Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Disember 27, 2010

Hoyyyerrr!!!

 

Puas betul menyaksikan perlawanan bola sepak AFF Suzuki Cup semalam. Bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, saya cuma tengok TV di rumah aje....Hahaha…. harimau belasah 3-0 ke atas garuda. Cayalah! Tahniah buat semua pemain, anda adalah wira negara dan layak dapat hadiah Suzuki Swift! Hahaha malulah juga pada diri sendiri sebab teruja lebih tetapi saya tak boleh tahanlah. Best sangat sokong negara sendiri!!

 

Aksi SAFEE SALI  menanduk masuk gol ketiga Malaysia

 

Sebenarnya saya tak jangka pun Malaysia boleh jaringkan sampai 3 gol sebab pada peringkat kumpulan sebelum ni dah kena belasah 5-1 tapi syukur nasib menyebelahi kita. Malaysia memang boleh!

Suka sangat-sangat tengok aksi berbahaya Safee, Asyaari, Kuna dan si pengantin baru Norshahrul. Sambil menonton tak sia-sia saya minum Milo pakai mug kaler biru hahaha!

 

101226193354

 

Yang tak seronoknya ketika masa kecederaan, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil dari Jepun sebaliknya berikan sepakan gol buat Indonesia. Apa daaa....

Lepas tu setiap kali Malaysia dapat sepakan percuma si Markus tu pulak asyik memprotes je kononnya diganggu oleh pancaran laser. Sebenarnya bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kekalahan mereka kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Apa-apa pun harap-harap Malaysia juga dapat ulangi kejayaan serupa di Jakarta nanti. Bayangkan jika pasukan Malaysia menang pada perlawanan akhir tu..... mahu tak runtuh Stadium Utama Gelora Bung Karno!

Sekali lagi tahniah Harimau Malaya! Roti canai 3 gado-gado 0. En. Hubby kata patutnya hari ni Malaysia cuti...kan! Ahaks... dasar pemalas! Misi belum selesai lagi laaa...

 

Caucincau!

 

 

 

 

 

 

 


6 ulasan:

Kabutar Diesel berkata...

hehehe sib baik malam tadi awal2 lagi dah tukar chanel kalau tak kompem x dapat tengok bola tapi dapat tengok hagemaru je la

shida anwar berkata...

awal2 buka youtube suh anak2 layan kartun...hahahaha..

So Shy Lady berkata...

KD:hahaha...robot tak mngamuk ker tdpt tgk hagemaru?

zawani berkata...

btol kak, kalau tengok kat stadium lagi gamat.. saya pergi sana,mmg gila.. arini dah ari ke-2, suara still serak berkahak. hahaha

keeper dia cam tahik. suka berlakon. tak lama lagi nampak la muka dia dlm sinetron pegang watak "mat kaki komplen".. salahkan laser konon,chaitt!

So Shy Lady berkata...

syida:aha...idea bijak! Anak2 saya plak kaki bola...mmg tde masalah brebut tv hahaha

wani: syoknye wani...brbaloi serak pon hahaha. adoi la sakit prut bc psal keeper tuh haha...dia yg gabra haha

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

moga² harimau malaya mengaum baik punyaa malam ni.. & garuda, pastikan ia meraung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...