejabat PERKESO terdekat dan sila semak penyata anda. Ni hah, contoh penyatanya.


Dalam penyata ini akan dicatatkan kod syarikat tempat anda bekerja dan carumannya, jika sekiranya anda dapati diri anda tidak dicarum oleh pihak majikan maka anda harus bertindak dengan segera untuk membuat aduan di pejabat PERKESO terdekat. Ini adalah hak kita, jika sekirang berlaku apa jua kecelakaan ke atas diri kita PERKESO akan membela kita dengan syarat caruman dilakukan oleh pihak majikan. Amatlah zalim dan tidak bertamadun jika majikan tidak mencarum untuk anda! Senang cakap jika majikan anda Islam maka c you at Padang Masyar la jawabnya, kerana ini adalah hak anda dan hak anak-anak dan isteri anda jika berlaku sesuatu tidak diingini apatah lagi jika melibatkan kematian.Carumannya tak banyak pun. Nah, inilah jadual carumannya, kalau tak nampak pi la ambik kat pejabat PERKESO terdekat.


Oh ya..caruman PERKESO adalah wajib dan jika sekiranya majikan gagal mencarum anda, akan bakal dihadapkan ke Mahkamah, pendek kata hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000 InsyaALLAH dalam tangan. Jangan bagi alasan tak tahu kerana anda bukan budak tadika yang tak tahu membaca, jika pekak pun anda mampu melihat bukan? Nah, kalau mampu sila beli buku ini untuk rujukan. Tak mahal tapi aku lupa harganya hehehe.


Bencana kerja sudah pastila melibatkan kerja dan mempunyai beberapa situasi barulah ditakrifkan sebagai bencana kerja.

a.Jika kemalangan itu berlaku dalam waktu kerja...tak kira la apa kerja anda (merompak, membunuh, merogol, mengedar dadah, daun ketum, memeras ugut, dan sewaktu dengannya bukan satu kerja). Kerja di sini melibatkan ada majikan yang menggaji anda secara sah dan syarikat didaftarkan secara sah di sisi undang-undang!!! Opps... jika anda pelayan disco jika anda dicarumkan anda layak juga. Itu adalah kerja bukan!!!

b.Jika kemalangan itu berlaku semasa anda hendak pergi kerja dan semasa balik kerja juga dilindungi 
PERKESO dan diklasifikasi sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24 (1)(A)AKSP 1969.

c.Perjalanan hendak pergi dan balik makan pada waktu rehat yang dibenarkan juga bencana kerja jika berlaku kecelakaan dalam perjalanan tersebut.

Aku hanya membicarakan khusus untuk tuntutan kemalangan sahaja kerana dalam sesi lain banyak lagi yang akan kukongsikan,cuma kali ni jurusannya melibatkan kemalangan di tempat kerja, pergi dan balik kerja.

Baik..kita jalan satu-satu hehe..katakanlah satu hari anda kemalangan semasa hendak pergi kerja, semasa anda bawa motor lalui jalan biasa yang anda lalui hendak ke tempat kerja tiba-tiba melintas seekor babi hutan bangggggg anda terlanggarnya..anda terus jatuh ke atas jalan raya..celaka punyer babi hahaha..banyak-banyak jalan dalam hutan jalan manusia jugak dia nak jalan kakakaka..sebaik jatuh anda tercedera..lalu anda dibawa ke hospital..tak kira la dengan ambulans ke, dengan kabutar ke dengan naik basikal ke, janji sampai hospital. Masuk je hospital pastikan anda dapat 4 hari cuti sakit! Kalau dah langgar babi hutan aku rasa lama kot hahaha..nah contoh cuti sakit kalau ada yang tak kenal cuti sakit..eleh macamla tak tahu asyik ambik mc je kakakaka..nah,  tengok bawah contohnya.Woi woi MC (sijil cuti sakit) yang dikeluarkan klinik swasta dan kerajaan sahaja diterima.Sijil cuti sakit dari bomoh,dari klinik tabib cina mahupun dari pejabat tok kadi jangan duk mai hantar tak laku woi kakakakaka...



Dah dapat cuti sakit maka jika kemalangan itu melibatkan jalan raya kerajaan tak kira la jalan kampung ka jalan bandar ka hiway ka wajib mempunyai laporan polis. Laporan polis ini wajib dilakukan tak kira la jika sekiranya anda langgar babi hhutan sekalipun! Dokumen itu wajib dilampirkan semasa anda membuat tuntutan di pejabat PERKESO, er er bukan anda yang buat tapi majikan anda yang buat. Anda nak buat macam mana kaki dah patah hahahaha...Nah, contoh laporan polis jika masih ada yang tak pernah tengok laporan polis. Jangan malu-malu ceritakan hal sebenar dalam laporan polis itu, jika sekiranya anda langgar babi hutan maka perlu cerita anda langgar babi hutan jangan duk gatal-gatal nak ubah jadi babi bandar pulak! Sayugia diingatkan menipu laporan polis anda akan dicaj oleh pihak berkuasa dengan kesalahan membuat laporan palsu! Hehe ini untuk kemalangan saja ye, kalau kena terajang kat bini jangan duk gatal-gatal wak laporan polis buat malu den je kakakaka.


Ok masuk hospital sudah, dapat cuti sakit sudah, buat laporan polis pun sudah maka tibalah masanya anda maklumkan kepada pihak majikan tentang apa yang berlaku dan cepat-cepat suruh majikan anda dapatkan Borang Laporan kemalangan yang dikenali sebagai Borang 21 di Pejabat PERKESO terdekat atau pun muat turun di laman web nya www.perkeso.gov.my. Bila dah dapat borang 21 biasanya ianya akan dikembarkan dengan borang 10 iaitu borang tuntutan,borang PKS F1 penyata gaji,nah ini dia borang 21 senang sangat nak isi jangan buat malu den woiii,ini muka depan borang tu.

ini pulak muka surat ke dua hehehe

ni pulak muka surat terakhir 


Ni pulak borang 10 iaitu borang tuntutan, borang ni perlu diisi dan ditandatangani oleh anda, jika sekiranya anda masih koma mahupun jika anda putus tangan maka tak perlula isi tapi jika anda tak koma dan ada kedua-dua belah tangan maka anda wajib menandatangani dokumen wajib ini.

 


Kemalangan jalan raya perlu kepada peta lakar, polis pun jika berlaku kemalangan perlukan peta lakar. Maka anda harus lukiskan peta lakar, ala peta lakar bukan lukis satu-satu la beb hahaha lukis yang penting je, yang pentingnya perlu menunjukkan jalan raya dan laluan anda lalui bermula dari rumah sampailah ke tempat kerja dan tandakan dimana tempat berlakunya kemalangan. Jika anda langgar babi hutan maka tunjukkan dimana lokasi anda langgar babi hutan tersebut. Senang je lah nah tengok contoh ni...kalau nak tunjuk peta lakar umah bini no 2 pun boleh kakakakaka..lantak korang la weiii.


Jika semuanya telah lengkap maka jangan lupa kepilkan bersama borang tadi dengan salinan slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan itu berlaku..jika anda kemalangan bulan 7 tahun 2010 maka slip gaji yang perlu anda kemukakan adalah slip gaji bulan 6/2010 hingga 1/2010 hahaha senang bukan. Woooit tak pernah tengok slip gaji ka..kakakaka nah contoh slip gaji...er...er hantar slip gaji je jangan duk gatal tangan nak hantar slip yang bukan bukan hahaha.

slip gaji itu hendaklah disertakan dengan borang pks f1 (ini majikan hang pa yang buat)


Puch kad rekod kedatangan pe pun nama panggilan anda perlu disertakan juga!!! Ini penting!


Kalau tak de puch kad, maklum la kedai runcit kecil maka memadai jika sekiranya anda buat satu surat memaklumkan akan kehadiran pekerja yang kemalangan itu...contohnya:-


Dokumen wajib terakhir adalah salinan kad pengenalan anda, mana la tahu PERKESO untuk warga Malaysia je geng..itu mamat bangla ka indo ka mymar ka apa-apa ka tidak layak memohon!


Jika sekiranya semua sudah lengkap maka hantar la ke pejabat PERKESO terdekat, dah tunggu tak lama dalam masa seminggu dapat la cek sekiranya semua dokumen lengkap!!! Ingat lengkap sepertimana yang aku bagitahu korang macam kat atas tu, hah!!! Nah, dapat cek lebih kurang macam ni lah hehehe...


Depa ni player Kedah pun dapat tuntutan PERKESO...hahaha hang pa kenai ka pemaian bola sepak Kedah ni..bila la depa nak mai dengan Kelate kekeke


Oklah cukup setakat tu…tak paham lantak hang pa la hahaha senang je ni hah!

Sumber: Hari ni takde idea nak menulis so saya copy maklumat di atas dari blog adik saya nih , seorang pegawai penyiasat PERKESO. Harap-harap dia tak marah….tapi kalau dia marah pun ah, peduli apa….. hik!hik!hik! Cute kan saya gelak. Apa-apa soalan boleh tanya dia!

Caucincau!

Khamis, Disember 09, 2010

Jom Kita Ketawa…..Hik!Hik!Hik!

 

nana sein

Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian. Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam. 

Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai. 

Menyedihkan…. 

Apa-apa pun hikmah sudah sepastinya ada, "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan". Insyallah, mudah-mudahan mereka belajar dari kesilapan dan semoga turut menjadi pengajaran kepada kita semua supaya mencari jalan untuk mempertahankan ikatan suci dengan pasangan masing-masing! 

Ok, supaya tak terkeluar tajuk, nanti kena potong markah….ada beberapa tips kerukunan rumahtangga ingin saya kongsi dengan anda anda semua. Ececeh…. macam perunding perkahwinan la pulak. Heheh… boleh la, kan!

 ketawa

Tahukah anda, perceraian boleh dielakkan dengan ketawa. Ini bukan saya yang kata tetapi teori ni dinyatakan oleh Kaunselor perkahwinan, Nancy Wasson, Ph.D

Menurut beliau, unsur-unsur humor yang kena pada tempatnya boleh menjadi penawar terutamanya ketika perbalahan antara pasangan. Menurut beliau, salah satu cara untuk mengelakkan perceraian ialah dengan melebihkan ketawa. Tambah beliau lagi, faktor utama yang menyebabkan runtuhnya ikatan perkahwinan ialah kemarahan dan kekecewaan. Dan ubat kepada masalah-masalah berikut adalah ketawa.

Pasangan yang tahu bagaimana untuk menggunakan ketawa untuk meleraikan konflik sesungguhnya mempunyai kaedah yang amat bagus untuk mengekalkan keintiman emosi dalam sesebuah perkahwinan. Ini adalah benar kerana ketawa bertindak sebagai injap keselamatan bagi mengelakkan terjadinya perselisihan faham dalam perhubungan. 


suami_isteri
 
Today’s Lesson :
Jom kita praktikkan tips-tips di atas. Mulai sekarang saya nak ketawa dengan En. Hubby banyak-banyak. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, malahan ketawa juga ubat untuk menghilangkan stress, melawan sel pembunuh tumor dan virus semulajadi, memberi manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit serta mengawal tekanan darah dan kadar degupan jantung. Wah, banyak sungguh kelebihan ketawa.

laughter

Jadi uols jangan lupa untuk ketawa selalu tetapi  janganlah keterlaluan pulak Kah!Kah!Kah! cukup sekadar Hik!Hik!Hik! sahaja, ok.

 
kucing-ketawa
Hik!Hik!Hik! Cute tak saya ketawa?


Caucincau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...