Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, November 18, 2010

Terkorban dan Berkorban

Salam Aidiladha buat semua,

Ditemani sekole milo panas dan semangkuk nasi impit disirami kuah lodeh bertatah sambal ikan bilis wah, sedapnya two thumbs up. Puji masakan sendiri nampaknya….oh, maafkanlah orang itu. 

 lontong 041

Ok, berhenti makan, berhenti menceceh dan ayuh, mulakan berkarya sekarang. Saya mulakan penulisan entri khas sempena raya kali ini dengan penuh keseriusan. No joke joke lepas ni. Jadi, jom mari semua membaca dengan wajah yang serius penuh penghayatan……

Sejak akhir-akhir ini setiap hari kita disajikan dengan berita-berita bencana alam yang semakin kerap berlaku di seluruh dunia. Ribut taufan serta banjir yang melanda negara Pakistan, China dan lain-lain tempat. Begitu juga bencana yang berlaku di negara jiran kita Indonesia. Letusan Gunung Merapi yang berapi, ancaman Tsunami dan gempa bumi baru-baru ini cukup menyayat hati. Semua tragedi tersebut telah mengorbankan sekian banyak nyawa manusia.

 

Gunung-Merapi-Meletus

 

Itu disebabkan oleh bencana alam. Belum lagi mereka yang terkorban akibat meredah laut bergelora untuk mencari sesuap nasi di negara kita yang aman makmur ini. Bila sampai di sini ada pula yang kena tipu terlibat dengan sindiket dan macam-macam lagilah. Tapi disebabkan Malaysia ni lubuk rezeki, ramai yang sanggup berkorban harta benda hatta berkorban nyawa sekalipun nak datang juga ke negara kita.

Malaysia juga turut tidak terkecuali menerima musibah bencana yang turut mengorbankan nyawa manusia. Cuma bezanya di sini, ramai yang terpaksa berkorban perasaan akibat kehilangan orang-orang tersayang yang terkorban dalam nahas ngeri jalan raya.

 bas

 

Di utara Semenanjung, ada ibu bapa yang menangis tidak berlagu apabila anak-anak terkorban ketika sedang bermain banjir. Ada juga ibu bapa yang berkorban perasaan kerana anak-anak remaja terkorban ketika merempit dan semenjak dua menjak ini banyak pula kes anak remaja terkorban kerana ditembak ketika sedang melakukan jenayah. Begitu juga mereka yang terkorban akibat penyakit-penyakit terlebih makan yang mana sudah menjadi perkara biasa. Itu belum dicampur dengan peningkatan kes bilangan bayi yang ditongsampahkan dan menjadi korban anjing liar…….

Hmmm…termenung sejenak.

Begitulah erti terkorban dan berkorban rakyat di negara kita dan rakyat di negara lain. Yang pasti kedua-duanya disusuli air mata dan penderitaan. Lainlah kalau kita berkorban lembu kerbau di Hari Raya Korban ini…pasti disusuli senyuman  penuh kesyukuran ramai insan yang  tidak berkemampuan.

 

lembu 

Anda berkorban tak tahun ni? 

Malangnya seperti tahun lepas,tahun ini saya masih tidak berkesempatan untuk turut melaksanakan ibadah korban. Marah pada diri sendiri kerana tidak merancang lebih awal di samping terdapat beberapa halangan yang membantutkan niat murni saya itu. Semoga tahun depan saya diberikan kesempatan oleh Allah. Amin.

 

Selamat Hari Raya Korban semua!

7 ulasan:

Kabutar Diesel berkata...

den pun tak dapat balik raye..boring sungguh 1 hari bagai berbulan lamanya :(

So Shy Lady berkata...

KD : heheh...cian dia. berkorban jugak namanya tu..tp pesal cuti ry adha 1 ari jer, kan. kejam btul

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

salam kunjungan balas..thanx singgah teratak kita..jom exchange link..:-)

chugie berkata...

alamak, part lontong tu dh buat hati happy..

tp part tragedi tu, buat hati nangis.. nauzubillah.. sedih kan..

So Shy Lady berkata...

rose : bleh, bleh, suka, suka :-))

chugie : gambar tu antara yg t.brapa ngeri. yg lain lagi dasyat smpai sis dah t.lalu dah nk hbiskan lontong

Roxy zai berkata...

waaaa...sy pun marah dgn diri sndiri..huhu..raya aji x bersama family='(

So Shy Lady berkata...

Roxyzai : meh kita pulas telinga kita..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...