Gorgeouslah UOLS...Trimas

HeartBeat

Klik ye....Trimas!

Isnin, Ogos 30, 2010

Detik-detik Permulaan

Salam.

Tiba-tiba sahaja timbul kegatalan untuk berkarya. Wah, wah, wah, macam tokoh sasterawan pulak rasanya taip perkataan berkarya! Sebelumnya, memang saya selalu menulis di dalam buku yang kat muka depannya bercetak notebook tetapi sekarang teringin pula mencuba untuk menulis.... juga masih di dalam notebook but just slightly different. Bukan buku tetapi it's been elsewhere in the electronic world. Ya So Shy Lady, memandangkan pengikut masih sifar so please welcome diri sendiri to the blogger dot com. Clap, clap, clap. Syabas! Nampaknya prestasi hidup si wanita buta IT ini sudah maju selangkah. Jangan malu-malu. Walaupun you seorang yang shy shy tiger tetapi buatlah macam rumah sendiri, ya!

Sebenarnya masih lagi kabur isu apa yang hendak diutarakan dan diselatankan di sini tetapi rasanya yang bermain di dalam kotak fikiran saya, karya saya kelak mungkin lebih banyak berkisar.... hmm, berkisar? Ingat blender ke...? Fine, di sini saya akan menulis macam orang lain juga about everything in my life, my ups and downs, my family, tips-tips, current issues dan macam-macam lagilah. Jangan terkejut ya, gaya bahasa yang saya gunakan kadang-kadang bunyinya agak nakal sedikit. Tiada apa-apa agenda tersembunyi cuma pada pendapat saya penggunaan gaya bahasa sedemikian adalah lebih segar, santai dan lebih humor. Pembacaan kita lebih interesting jika disulami gurau senda, betul tak? So, harap-harap tiada yang mengutuk, ya! Risau juga nanti ada yang kurang senang dengan cara penulisan saya. Anyway, setiap karangan diakhiri dengan pengajaran dan nilai-nilai murni samada secara tersirat atau tersurat tetapi pembaca tidak perlu hafal kerana semuanya tidak masuk exam.

Saya juga ingin mendengar pendapat pihak lain and you are welcome to contribute ideas or to change my mind if I wrong dan seandainya mahu voice your different viewpoint, saya sudi mendengarnya tetapi anda dilarang sama sekali menggunakan blasphemous language aka perbendaharaan kata yang membunuh contohnya akronim yang budak-budak muda selalu guna - wtf(wantengokfatin) atau pkm(peahkuatmakan) dll. Isyhh...teruknya. Geleng kepala. Bukannya apa, takut nanti saya sedih lantas merajuk. Bila orang tua merajuk, buruk sangat-sangat, kan!

Hek eleh, ado aku kisah??? Bunyi suara hati pembaca blog.

Finally buat mereka yang sudi, rajin-rajinlah singgah membaca penulisan saya ini selalu, ya! Malangnya, jajan tidak disediakan so harap sediakan biskut marie cicah milo panas sendiri. Apa?! Puasa? Oh, ya...kita di bulan puasa rupa-rupanya. Hai, buat-buat lupa pulak. Bulan Ramadhan yang penuh rahmah dan barakah. Jangan lepaskan peluang melipatgandakan amalan di bulan mulia ini, K! Selamat menjalani ibadah puasa semua.



Caucincau!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...