Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Disember 14, 2010

Putera Katak TV3

ktk lg 

Semenjak dua menjak ni saya sering dihujani dengan air hujan eh..eh..pertanyaan demi pertanyaan dari 3 orang model tetap kesayangan saya seperti betul ke manusia boleh bertukar menjadi katak? Apasal ceritanya tak sama dengan cerita The Frog Prince tu?  Ibu, Planet Zadora tu terletak dalam bima sakti yang mana satu? Boleh tak besar nanti Adik nak kawin ngan katak? Haha..soalan terakhir tu saje ditokok-tambah.

Ini semua gara-gara cerita Putera Katak yang disiarkan dalam Slot Lagenda TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang manakala ulangannya di TV9 pada pukul 8.30 malam. Beberapa minit sebelum ditayangkan di kaca TV, si model-model tetap sudah bersiap-sedia  mengecop tempat duduk masing-masing. Amboi-amboi, kalau benda square & flat face  tu bukan main  punctual lagi dan tawadduknya diaorang mengadap tapi kalau suruh mengaji, hmmm....

Amaran buat penggeli katak, anda tidak digalakkan menonton drama ini berikutan banyak adegan-adegan menggelikan telah dipaparkan secara terus tanpa ditapis terlebih dahulu. Memang geli betullah terutama babak Trisha membelai-belai makhluk hijau tuh. Walaubagaimanapun, pujian harus diberi kepada katak tersebut sebab dapat menjiwai watak yang diberi dengan cukup berkesan dan real sekali.

 

putera katak  Ceritanya macam ni, Putera Amar (Zizan Nin) telah disihir oleh kekasih hatinya.

Putera-Amar-tidak-bertukar-menjadi-manusia-selepas-dicium-oleh-Puteri-Zadora

Inilah kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang frust menonggeng apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lalu, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya.

trisha

Nasib baiklah, Amar (katak) telah dijumpai dan dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.

Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

 

Ala, usahlah bersusah-payah fikirkan jawapannya bukan masuk exam lagiponnn…maka saksikanlah sendiri di kaca TV rumah anda sendiri bukan rumah orang lain ye beserta sebalang keropok Mony, goreng pisang berasap serta seteko teh panas. Weh, nak nonton tv ke nak mentekedarah nih? Dua-dua! Pastinya menghiburkan!

 

Caucincau!

11 ulasan:

acik mimie berkata...

wahhh kita serupaaa ..
acik mimie pon suka bangat cite nihh

Kabutar Diesel berkata...

hehehe citer katak sememangnya kami sekeluarga amat suka namun kami sekeluarga amat benci akan katak@raja katak dari pasir mas..katak puru berahim anak kepada ali name katak tu planet mana entah si katak tu mai alik2 dah mendarat kat pasir mas

So Shy Lady berkata...

acik mimie: give me 5!

KD:hahaha katak tu...takpe la dah hilang title datuk paduka pon

aiDieNa berkata...

Kisah penglipurlara.. seronok ditonton bersahaja.. hehehe

Lady Arween berkata...

Macam payah ja nak terima Nora Danish punya watak..yang still menten manja..tak tau la napa..

So Shy Lady berkata...

aidiena & Lady Arween: ahaks! sebab budak2 suka cerita cenggini so mak budak pun terpaksa la suka. yap si ND tu lakonan dia streotype

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

hehehheh...teringat zaman kecik dulu akak suka pegang katak...suka takutkan kwn2 yg gelikan katak:)

nulhazwany abdul malik berkata...

mak xske cerita ni. geli. haha
semua orang tak dpt tengok. ^^

So Shy Lady berkata...

Mieja: haha..ooo...budak nakal ye...biasa nih!

Wany: ahaks! memang byk aksi mggelikan especeli time heroin2 kiss katak tu...yark!! baik makcik tukar channel haha

☆aDihAys☆ berkata...

suke gak cter ni..
tp since dah masuk sem baru..
dah xdpt tgk tv..
waaaaaa...

So Shy Lady berkata...

aDihays: waaaa...dulu2 akak pun cenggitu gak. study dik jgn tak study

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...