Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Disember 06, 2010

Rumah DS Khir Toyo

Assalamualaikum semua! Tak jawab berdosa…

 

lontong 022 

Petang tadi makan kue tiaw kungfu.  Haitttt! Nampak kick tapi rasa kurang berselera la pulak. Frust sangat-sangat. Bukan kecewa sebab harga petrol, diesel, gas dan gula naik lagi ke apa ke tapi…..

Mana tak frust menonggengnya, punya la duk klepang klepung kat dapur bersusah-payah sediakan hidangan special kononnya nak sambut tahun baru ni kan, alih-alih anak-anak semua geleng kepala kata tak nak, tak suka. Semua request roti tabur milo dan air kosong. Zuhudnya. Lastly saya melantak sorang diri jek….T_T

 

lontong 033

Weh, tengok sini…..tak best ke masakan ibu nih? Cakapppp! Cakappp!…

 

OK, enaf. Baiklah, hari ni bukan nak membebel pasal anak atau nak share resepi kuetiaw kungfu tak laku tu tapi nak cerita pasal benda ni….

Heheh sambil makan-makan saya belek-belek  la paper Utusan hari ni. Kita lari sekejap daripada kisah budak-budak tak suka makan dan beralih kepada berita nasional…kita terjah ke dunia politik Malaysia pulak. Ok, serius.

Hari ini kecoh dengan berita bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5j hanya dengan harga RM3.5j.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin.

rumahkhirtoyo3 

Rumah DS Khir. Wah, besarnya macam chalet……rasanya satu hari tak habis pusing satu rumah ni kot!

 

Today’s Lesson :

Garu kepala. Lepas sorang-sorang mantan menteri dihadapkan ke mahkamah. Sebenarnya antara aspek penting dalam memilih pemimpin adalah dengan melihat ciri-ciri solehnya calon berkenaan. Apabila soleh maka dia akan menjaga amanah sebagai pemimpin. Maka kita tidak perlu bimbang tentang berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau pun rasuah. Nampaknya ciri-ciri pemimpin macam Rasulullah saw agak sukar dicari di dunia sekarang ni, kan. Hai,entahlah…tak fahamlah politik nih.

 

Selamat Menyambut Awal Muharram semua!

3 ulasan:

Kabutar Diesel berkata...

rumah besar doktor gigi ni 6 juta ye..kalau 6 juta gaji Mb logik ka???bantai dari mana la...hm..rumah saje dah 6 juta tak masuk lagi peralatan dalam rumah...

So Shy Lady berkata...

dr gigi ke? ooo baru kutahu heheh. kalau ikutkan saiz rumah tu mungkin harta beliau mencecah ratusan juta kot.

ala...mungkin dia anak orang kaya kot heheh

Mamma berkata...

'xjwb dosa' terus je aku jawab kekeke

weh, dorg ni mmg la, sengal je kalau psl duit, aku pun heran, duk hentam org bumbam2, sekali kena kat btg hidung diam terus!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...