Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Selasa, November 16, 2010

Kerana Dirimu Begitu Berharga

 Oh, Nyanyah...

scan0008

Tak, tak….budak yang baru bangun tidur ini bukan Nyanyah.


111120101019 

Inilah Nyanyah yang sebenar bersama piala kemenangannya. Kelihatan Along di belakang sedang melayan perasaan tidak puas hatinya kerana tahun ini dia langsung tidak menerima apa-apa anugerah. Tak pe la Along, tahun depan cuba lagi…

“Itulah….sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak lagi berguna…” Kata Karam Singh Walia kepada Along.

Sebenarnya gambar kat atas tu end of this story.

Baiklah, biarlah saya bercerita dari mula. Begini, lurus ke titik (straight to the point) pada suatu hari, seorang ibu multi tasker dengan semangat yang berkobar-kobar telah bersiap seawal 7.30 pagi lagi menuju ke SKTK untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Graduasi Prasekolah anak perempuan beliau yang bernama Nyanyah ( sila rujuk kembali gambar di atas. Dah kenal Nyanyah? OK boleh teruskan pembacaan).
 
11112010973
Cheese keju!

Sampai je kat sekolah, Nyanyah terus cari geng geng dia. Eksaited betul anak dara tuh. Si ibu multi tasker tadi beserta kamera telefon bimbit di tangan tetap setia menfollow si Nyanyah ini ke hulu ke hilir dengan penuh kesabaran :’)

11112010966
Geng penari, sila sengih!

Tidak lama kemudian ibu bapa mula dijemput masuk ke dewan. Sama seperti majlis penyampaian hadiah dan hari graduasi di sekolah-sekolah lain, para hadirin perlu mendengar ucapan Guru Besar sekolah dan para-para VIP terlebih dahulu. Terima kasih cikgu kerana memberi ucapan yang ringkas tetapi cukup bernas. Semua orang tak menguap, cikgu. 
 
11112010976
Guru Besar di depan tengah berucap.

11112010974
Si ibu di belakang tengah berposing.

Eh, eh.. ada seorang bapa sedang menguap, cikgu! Pengawas, ambik nama!


11112010975

“Itu la tadi kenapa tak nak sarap? Penat je ibu bangun pukul 5.30 pagi buat cekodok garing di luar, gebu di dalam tapi sorang pun tak makan.” Bebel si ibu bila anak-anak mula merengek mengadu lapar lapar lapar sambil express muka kebulur. Si ibu tiada pilihan lain terpaksa buat derkkk jer. Kejam, kan.
 
Selesai ucapan alu-aluan, majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan istimewa daripada para pelajar prasekolah diikuti persembahan pelajar kelas pendidikan khas. Okey, bersiap sedia snap gambar Nyanyah tengah berjoget!

 
 11112010979

11112010980

11112010977

Kemudian tibalah masanya sesi penyampaian hadiah kepada pelajar prasekolah, pelajar pendidikan khas dan pelajar tahun 1,2, dan 3.

 1111201099811112010996
11112010999 

Nyanyah mendapat anugerah pelajar terbaik di dalam kelas dan keseluruhan, pemenang Pertandingan Bahasa Malaysia dan pemenang Pertandingan Bahasa Inggeris.

 
   11112010993  

Ketika acara persembahan choral singing sedang rancak berlangsung, tiba-tiba si ibu terpaksa meninggalkan dewan buat seketika lalu berkejaran ke kantin sekolah setelah 2 orang mangsa mengadu perut mereka juga telah turut mempersembahkan choral singing eh..eh..bukan! Menurut mangsa-mangsa, perut mereka telah menghasilkan lagu lain - irama keroncong yang telah disuntik elemen moden.
 
111120101008111120101009 

Inilah mangsa-mangsa yang dimaksudkan. Mereka kelihatan sangat lemah tidak bermaya sambil mulut meracau-racau menyebut “....ibu, saya lapar... nak cekodok garing di luar gebu di dalam, bu......”

“Mana ada jual kat sini. Itu la... bla..bla..bla...” Marah si ibu di dalam luar hati.

Setelah selesai mentekedarah nasi lemak sebagai pengganti cekodok garing di luar gebu di dalam, mereka berkejaran menuju ke dewan sekolah semula. Dari jauh sudah kedengaran alunan muzik caklempong  on air.... “Alamak! Wahai anak-anak, kita kena bergerak pantas!!”

Fuh, sib baik.... mereka sampai tepat pada masanya.

111120101000     
Kelihatan Nyanyah tengah beratur di luar dewan menunggu giliran untuk mengambil sijil graduasi pula.
  
111120101001
 To my precious daughter Nyanyah, I love you and thank you for making us proud.

111120101003  
Again, to Nyanyah and her friends, congratulations!!!

Berikut adalah senarai gambar anak-anak saya yang sudah grad setakat ini….

scan0005 
2008 – Along

 scan0002
2010 – Nyanyah

Manakala di bawah pula ialah gambar anak saya yang belum grad lagi……

DSCN3941
2013 - Adik


Today’s Lesson :
Doakanlah kejayaan anak-anak  setiap masa. Doronglah anak-anak melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara. Selain memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik, ibu bapa jangan lupa memperuntukkan masa, tenaga dan wang ringgit dalam membangunkan emosi, sahsiah,dan rohani mereka. Seterusnya, berserahlah serta tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Tuhan.


Caucincau!

5 ulasan:

~dARlee zURiS~ berkata...

bangga kan?
tahniah ye nyanyah

So Shy Lady berkata...

alhamdulillah....hahaha takde la bangga sangat zuris sebab baru tadika, kan hihi..

si abang dulu pun macam nyanyah juga tapi bila dah year 1 susah sikit sebab compete ngan bdk2 indian n chinese yang terror2 belaka.

Momma Mia berkata...

wah Tahniah nyanyah!!!
Pelajar terbaik!
Bagus2.. tak kira la w/pun baru tadika.
Its a start.

credit to mak ayah dia juga!!!
i like the today's lesson too..

Kabutar Diesel berkata...

selamat hari raya korban :)

So Shy Lady berkata...

Momma : hihi..nyanyah malu2 baca komen momma. tqvm

KD : selamat hari ry 2u2. chef cuti pnjang, pagi raya KD makan ape, heh? hihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...