Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, Disember 10, 2010

Bencana Kerja dan Cara Tuntutan Dengan Pihak Perkeso

 
Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang tak seberapa banyak yang ada pada diriku. Aku kira semua sudah maklum, jika anda seorang pekerja swasta atau badan berkanun yakni anda bukan kakitangan kerajaan maka tahukah anda semua yang anda wajib dicarum dengan PERKESO selain daripada KWSP?

Nah, hari ni aku nak kongsi sedikit sebanyak apa yang aku tahu dan agaknya perlu dijadikan contoh untuk meyenangkan anda jika sesuatu yang tidak diingini menimpa anda. Opps sebelum pergi jauh eloklah anda pastikan majikan anda mencarum dengan PERKESO. Caranya amat mudah, sila kunjungi pejabat PERKESO terdekat dan sila semak penyata anda. Ni hah, contoh penyatanya.


Dalam penyata ini akan dicatatkan kod syarikat tempat anda bekerja dan carumannya, jika sekiranya anda dapati diri anda tidak dicarum oleh pihak majikan maka anda harus bertindak dengan segera untuk membuat aduan di pejabat PERKESO terdekat. Ini adalah hak kita, jika sekirang berlaku apa jua kecelakaan ke atas diri kita PERKESO akan membela kita dengan syarat caruman dilakukan oleh pihak majikan. Amatlah zalim dan tidak bertamadun jika majikan tidak mencarum untuk anda! Senang cakap jika majikan anda Islam maka c you at Padang Masyar la jawabnya, kerana ini adalah hak anda dan hak anak-anak dan isteri anda jika berlaku sesuatu tidak diingini apatah lagi jika melibatkan kematian.Carumannya tak banyak pun. Nah, inilah jadual carumannya, kalau tak nampak pi la ambik kat pejabat PERKESO terdekat.


Oh ya..caruman PERKESO adalah wajib dan jika sekiranya majikan gagal mencarum anda, akan bakal dihadapkan ke Mahkamah, pendek kata hukuman penjara 2 tahun dan denda RM10,000 InsyaALLAH dalam tangan. Jangan bagi alasan tak tahu kerana anda bukan budak tadika yang tak tahu membaca, jika pekak pun anda mampu melihat bukan? Nah, kalau mampu sila beli buku ini untuk rujukan. Tak mahal tapi aku lupa harganya hehehe.


Bencana kerja sudah pastila melibatkan kerja dan mempunyai beberapa situasi barulah ditakrifkan sebagai bencana kerja.

a.Jika kemalangan itu berlaku dalam waktu kerja...tak kira la apa kerja anda (merompak, membunuh, merogol, mengedar dadah, daun ketum, memeras ugut, dan sewaktu dengannya bukan satu kerja). Kerja di sini melibatkan ada majikan yang menggaji anda secara sah dan syarikat didaftarkan secara sah di sisi undang-undang!!! Opps... jika anda pelayan disco jika anda dicarumkan anda layak juga. Itu adalah kerja bukan!!!

b.Jika kemalangan itu berlaku semasa anda hendak pergi kerja dan semasa balik kerja juga dilindungi 
PERKESO dan diklasifikasi sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24 (1)(A)AKSP 1969.

c.Perjalanan hendak pergi dan balik makan pada waktu rehat yang dibenarkan juga bencana kerja jika berlaku kecelakaan dalam perjalanan tersebut.

Aku hanya membicarakan khusus untuk tuntutan kemalangan sahaja kerana dalam sesi lain banyak lagi yang akan kukongsikan,cuma kali ni jurusannya melibatkan kemalangan di tempat kerja, pergi dan balik kerja.

Baik..kita jalan satu-satu hehe..katakanlah satu hari anda kemalangan semasa hendak pergi kerja, semasa anda bawa motor lalui jalan biasa yang anda lalui hendak ke tempat kerja tiba-tiba melintas seekor babi hutan bangggggg anda terlanggarnya..anda terus jatuh ke atas jalan raya..celaka punyer babi hahaha..banyak-banyak jalan dalam hutan jalan manusia jugak dia nak jalan kakakaka..sebaik jatuh anda tercedera..lalu anda dibawa ke hospital..tak kira la dengan ambulans ke, dengan kabutar ke dengan naik basikal ke, janji sampai hospital. Masuk je hospital pastikan anda dapat 4 hari cuti sakit! Kalau dah langgar babi hutan aku rasa lama kot hahaha..nah contoh cuti sakit kalau ada yang tak kenal cuti sakit..eleh macamla tak tahu asyik ambik mc je kakakaka..nah,  tengok bawah contohnya.Woi woi MC (sijil cuti sakit) yang dikeluarkan klinik swasta dan kerajaan sahaja diterima.Sijil cuti sakit dari bomoh,dari klinik tabib cina mahupun dari pejabat tok kadi jangan duk mai hantar tak laku woi kakakakaka...



Dah dapat cuti sakit maka jika kemalangan itu melibatkan jalan raya kerajaan tak kira la jalan kampung ka jalan bandar ka hiway ka wajib mempunyai laporan polis. Laporan polis ini wajib dilakukan tak kira la jika sekiranya anda langgar babi hhutan sekalipun! Dokumen itu wajib dilampirkan semasa anda membuat tuntutan di pejabat PERKESO, er er bukan anda yang buat tapi majikan anda yang buat. Anda nak buat macam mana kaki dah patah hahahaha...Nah, contoh laporan polis jika masih ada yang tak pernah tengok laporan polis. Jangan malu-malu ceritakan hal sebenar dalam laporan polis itu, jika sekiranya anda langgar babi hutan maka perlu cerita anda langgar babi hutan jangan duk gatal-gatal nak ubah jadi babi bandar pulak! Sayugia diingatkan menipu laporan polis anda akan dicaj oleh pihak berkuasa dengan kesalahan membuat laporan palsu! Hehe ini untuk kemalangan saja ye, kalau kena terajang kat bini jangan duk gatal-gatal wak laporan polis buat malu den je kakakaka.


Ok masuk hospital sudah, dapat cuti sakit sudah, buat laporan polis pun sudah maka tibalah masanya anda maklumkan kepada pihak majikan tentang apa yang berlaku dan cepat-cepat suruh majikan anda dapatkan Borang Laporan kemalangan yang dikenali sebagai Borang 21 di Pejabat PERKESO terdekat atau pun muat turun di laman web nya www.perkeso.gov.my. Bila dah dapat borang 21 biasanya ianya akan dikembarkan dengan borang 10 iaitu borang tuntutan,borang PKS F1 penyata gaji,nah ini dia borang 21 senang sangat nak isi jangan buat malu den woiii,ini muka depan borang tu.

ini pulak muka surat ke dua hehehe

ni pulak muka surat terakhir 


Ni pulak borang 10 iaitu borang tuntutan, borang ni perlu diisi dan ditandatangani oleh anda, jika sekiranya anda masih koma mahupun jika anda putus tangan maka tak perlula isi tapi jika anda tak koma dan ada kedua-dua belah tangan maka anda wajib menandatangani dokumen wajib ini.

 


Kemalangan jalan raya perlu kepada peta lakar, polis pun jika berlaku kemalangan perlukan peta lakar. Maka anda harus lukiskan peta lakar, ala peta lakar bukan lukis satu-satu la beb hahaha lukis yang penting je, yang pentingnya perlu menunjukkan jalan raya dan laluan anda lalui bermula dari rumah sampailah ke tempat kerja dan tandakan dimana tempat berlakunya kemalangan. Jika anda langgar babi hutan maka tunjukkan dimana lokasi anda langgar babi hutan tersebut. Senang je lah nah tengok contoh ni...kalau nak tunjuk peta lakar umah bini no 2 pun boleh kakakakaka..lantak korang la weiii.


Jika semuanya telah lengkap maka jangan lupa kepilkan bersama borang tadi dengan salinan slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan itu berlaku..jika anda kemalangan bulan 7 tahun 2010 maka slip gaji yang perlu anda kemukakan adalah slip gaji bulan 6/2010 hingga 1/2010 hahaha senang bukan. Woooit tak pernah tengok slip gaji ka..kakakaka nah contoh slip gaji...er...er hantar slip gaji je jangan duk gatal tangan nak hantar slip yang bukan bukan hahaha.

slip gaji itu hendaklah disertakan dengan borang pks f1 (ini majikan hang pa yang buat)


Puch kad rekod kedatangan pe pun nama panggilan anda perlu disertakan juga!!! Ini penting!


Kalau tak de puch kad, maklum la kedai runcit kecil maka memadai jika sekiranya anda buat satu surat memaklumkan akan kehadiran pekerja yang kemalangan itu...contohnya:-


Dokumen wajib terakhir adalah salinan kad pengenalan anda, mana la tahu PERKESO untuk warga Malaysia je geng..itu mamat bangla ka indo ka mymar ka apa-apa ka tidak layak memohon!


Jika sekiranya semua sudah lengkap maka hantar la ke pejabat PERKESO terdekat, dah tunggu tak lama dalam masa seminggu dapat la cek sekiranya semua dokumen lengkap!!! Ingat lengkap sepertimana yang aku bagitahu korang macam kat atas tu, hah!!! Nah, dapat cek lebih kurang macam ni lah hehehe...


Depa ni player Kedah pun dapat tuntutan PERKESO...hahaha hang pa kenai ka pemaian bola sepak Kedah ni..bila la depa nak mai dengan Kelate kekeke


Oklah cukup setakat tu…tak paham lantak hang pa la hahaha senang je ni hah!

Sumber: Hari ni takde idea nak menulis so saya copy maklumat di atas dari blog adik saya nih , seorang pegawai penyiasat PERKESO. Harap-harap dia tak marah….tapi kalau dia marah pun ah, peduli apa….. hik!hik!hik! Cute kan saya gelak. Apa-apa soalan boleh tanya dia!

Caucincau!

17 ulasan:

Kabutar Diesel berkata...

thanks coz sudi sebarkan ILMU..banyak orang tak tahu ni...

So Shy Lady berkata...

KD:same-same...benda ni wajib dketahui oleh semua manusia yg bergelar pekerja. CEO macam i dkecualikn hihihi

Tanpa Nama berkata...

kerja luar macmnana plak , contoh pagi punch card kat pejabat di Selayang pastu pegi buat kerja kat Ampang.jauh tu 1 jam perjalanan. kalau terjadi kes dapat pampasan tak?

So Shy Lady berkata...

Tanpa Nama: Memang boleh buat tuntutan even nak balik ke rumah selepas habis kerja pun masih dikira dalam tempoh bekerja.

Sila klik blog Kabutar Diesel di atas untuk penerangan lebih lanjut

Tanpa Nama berkata...

akak anak baru kemalangan pada 9hb 12...semalam dia baru start keje...dia bagtau manager dia bagitau tak boleh buat tuntutan sebab da melebihi 14 hari...anak akak da beri segala mc,report polis original pada majikannya masa kejadian berlaku dan report polis seminggu selepas kejadian...ada ke patut dia bgtau cmtu..ni akak tak puas hati duk cari2 maklumat dalam it ni pasal perkeso...Isnin ni leh telefon pekerso ty cmner nak buat.. kak aini

Tanpa Nama berkata...

bagaimana kalau majikan enggan buat tuntutan...katanya da lewat dari 14 hari .

Tanpa Nama berkata...

anak akak telah emngalami kemalangan pada 9.12,2010 , bila kembali bekerja semalam , majikan bagtau tak boleh buat tuntutan sebab da lebih 14 hari...padahal semua mc,polis report telah diberikan sebaik saja kemalangan berlaku,,,ni tak puashati..nak wt cmner..nak cll perkeso isnin ni..

So Shy Lady berkata...

Kak aini, sori saya dah bbrp hari tak jengah blog. Cuba akak ke blog ini

budakbakong.blogspot.com

Akak boleh dapatkan maklumat drp beliau - pegawai penyiasat perkeso

Kabutar Diesel berkata...

cuba hunungi pejabat perkeso terdekat..semua kemalangan yang berkaitan pekerja layak mendapat pampasan perkeso..tuntut jangan tak tuntut...tak faham tanya no hal punyer :)

Alin Marlini berkata...

satu informasi yang sedang saya carik.thanks

Tanpa Nama berkata...

nak tanya saya telah mengalami tgn patah disebabkn aktiviti permainan company buat..skrg tgn saya patah..adakah sy layak dapat ????

Kabutar Diesel berkata...

Puan SSL: Izinkan saya menjawab pertanyaan tanpa nama ni hehehe

1.apa sahaja aktiviti yang melibatkan pihak majikan anjurkan atau arahkan maka jika puan/tuan mendapat kemalangan maka tuntutan boleh dibuat pada pihak perkeso dengan syarat:]

i:Aktiviti itu wajib diikuti oleh puan/tuan
ii: Ianya aktiviti syarikat...ada surat untuk arahkan puan/tuan menyertainya..contohnya jika puan/tuan diarah berkursus dan puan hadir ke kursus tersebut dan dalam kursus itu ada modul lasak seperti permainan painball atau panjat pokok atau apa2 sahaja permainan lalu menyebabkan tuan/puan jatuh lalu mendapat kecederaan sepeti patah kaki atau tangan atau sebagainya maka puan/tuan layak membuat tuntutan dengan pihak perkeso

3.apa yang perlu tuan/puan buat adalah minta pihak majikan kemukakan borang 21 yakni borang laporan kemalangan pada pihak perkeso dengan segera dengan mengemukakan MC (cuti sakit yang puan/tuan terima)surat arahan menyertai aktiviti atau email dan sebagainya serta nama2 peserta yang mengikuti aktiviti tersebut.

4.Sekali lagi saya tegaskan sebarang aktiviti melibatkan anjuran rasmi syarikat seperti sukan atau kursus maka pihak pekerja yang mendapat kemalangans emasa menyertainya boleh membuat tuntutan dengan pihak perkeso jika mendapat cuti sakit lebih 4 hari

wasalam
P/s thanks Puan SSL yang habaq soalan ni untuk dijawab hehehe

So Shy Lady (SSL) berkata...

KD : thanx KD yg sudi mnjawab hehe... info yg sgt bmanfaat

Tanpa Nama berkata...

minta tlg...blh ajar saya mcm mana tulis surat pengesahan kehadiran x?

Tanpa Nama berkata...

As Salam..mohon pencerahan dr yg arif..klu kene slipped disc due to kerja harian di opis ..bangun duduk bangun duduk yg lama..bule claim socso tak coz sy dah operate n taruk besi..mohon ye..

zila alim berkata...

sekiranya seseorang itu ada membuat pembedahah buang kelenjar di leher dan mendapat cuti sakit selama 3 minggu adakah layak mendapat claim dari socso.....

So Shy Lady (SSL) berkata...

assalam, kepada yg ingin bertanya soalan tentang perkeso sila ke blog budakbakong.blogspot.

tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...