Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Jumaat, November 26, 2010

Diperkosa Perompak

 
Pagi-pagi lagi dah hangin. Sakit hati, sedih, marah, geram, benci semua ada bila baca berita ni! Orang yang tergamak melakukan perbuatan ni bukan lagi haiwan tetapi kategori syaitan.

Ni haa....

Kejadiannya berlaku di Kampung Melayu Subang, takde la jauh mana dari rumah I. Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit. Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


Sumber : Harian Metro


Today’s Lesson:
Rasa menyesal pulak tak habiskan belajar seni silat pusaka gayung dulu. Sekarang ni kaum kita dah tak berapa selamat. Semua perempuan tak kira kecil, besar, buruk, lawa, seksi, bertutup habis berpotensi untuk dirogol.  Justeru itu, wahai kaum wanita marilah kita pakat join mana-mana kelas mempertahankan diri : silat, judo, taekwando, karatedo, wushu atau tinju. Pendek kata, sesapa yang ada niat tak baik tuh senang-senang jer kita karate. Saya harap semua penjenayah yang tak berhati perut itu akan mendapat pembalasaan yang setimpal.

Mereka ini bukan manusia. Binatang?


 lembu com
 Pun bukan… sebab lembu kerbau pun tahu mengawal nafsu. Tak pernah kita dengar binatang-binatang tu rogol orang atau sesama bangsa dia sendiri, kan!!

Caucincau! Marah lagi nih!

Eh..eh..lupa plak. Gambar ehsan google, rupa-rupanya dari belog ini. Best gak belog dia…

8 ulasan:

MamaYatie berkata...

jahat sungguh perompak tur...grrrr..marah betul!!

So Shy Lady berkata...

MamaYatie : grr...kena waspada spanjang masa. Sebenarnya senjata utama kita ialah - doa.

Kabutar Diesel berkata...

Hm..that y saya sentiasa hantar wife ke tempat beliau bekerja walaupun jarak pergi dan balik 40 KM dalam satu hari 2 hala so 80 KM but puas kerana yang penting selamat..bab malam memang kami tak keluar hahaha..kat rumah yang susah kunci 4 lapis pun kalau dah jahat dapat masuk juga, that y lau de kursus wa hantar wife balik kampung or mak mertua datang kakakakaka bijak ta saya hahahaha

So Shy Lady berkata...

KD : wah, wah suami mithali yg sgt protective dan bijak bijak. Hmm..btuahnya wife dier...heheh

Saya plak slalu amalkn ayat seribu dinar sbagai pelindung. Dulu saya pernah diculik selama bbrp jam oleh stranger...eh...eh ni kena buat entri baru nih heheh..

pendek kata, mohon plindungan dr Allah slalu...

gabanMorka berkata...

diorang bole diletakkan di taraf najis binatang

So Shy Lady berkata...

gabanMorka: itulah yang selayaknya buat orang yg t.bmoral dan t.ingat Tuhan..

☆aDihAys☆ berkata...

tu la..
ble ade peluang blaja martial art tp xcompletekn..
skrg rase menyesalkan..
sye pn same cm sis..

So Shy Lady berkata...

aDihays: t.pe..t.pe ada pluang lg tu...lain la sis, sibuk ngan anak pinak mn ada ms lg hhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...