Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, Oktober 28, 2010

Sandwich Subway Along Nama Diberi

Salam.

Ehem...hari ni Along ambik alih tugas update blog sebab ibu dah tak larat. Ibu penat sebab petang tadi lepas habis kelas beliau sibuk layan karenah kami pulak, nak makan itu nak makan ini.

Macam-macam kami request . Nyanyah nak ice blended, Adik mintak keropok, Abah call suruh ibu masak nasi goreng sempoi.

Along pulak dera ibu buatkan sandwich subway. Feveret Along tuh. Untuk pengetahuan penduduk kampung, Along sebenarnya kurang makan nasi. Jaga body..heheh.

Ok. Tengok gambar kat bawah nih. Nampak mcm tak menarik ek? Tapi Along sukaaaaaaaaaaaaa sangat.
 
  DSCN3870   Sandwich Subway Along nama diberi
 
Sesiapa yang ingin cuba boleh salin resepi di bawah. Mudah gila membuatnya. Betulll!

Senarai bahan-bahan untuk membuat Sandwich Subway Along Nama Diberi ialah:-
  1. Roti hotdog yang belum tamat tempoh.
  2. Sedikit minyak zaitun. “Zaitun bt....apa, bu??” Ibu diam tak jawab apasal ntah.
  3. 6 ulas bawang putih ditumbuk guna lesung. Tumbuk kat muka orang pun boleh gak nih.
  4. Sedikit bawang besar dimayang mengurai.
  5. 1/2 plastik daging kisar beli jenama Ramly Burger. “Ramlah Burger tak boleh ke, bu?” Ibu jeling dan  jawab “Banyak cengkadak budak nih!” Maknanya tak boleh la tu...
  6. Kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Sedikit je...tapi nak tuang dengan botol-botol sekali pun tak de sapa yang marah...ikut citarasa sendiri.
  7. Serbuk lada hitam, lada putih, lada kuning, lada biru.
  8. Garam dan gula.
  9. Buah tomato dipotong kiub.... jika terpotong bentuk kuboid, dimaafkan.
  10. Beberapa biji telur, ambik kulit telur isi dia dan buang isi dia kulit telur.
  11. Salad dan timun
  12. Mayonis
 
Cara Membuat Sandwich Subway Along Nama Diberi :
  1. Untuk membuat inti mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. Lagi efektif kalau panaskan badan terlebih   dahulu sebelum panaskan minyak tadi. Orang kata buat warm up, lepas tu exercise, lepas tu baru masuk dapur.
  2. Tumis bawang yang telah ditumbuk dan dipenyek tadi serta bawang besar yang telah siap dimayang mengurai.
  3. Kemudian masukkan daging kisar masak selama 10 minit. Jangan terlajak masa kang jadi rendang pulak.

DSCN3860
 

     4. Lepas tu ibu cakap masukkanlah bahan  6, 7, 8 dan 9 sesuka hati. Pandai-pandai la adjust. Siap.

Lepas tu, ibu ajak Along solat asar dulu.
Ok, dah. Sambung balik.

     5. Seterusnya belah roti, bahagian dalam dicelup dengan telur kemudian panaskan di dalam kuali lain.
     6. Sapu mayonis pada roti tu, Along suka letak banyak-banyak. 
     7. Lepas tu letak sayur salad, timun dan inti daging kisar tadi.
     8. Akhir sekali, letak sos cili.
 
  DSCN3865“Tatttttada....!! Apa? Yelah...yelah... Tak menarik!”
 
 
  subway,0
Tempek gambar google.  Subway Sandwich yang original.
 

Today’s Lesson

Pengajaran hari ini ialah…..didik anak lelaki anda masuk dapur!!


Caucincau!

Jumaat, Oktober 22, 2010

Desperate Housewives

 
desperate-housewives

Siri tv kegemaran I.

Siri ni best kan… comedy drama yang sarat dengan kisah misteri dan turut memaparkan nilai persahabatan sejati. Dari musim pertama lagi saya tak pernah miss walau satu episod menonton siarannya. Kiranya saya ni kategori kipas susah matilah. Oh! Tipu....ada juga dua tiga kali saya gagal tonton sampai habis. Minit-minit terakhir tiba-tiba zzzz. Bila sedar....Makkk… Oh, tidak!!! Tak tahu nak cakap macamana. Apesal boleh lelap saat-saat klimaks, heh? Frust.

Rasa terkilan sangat-sangat. Perasaannya seperti seorang gadis yang telah ditinggalkan pujaan hati. Si Pujaan hati pulak sangka si gadis reject dia lalu dengan hati yang patah berlalu pergi meninggalkan gadis itu buat selamanya-lamanya. Maka setelah ditinggalkan, barulah si gadis rasa terkilan sangat-sangat. Menyesal kerana lambat luahkan perasaan. Padan muka si gadis itu. Hah, macam tulah perasaan saya sebaik sahaja mata terbukak tengok siri Desperate Housewives dah habis. Rasa nak meraung. Padan muka saya.

Ishh..ishh... suka benar menceceh.
 
622838517_10542aade7_o

Saya selalu berangan untuk tinggal di kejiranan seperti Wisteria Lane tu. Bestkan dapat jiran-jiran yang baik? Alangkah seronoknya bila tiap pagi minggu tatkala buka pintu dan tingkap untuk menambahkan kandungan oksigen dalam rumah, kita disapa mesra oleh jiran tetangga yang sedang berjogging.
 
imagesCAZDJOL3 
Ok, sila bayangkan saya seperti Bree. Sedang siram pokok bunga dengan wajah yang manis. Bree suka buat kerja sambil senyum sorang-sorang, kan. Jiran sebelah kiri hulur sepinggan bihun goreng lalu saya yang masih dengan senyuman manis membalasnya dengan setengah dozen muffin enak, ewah. Anak gadisnya sudah siap berpakaian cantik mengajak anak-anak gadis saya bermain basikal.
 
phpThumb_generated_thumbnailjpg
 
Bayangkan juga En.Hubby terbahak-bahak berborak sakan dengan encik-encik suami yang lain di depan rumah sambil cuci kereta manakala anak teruna saya dengan rambut terpacak disapu jelly perasan handsome tersengih-sengih di tepi pagar rumah jiran sebelah kanan konon nak pinjam buku kerja Sains anak teruna dia walhal mata melirik melihat adiknya yang comel bertocang sedang cuci kasut sekolah. Oh! Sungguh bahagia sekali.
 
0102BoysLeftBehind
 
Amboi, amboi kuatnya berangan……
 
Today’s Lesson :
Syuhhh, syuhh...Weh, So Shy Lady daripada mu duk berangan dari pagi sampai dah nak masuk tengah hari dah ni lebih baik mu sental jamban ke, cuci pinggan ke, tangkap lipas ke, iron baju suami ke, pam sinki tersumbat ke atau buat macam-macam kerja lagilah yang boleh membakar kalori.

Oh, DH season  7 bila nak tayang nih!
 
Caucincau!

Isnin, Oktober 18, 2010

Musim Menelan Ubat

 Gambar arkib bulan lepas…….


06062010450OK, buat gaya Brad Pitt!




06062010449
“Cita-cita saya nak jadi model iklan!” Kata budak perasan ding dong ni. “Eleh….gigi rongak ada hati nak jadi model…..jadi modem komputer boleh la! " Ujar satu suara ghaib.
 

Hello, pembaca-pembaca blog saya. Wah wah wah, saya dah ada 7 orang followers! Mekacih mekacih. Itupun saya jemput undang sendiri secara paksa hahahah. Eh, mana ada!

Hmmm jemput udang cecah sos buatan sendiri, best, kan! Terkenang la pulak. Sori….

Baiklah, sebenarnya nak bagitahu berita yang tidak begitu penting. Sila baca sambil merujuk gambar di bawah.


Gambar arkib minggu lepas……


17102010914 
Tengah menghabiskan ubat demam cap ibu tiri dan anak tiri


 
17102010917
Tengah terbaring lemah dengan wajah umpama baby minta didodoi. Jom kita buat muka kesian kat dia.


Demam!

Dia asyik on off sahaja during this forthnight. Sebagai seorang ibu prihatin, saya berasa amat tidak keruan serta frust juga kerana ketidakhadirannya ke sekolah telah meranapkan title yang disandangnya sebagai tokoh pelajar yang mempunyai kehadiran ke kelas seratus peratus selama dua tahun berturut-turut. (tokoh? erkk..saya sangat suka exageratte so diminta jangan percaya! Tapi betul, kedatangannya sangat cemerlang. Kedatangan saja, ya....exam? Hmmm.... )

Sebenarnya dah lama hero saya ini tak demam. Mungkin pengambilan multivitamin secara berterusan telah dengan jayanya mengkebalkan sistem pertahanan badannya selama ini. Walaubagaimanapun kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan juga di tengahari. Kekebalan badan kurus melidinya itu, telah tertewas juga akhirnya akibat penangan virus durjana. Ceh! Akhirnya si hero kesayangan hamba ini telah terkulai layu jua di atas katil.

Si Along kalau dia demam mengingatkan saya akan one of my bitter memories. Ketika usianya kurang lima tahun, setiap kali dia demam pasti saya duk resah gelisah menggelabah segala sampai tak boleh lelap mata. Why?

Sebab masa kecik-kecik dulu, bila suhu badannya tinggi sikit mulalah badannya akan tersentap-sentap time tidur. Dah bagi ubat tetapi suhu badannya tetap panas lagi. Time tu punyalah saya blur tak tahu nak buat apa. First baby, katakan. Eventhough tidaklah sampai terbeliak biji mata or wajah bertukar biru macam Avatar tapi that situation really worried me.

Menakutkan la jugak sebab seingat saya, masa kecik-kecik dulu bila demam kami adik-beradik tak ada pulak sampai tersentap-sentap macam kena current. Memang tak ada experience langsung. So, apa saya buat? Hmm... apalagi, memang tak tidur malamlah jawabnya duk meriba dia sambil mulut tak henti membacakan jampi saripah eheh, tak... saya membaca beberapa potong ayat suci serta ayat seribu dinar supaya Tuhan beri jalan keluar dari masalah tersebut. Takut? Ofkos takut... sebab dah banyak kali juga saya baca kisah anak-anak kecil kadangkala orang dewasa pun masa dulu-dulu ramai yang terencat atau buta dan paling teruk ada yang meninggal dunia akibat demam panas.

Fortunately, sikap saya yang agak ramah dengan jiran tetangga at least dapat membantu saya mengidentify problem ini. Untuk kurangkan suhu badan, menurut petua jiran saya, kita kena lumur seluruh tubuhnya especially bahagian pelipat dengan air asam jawa pekat atau air ramasan pucuk pegaga. Rupanya menurut my neighbour, Along kena sawan demam or sawan tarik.


Memandangkan saya waktu tu agak jahil tak pernah dengar perkataan sawan tarik, bukan teh tarik, ya! Maka saya pun mulalah buat sedikit research bertanya sana-sinun nak tahu pasal penyakit ni. Then macam biasa, saya rajin-rajinkan diri bertanya pakcik sebelah moyang saya yang the very intelligent tu iaitu Pakcik Google. Menurut pakcik, sawan berlaku apabila sel otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sawan demam/tarik biasa terjadi kepada kanak-kanak terutama lelaki berusia 6 tahun ke bawah dan beransur hilang sebaik berumur 7 tahun.

So, if your child mempunyai symptom-simptom seperti berikut : suhu badan terlalu tinggi diikuti badan tersentap-sentap first sekali jangan panik. Tarik nafas panjang-panjang dan berdoa kepada Tuhan untuk beri kita kesabaran dan ketenteraman. Yes, nampaknya tindakan pertama saya masa zaman jahiliah tentang sawan tu adalah tepat sekali. Minta doa, remember that! 10 markah diberi.

Kedua, rendahkan kepalanya supaya darah dapat mengalir ke otaknya dan mendapat oksigen.
Ketiga, sedarkan anak itu. Panggil nama atau cubit-cubit badannya atau renjis air kat muka. Apabila dia sedar, bagilah anak itu ransangan dengan peluk dia. Lap seluruh badan dengan air biasa, not ice! Kalau mengikut perubatan Islam, ratakan air ke semua anggota wuduk.

Keempat, bagi minum air dan makan vitamin C yang dihancurkan.

Ada beberapa sebab kenapa sel otak kekurangan oksigen hingga menyebabkan terkena sawan. Menurut saya, eh...menurut pakar pediatrik, sawan tarik mudah berlaku terutama ketika anak demam sehingga suhu melebihi 38C. Suhu yang tinggi memerlukan sel mengeluarkan banyak tenaga dengan menggunakan oksigen.

So, wahai ibu-ibu bapak-bapak sekalian sila beri anak kamu makan ubat demam tepat pada masanya dan sila pastikan betul sukatannya. Jika masih panas lagi, lap saja badan anak dengan air. Jangan sesuka hati tambahkan dos sebagaimana kisah yang benar-benar terjadi terhadap couple cina ni yang telah menyaman doktor kerana tuduh doktor salah beri ubat. Padahal selidik punya selidik rupa-rupanya nyawa anak melayang atas kecuaian mereka sendiri yang beri ubat terlebih dos.

Kalau badan anak masih panas jugak, gunalah asam jawa. Ia memberi kesan penurunan suhu yang lebih cepat. Betul, saya dah cuba. Besides, untuk mengelakkan anak mudah jatuh lalu sakit serta menguatkan imunisasi, parents digalakkan sangat-sangat beri vitamin tambahan dan galian like Vit C, B1, B2, B3, B5, B6, kalsium, magnesium dan selenium in their daily meals.

Yang saya confirm sangat kenapa suhu badan anak saya terlalu tinggi, makan ubat pun masih lagi tinggi juga sebab dia kurang minum air putih. Hmm...tabiat dan habitat sama macam ibu dia gak! Kurang air dalam badan juga boleh menyebabkan kurangnya jumlah darah sampai ke otak, seterusnya menyebabkan kurangnya oksigen.

So, harap-harap info ini dapat membantu mana-mana ibu yang mengalami masalah yang sama dengan apa yang pernah saya alami dulu, ya. Tak perlu panic lagi, ya Cikgu Mimah! Ooo...rupanya si Aliff hero cikgu juga berproblema yang sama, ya! Setakat ini saja penulisan saya. Mana-mana doktor yang terbaca artikel ini kalau ada tersalah sila perbetulkan, ya!
 

Today’s lesson :
Beri anak minum air yang banyak dan sentiasa ada stok asam jawa sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun penggunaan asam jawa agak remeh, boleh mengotorkan cadar kesayangan, mencomotkan wajah serta menukarkan anak anda menjadi pekasam(?) namun, itu semua tidak penting asalkan anak kita lekas sembuh dan mudah-mudahan sihat membesar menjadi seorang anak yang tidak kurang asam di kemudian hari!


Caucincau!

Jumaat, Oktober 15, 2010

Sebenarnya Saya Nak Tulis Entri Ni Besok

 
Sebab mata sudah semakin layu bantal dan tilam pula asyik menggoda
Tetapi hati ini meronta-ronta dah tak sabar-sabar lagi
Ada sesuatu yang ingin disampaikan
Sesuatu yang tulus ikhlas lahir dari hati yang suci
Jadi saya akan tulisnya sekarang tapi saya benar-benar harap agar anda bacanya besok
Waktunya besok  
Sabar ya…..
So, pergi blogwalking tempat lain atau klik aje X kat penjuru kanan atas tu….
OK, besok jumpa lagi tau!
Ingat janji kita
Besok
Bye!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Oppss…oppss… kenapa masih scroll down lagi?
Jangan pura-pura…. saya tahu anda masih baca entri ni lagi, bukan?
Saya rayu sila sambung baca entri ini besok, pleaseee….
Dengar tak saya kata, baca besok! 
Saya ulangi…..
Ah, degil!!
Terserah !! Sebenarnya tadi saya ingin sampaikan ucapan Selamat Hari Jumaat…..
Tetapi sekarang terpaksa ucap Selamat Hari Khamis pula! Itu laaa…degil sangat!
 
 
Selamat Hari Khamis Malaysia!
 
 
 

Selasa, Oktober 12, 2010

Jangan Ada Benci....

Makluman :
Penulis telah mencetak dan menampal entri ini pada pintu peti ais beliau sebagai peringatan buat diri yang sering alpa. Amboi, ayatttt…. macam dalam buku PEDOMAN HIDUP.

    
  

Aksi si kaki botol susu

Trying to be honest, ece..ceh… sebenarnya nak cerita yang saya ni sangat benci akan susu!

Isyh…isyh…isyh!

Memang saya tak suka susu. Susah dan amat terseksanya mahu habiskan segelas susu. Ntah apasal ntah, lidah saya rasa yekk sahaja dengan minuman yang kaya dengan kalsium dan Vitamin D nih. Bukannya tidak tahu benefitnya yang banyak tu. Susu penting untuk keep our bones strong, meningkatkan sistem immuniti, mengawal tekanan darah, muscle function dan bla...bla....bla tetapi tetap juga benci.

Susu cuma diminum ketika bayi. Nyotnyot pada ibu kemudian stop. Berdasarkan pengalaman sendiri, walaupun kurang mengamalkan rutin minum susu lembu sedari kecil tidak bererti kecerdasan otak saya berkurang. Seingat saya, prestasi akademik saya tidaklah mengecewakan. Pernah juga jadi best student sekolah beberapa kali. Jadi hipotesis yang mengatakan jika kekurangan susu, otak kita menjadi kurang bijak adalah tidak tepat. Hipotesis nol. Selain faktor genetik, bekalan kolostrum susu ibu juga lebih berperanan dalam membina sel-sel otak anak berbanding susu lembu. Cuma saya sedari special effect yang sangat ketara akibat kurang mengamalkan kebaikan itu ialah pertumbuhan badan saya ini agak ketot sedikit berbanding orang lain hahaha….bukan kategori OKU cuma ketinggian saya ini tidak layak untuk menjadi model catwalk.

Tetapi mulai sekarang, saya ingin berubah. Wahai So Shy Lady, kamu kena lawan sikap tidak jjuruh itu, please! Baiklah, walaupun tahun baru lambat lagi namun saya sudah berazam untuk jadikan minuman paling yekkk itu sebagai salah satu hidangan wajib dalam menu harian saya. Jangan salah sangka, bukanlah tujuan untuk menjadi setinggi supermodel Heidi Klum tetapi objektif utama saya ialah untuk mencegah sejenis penyakit. Maklumlah, kalau nak diikutkan saiz body saya yang cinonet kiut-miut macam Shiela Majid nih (sesiapa yang nak jeluak cepat telan balik) yang mana menurut beberapa kajian merupakan golongan yang sangat berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kerapuhan tulang aka osteoporosis.

Osteoporosis mudah menyerang wanita Asia yang mempunyai rangka tubuh kecil dan berkulit cerah

Walaupun kulit saya kurang cerah tetapi statement di atas tu agak menggerunkan….. takut I!

Ah, susu. Yelah..yelah…So Shy Lady dah nak ubah tabiat dah ni. Berubah demi kebaikan tidak salah kan bak kata pepatah sekali air bah, sekali pantai berubah....eerk! Usia pun semakin hari semakin tua ganyut, rasanya sudah tibalah masanya untuk saya menyayangi dan tidak lagi mengabaikan kesihatan tulang rangka saya walaupun mungkin bagi sesetengah orang sudah agak terlewat.

“Anda masih belum terlewat....,” tiba-tiba terngiang suara Datuk Michelle Yeoh dalam iklan Anlene. Terima kasih Datuk atas sokongan moral anda. Buat saya rasa masih belum terlambat walaupun sudah agak terlewat. Faham tak ayat tu? Tak faham, abaikan.



Ngeri tak tengok gambar ini? Insaflah, wahai So Shy Lady.
 (gambar ehsan Google)

Apa itu Osteoporosis? Osteoporosis dirujuk sebagai silent disease. Saya rasa semua orang tidak sedar akan kehilangan jisim tulang mereka selama bertahun-tahun sehinggalah bila dah patah riuk atau mengalami retakan tulang belakang, pinggul atau pinggang barulah tersedar, Ooo… selama ini aku mengidap osteoporosis. Hmm...time ni kita sudah tidak boleh buat apa-apa lagi dah. Ayuh, gerunlah semua!

Bila sudah menopause, wanita mengalami kehilangan jisim tulang yang drastik disebabkan oleh kekurangan pengeluaran estrogen. Haa.... yang ini betul-betul menyeramkan....bila usia melebihi 35 tahun, wanita akan mula loose about one percent ketumpatan tulangnya every year. What!! I’ve lost one percent already?! Oh! No....

Sesapa yang mempunyai family history yang mengidap osteoporosis, menopause awal atau mempunyai smaller body frames sangat paling berisiko tinggi. Baca tuh, sangat paling! Masih tak seram lagi ke, So Shy Lady....

Merokok, pengambilan alkohol, high caffeine intake, kurang mengambil calcium juga menyumbang kepada osteoporosis. Lelaki pun ada juga kena penyakit ni. Penggunaan steroid, alkohol dan kurangnya paras testosterone merupakan penyebab osteoporosis di kalangan lelaki.  

En. Hubby pernah cerita tentang emak officemate dia. Umur baru awal 50an tetapi sudah tidak boleh bergerak aktif lagi akibat penyakit kerapuhan tulang. Rupanya selama ini makcik tu tak pernah langsung buat pemeriksaan tulang hinggalah pada suatu hari apabila dia terjatuh dari tangga, setelah diperiksa barulah disedari dia pengidap osteoporosis peringkat serius. Aduhhh...cemas! Umur 50 tahun bukannya tua sangat tapi terpaksa move seperti umur 90! Just imagine. Sila gerun lagi.

Atas dasar itulah maka En.Hubby pada suatu hari, telah menghadiahkan setin susu Alpha Lipid kepada saya dengan harapan, bila minum susu yang tidak berapa murah ni saya akan bersungguh-sungguh sikit dan tidaklah warm warm chicken faeces dalam menunaikan azam.



So, Today’s Lesson :

Bukan today je...but forever and ever...mulai saat ini saya promise untuk jadikan susu sebagai santapan harian at least 1 gelas sehari walaupun pada peringkat permulaan ini terpaksa berhempas-pulas minum sambil tutup lubang hidung. Mencegah lebih baik daripada merawat. En. Hubby, sila denda ketuk ketampi or tarik telinga saya sekiranya terlanggar janji ini yekk. Permisi! Nak gi minum susu dulu, lepas tu exercise...haitt!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...