Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Khamis, September 02, 2010

Usah Tergoda Dengan Pujuk Rayu Jejaka Rupawan

Si jejaka rupawan itu cuba merapati saya lagi. Mentang-mentang saya ni vogue..eheh. Dia masih merayu. Serabut perut betul. Sudah beberapa kali saya beri penjelasan tetapi dia masih tak faham-faham. Buat muka blur. Adusss!



Kadang-kadang rasa nak hadiahkan penyekeh aje kat kepala dia nih. Syuhhhh...pergi main jauh-jauh. Geram. Sabar, sabar. Tiba-tiba dia menarik lengan saya. Alamak! Matanya sudah mula berkaca-kaca. Benar-benar memohon sebuah pengertian. Hmm...serba-salah dibuatnya. Wajah hiba ibarat insan yang dambakan kasih sayang. Alahai kesian la pulak tapi ahhh....tak kira. No way! Saya yang vogue ini tidak akan tergoda dengan pujuk-rayunya itu. Chaitt!


Dia masih lagi berkeluh-kesah. Meluahkan rasa seksa jerih perih yang ditanggungnya saat itu.


                                                  .


                                                  .


                                                  .
                                                                           
                                                  .


                                                  .


                                                  .
         
                                                  .
      
                                                  .


                                                  .


                                                  .


“Bu, tolong bu.....hauslah!”

Rintihnya dengan nada pilu penuh syahdu. Cukup meruntun kalbu disusuli air mata dan air hidung yang berlinang. Eee tak malu!

Itulah dia Along yag sarat dengan sifat kemanjaan huh, anak sapa la ni. Merengek tak habis-habis. Kadang-kadang bosan betul dengan perangai fragile dia tuh! Kecewa ada, kesian pun ada jugak sikit-sikit.


 Dengan muka cengeng.....


“Dengar sini baik-baik. Tak payah la buat muka jeruk kelubi lepas tu ingat ibu simpati dengan Along. Ibu tengok budak-budak lain selamba rock aje puasa. Tak mati pun. Lagi satu, jangan gatal tangan curi-curi bukak peti ais. Tak lari ke mananya sirap bandung feveret Along tu. Bukak lagi sekali ibu denda tak kira. Dan plus lagi satu, lebih baik Along masuk bilik duduk diam-diam atau buat kerja apa yang patut daripada duduk sebelah adik yang enak makan Twisties mesti mau lepas tu cakap bengang la, tension la, tak tahan la dengar bunyi crunchy crunchy tu....OK! Berpuasa dapat banyak pahala. Kenalah banyak bersabar!” Ujar si ibu yang nampak aje macam garang tetapi sebenarnya memang garang tahap rimau pun.


Demikianlah adegan-adegan dramatik yang berlaku pada suatu petang di sebuah rumah flat di pinggir ibu kota pada hari pertama umat Islam berpuasa. Nasib baik hari seterusnya si mamat eh..eh..terkeluar tajuk pulak, si jejaka rupawan itu sudah mampu berpuasa dengan jayanya. Alhamdulillah!











Syyhh...jangan kacau. Tengah kusyuk mengerjakan ibadah puasa di samping mood tidak semolek biasa kerana saya lupa belikan dia majalah kaki bola.




 


 Yang ni pun penat tahan puasa jugak ke? Cian....perut dia ni pun dah berlagu keroncong, hip hop, dangdut, rock kapak dan macam-macam lagi lagu best. Gambar tiada kena-mengena sekadar perhiasan semata-mata.






Today’s Lesson :


Jom, jom, jom sempena Ramadhan yang mulia ini marilah kita rebut peluang berharga ini …..sabar, sabar! Bukan serbu shopping complex ya, puan-puan sekalian…tau la ada sale tetapi marilah kita manfaatkan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk memberikan latihan-latihan ruhiyah buat anak-anak kita dengan melatih mereka menjalankan ibadah puasa dengan lebih baik agar mereka kelak akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.


Wahai Along, ingat pesan ibu. Ujian lapar dan dahaga di bulan puasa ini tidaklah seberapa berbanding hadiah yang akan Allah anugerahkan pada kita di akhirat kelak. Puasa leklok tau, jangan ngelat! Selamat Beramal.






Wassalam.



2 ulasan:

sYieDa berkata...

sweet mama,haha,..nice la akak,suke,..tapi jgn garang2 ngat,cian along,hihi

So Shy Lady berkata...

Syieda: my first son ni kadang2 mngada skit. Ada ms kita kna btegas. tadi pun kna marah lg sbab lmbat solat hehe...marah2 sayang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...