Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, Disember 21, 2010

Makk….ngerinye……Ratusan Gagak Petanda Ajal

Semalam sibuk kat dapur, dengar gitu-gitu je news Buletin Utama. Along cerita ada kemalangan lagi kat Cameron Highland. Eeee…tak habis-habis!

So pagi tadi godek-godek la paper nak tahu apa cerita. MasyaAllah…cukup sadis. Ngeri sungguh! Takut….

Sedih ada, kecewa ada, marah pun ada baca berita tu…Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.

Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia. Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.  Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar.  

 

 

 

 

Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.

Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.

Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.

“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,”

 

Simpati

 

Adoii…. takut la nak naik bas…………

8 ulasan:

~dARlee zURiS~ berkata...

memang ngeri.
jumpa diorang tarik bas tu kat jln semalam..huhuu...naik bulu roma nengok.

So Shy Lady berkata...

yeke zuris? takutnye...
body bas tu dah hancur bkecai...dkatakan kemalangan paling dasyat dlm sejarah negara.Harap2 t.de blaku lg la lpas ni....

Mieja@Amiizaa2001 berkata...

SSY

kesiannnnn mereka yg terlibat:(

Kabutar Diesel berkata...

pe pun bus 2 tingkat sememangnya de banyak problem dan langsung tidak sesuai digunakan di negara ini!..banyak jugak yang terkorban pelancong dari thailand yang beragama islam..rupanya orang melayu selatan thai dalam diam2 kaya jugak sekarang leh pi melancong ke cameron..pe pun Al fatihah..

shida anwar berkata...

huhu...seram...

afzan berkata...

bas double decker mmg tak sesuai untuk mendaki bukit atas faktor pusat gravity yang agak tinggi akan menyebabkan bas kurang stabil. tapi apakan daya, UK pakai bus double decker malaysia pun nak tiru jugak

bUDIEY berkata...

ADOIII...TULIS ARTIKEL PUN X KENA...ADE KE "pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia"
SEBENARNYA DIORANG TU SUMER MEMANG RAKYAT THAILAND...NI WAT AYAT SENDIRI KE MCM TUNGGANG LANGGANG JE..NAK TAIP ARTIKEL PUN BELAJAR LA DULU..

So Shy Lady berkata...

Kmieja, shida: jom kita sama-sama berdoa agar tragedi dasyat sebegini tidak akan berlaku lagi...mudah-mudahan.

KD, afzan: betoi2...bas tinggi memang t.ssuai naik turun bukit. Pihak yang berkaitan wajib buat analisis yang terperinci.

buDIEY: petikan di atas dirujuk dari harian kosmo. Sebarang kesilapan laporan amat dikesali dan saya mewakili berita harian kosmo memohon ampun beribu-ribu ampun. Harap en buDIEY sudi memaafkan kesilapan saya di pagi Jumaat yang penuh barakah dan mulia ini, ok!

NI WAT AYAT SENDIRI KE MCM TUNGGANG LANGGANG JE..

Sekali lagi mohon ampun dan maaf sebab ayat saya agak tunggang langgang sehingga membuatkan En buDIEY sukar memahaminya. Saya pun hairan macamana 5 pengomen di atas boleh faham ayat saya itu. Oh, ya saya terlupa dalam sesebuah kelas ada murid yang cerdik dan ada juga yang agak slow dan lambat nak faham.

Saya akan berusaha lebih keras lagi untuk memantapkan lagi gaya penulisan saya.

NAK TAIP ARTIKEL PUN BELAJAR LA DULU..

InsyaAllah saya terima teguran en buDIEY itu dan akan belajar bersungguh-sungguh. Kalau seorang blogger tersohor seperti en. buDIEY sudi menjadi mentor saya, saya sangat-sangat berbesar hati dan cukup terharu. Sudi?

BTW, cuba en. buDIEY kaji tatabahasa dan penggunaan ayat anda sendiri.Mengikut sistem BAHASA MELAYU sebenar
- ADOIII sepatutnya ditaip aduh
- X KENA sepatutnya ditaip TIDAK KENA
- DIORANG sepatutnya ditaip MEREKA
- SUMER sepatutnya ditaip SEMUA
- WAT sepatutnya ditaip BUAT
- MCM sepatutnya ditaip MACAM
- JE sepatutnya SAJA
- buDIEY sepatutnya ditaip Budiey sebab Kata Nama Khas mesti mula huruf besar.

Kesimpulannya, NAK TAIP ARTIKEL PUN BELAJAR LA DULU.. eh, eh...NAK TAIP KOMEN PUN BELAJAR LA DULU.. kahkahkah...

Terima kasih kerana menceriakan pagi Jumaat saya.

Budiey bahasa amalan hidup kita, tak gitu en. Budiey? Jangan lupa g solat....

Nak sambung gelak hikhikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...