Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Disember 13, 2010

Janganlah Guna, Bahaya!

Hari ini saya ingin mengupas sesuatu. Bukan nak mengupas bawang puan-puan sekalian, tetapi ingin mengupas isu tentang kecantikan. Sesuatu yang sangat dekat dengan saya dan pasti sahihnya dengan anda-anda juga. Wanita dan alat kecantikan memang tak boleh dipisahkan. Wanita keluar rumah tanpa mekap umpama menambak gunung menggarami laut, umpama dulang dengan tudung saji, umpama…entah apo kobondo la perumpamaanku inih...have got nothing in common!

For your info, saya ni walaupun nampak agak shy shy tiger tetapi kalau bab mekap, boleh tahan handal jugak, tau. Memang kategori Mak Tam jugalah pada zaman pra-Kambria dulu. A must to do every day tetapi tidaklah obvious sangat. Rasanya tidaklah setebal mekap Krisdayanti pun.

 krisdayanti

Namun, semenjak usia semakin tua kerepot ni nenek mekap..eheh...saya mekap ala kadar asal sedap mata En. Hubby memandang aje. Takat ni rasanya tak ada pun orang notice saya lebih-lebih kira mekap sederhana sahaja untuk menutup kekurangan di wajah yang banyak kedutan, cela dan noda nih…huhuhu  :(

nasha

Kata Nasha Aziz,  lebih tipis mekap lebih cantik. Kenal tak Nasya Aziz pelakon dan model terkenal tu? Nak tau tak, Nasya Aziz dan saya sebenarnya tidak ada kena-mengena pun.

Oh! Ya....lupa nak remind. Lelaki tidak digalakkan membaca entry ni ya! This is women affair, wokeh?! Tapi En. Hazri kalau you nak baca lepas tu sampaikan kat your wife, saya rasa no hal....ada jugak maklumat berguna apa yang saya tulih ni! Tapi jangan gelakkan saya hahaha...hehehe...lama-lama tau atau lebih baik you klik aje tanda silang kat penjuru atas tu, ya. Bukannya apa..... bila orang gelakkan saya, saya rasa maluuuuuuuuu!!

lisa surihani

Inilah wajah So Shy Lady selepas dirias……

Cantik tak I ? Epps…epps jangan gelak, jangan gelak. Sila jangan harapkan apa-apa tips kecantikan sebab saya mekap biasa-biasa saja tapi wajah saya dalam gambar di atas ni nampak lebih ayu jelita disebabkan oleh teknik pencahayaan yang telah membuat wajah daku persis seorang pelakon terkenal :') Bwekkkkkk!

Alat kosmetik yang saya pakai lipstick, bedak compact and moisturizing cream SPF20…. simple sahaja. Kekadang kalau ada special event letak eyeliner. Sebenarnya di rumah, saya cuma mengenakan bedak sejuk. Bukan tempek macam hantu yang cakap “ala, rileks la, bang!” dalam filem Ngangkung tu, ya! Saya apply macam pakai bedak biasa tanpa dicampur air. Saya tak pakai losyen pelembap sebab tak suka rasa melekit. Manakala untuk mencuci muka, produk Safi  menjadi pilihan hatiku sebab halal. Saya skrub muka 3 kali seminggu. Produk yang wajar dipromosikan di sini ialah Safi Rania Gold facial scrub. Sekali-sekala saya turut guna air cucian beras..... jimat and chemical free! Hmmm... bini sapalah yang pandai berjimat-cer... diammm!

Nak cerita, ada sorang member jelita saya ni....epps...epps… ni bukan buat ketupat, tau. Orangnya hmmm..... lagi 100x super duper Mak Tam dari saya. Kosmetik dia waduh sumbat dalam beg segala jenama mak nenek ada. Tidak lama dahulu dia ada emelkan saya maklumat di bawah ini. Saya kira mungkin ada di kalangan puan-puan pernah menerima emel sedemikian. 

Emelnya berbunyi begini….eh, emel ada bunyi ko?

Semua orang terutamanya wanita tentunya mahukan wajah yang berseri-seri, tak berjerawat, licin dan paling penting putih. Contohnya macam kulit muka artis Camelia. Cun sangat kulit dia tetapi nak ingatkan di sini yang tidak semua produk kecantikan selamat dipakai oleh semua orang. Tengok aje produk pencuci muka di bawah ini. Walaupun jenamanya sememangnya sudah popular ternyata ia boleh mendatangkan kanser kepada muka kita dalam jangka masa yang lama. Bacalah artikel ini sepenuhnya untuk melihat produk facial wash @ pencuci muka yang berbahaya dan mampu mendatangkan kanser. Mana tau anda kini sedang menggunakannya. Hati-hati ya~~

 facial wash yang cancer

  

facial wash yang cancer

 

facial wash yang cancer

 

facial wash yang cancer

 

Today’s lesson :

Entahlah, saya tidak pasti tentang kesahihan fakta di atas tetapi rasa bengang juga la kan sebab why do pengeluar always have to produce benda yang boleh harm people’s health? ? Best ke tengok people to suffer or even die just because of those chemicals. Bengang, kan. Jadi wahai So Shy Lady dan para wanita sekalian, kalau nak guna alat kosmetik fikirlah 1000x dahulu dan buat research segala bagai sebelum membelinya. Nak berMak Tam boleh tetapi berhati-hatilah memilih kosmetik yang dijamin selamat dan suci.

Eh,eh…rasa nak meniaga bedak sejuk jenama kulit rambai la pulak….rasanya laku banget nih! Tiba-tiba.

 

Caucincau!

7 ulasan:

Sari berkata...

ok gak guna bedak sejuk..gerenti cun melecun..

~dARlee zURiS~ berkata...

ye ke kak?
saya pengguna setia johnson tuk kysha nih.huhuu..
risau :(

Sitisifir10 berkata...

Owh...saya langsung tak pakai sebarang mende kat muka...ahahaha...pernah beli lah dari yg murah sampai yg mahal but end up dgn sedekah kat org jugak :P Anyway, artikel yg bagus ni saya share di http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Mom-Bloggers/113479622052402

So Shy Lady berkata...

Sari: btul3x...sjak amalkn bdk sjuk rupa saya dah sama cun ngan lisa surihani kihkihkih

zuris: dah lama dgr pasal bdk n losyen J&J t.slamat.

rasanya smua produk asas kimia t.slmat utk long term...apply skali skala boleh la kan

sitisifir10: haha natural beauty..ok, nanti sy singgah!

zawani berkata...

kak, yang ini for real ke? isshh kenapa la dorang ni? tapi satu teori saya, if they come out dgn produk mcm ni (yg menjahanamkan kulit) nnt dorang akan produce new product yang kononnya boleh mengembalikan kelicinan kulit. haihh!! dah la ada satu lotion tu saya pakai. cahitt!

So Shy Lady berkata...

wani:betul tu...as a conclusion, kurangkn la pggunaan chemical prod. guna bhn smulajadi nk cuci muka pkai air beras, scrub pkai timun, kulit licin tenyeh tomato, hilangkn jragat asah kulit ky mnis. rajin tak? heheh

Farha IbuCergas berkata...

Artikel lama ni. tapi bermanfaat.
kene belajar cari pencuci muka yang semulajadi.
pencuci muka yang semulajadi.

mungkin lambat kesannya pada jerawat.. tepi lebih selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...